CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3210|Reply: 10

Siapa Pengetua AF8?

[Copy link]
Post time 8-1-2010 06:57 PM | Show all posts |Read mode
Taken from:www.murai.com.my
Dato Siti Diintai Jadi Pengetua AF8?




KL, 5 JANUARI 2010:
  Kerusi panas yang akan diduduki oleh Pengetua Akademi Fantasia 8(AF8) kembali diperkatakan. Tahun lalu kita telah melihat Datin SeriTiara J telah memikul tugas itu dan mencipta sejarah sebagai Pengetuawanita pertama yang mengemudi AF dan mencari satu transformasi.


KetikaMurai Batu bertemu dengan seseorang yang cukup sinonim dengan AF dibelakang tabir, dia sudah memberi bayangan kepada Murai Batu tentangsiapa yang akan menjadi Pengetua pada musim ini. Siapakah gerangansumber itu tak bolehlah Murai Batu dedahkan tapi jejaka berbadan gebuini suka digelar dengan panggilan Bang B saja.


Kata Bang B, jangan terkejut kalau Dato' Siti Nurhaliza adalahantara orang yang telah diintai oleh pihak produksi selepas selesai Konsert Bagaikan Sakti dengan M Nasir di Singapura, baru-baru ini. Namun sama ada setuju atau tidak, itu terletak kepada keputusan Siti sendirilah.


"Sebelum ini, sudah ada pihak menggembar-gemburkanbahawa Norman KRU kemungkinan akan menjadi Pengetua AF8. Iabagaimanapun masih lagi spekulasi semata-mata.

"Desas-desus perlantikan Siti sebagai Pengetua timbulselepas Astro memberi peluang Siti untuk menjadi artis Malaysia pertamamuncul dengan 'saluran sendiri'. Kemudian Astro juga menjadi penyiarrasmi untuk konsert Bagaikan Sakti yang diadakan di Singapuraitu. Jadi ini mungkin bunga-bunga awal ke arah kerjasama antara Sitidan AF8 dalam satu pakej yang kita tidak ketahui berapa kosnya," kataBang B.


Bagi Murai Batu, siapa yang menjadi Pengetua punMurai Batu tak kisah, asalkan dia memang berkelayakan. Murai Batu tahu,tugas menjadi Pengetua memang banyak tekanan kerana beliau mestilahseorang yang bijak, berpengalaman dalam dunia seni dan lebih penting,ada ciri-ciri seorang pemimpin serta berkeyakinan. Anda rasa Sitimampu? Kalau ya katakan ya, dan kalau tidak, berikan komen bernas andaitu kepada Murai Batu.


MURAI BATU: Betul ke Reza ERA FM sudah sah menjadi hos AF8? Kita tunggu semua pengumuman itu dengar sabar.

Tread ni dah ada ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2010 08:07 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2010 08:55 AM | Show all posts
Kalau c CT, OK la tu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2010 08:56 AM | Show all posts
Apapun, aku tetap takkan AFUNDI lagi, seiring ngan azam baru ku tuk berhenti AFUNDI.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2010 09:13 AM | Show all posts
Ada satu berita yg mengatakan Norman KRU pon dipertimbangkan untuk menjadi pengetua AF8. Kata nya dia sedang pertimbangkan dan terserah kpd ASTRO
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2010 07:04 PM | Show all posts
Kredits: www.murai.com.my
Siapa layak jadi pengetua Akademi Fantasia 8?
Anita Sarawak
Aznil Haji Nawawi
Ramli MS
Norman KRU
Siti Nurhaliza
Sheila Majid
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2010 12:24 PM | Show all posts


Teks oleh Haswari Ali


KUALA LUMPUR, 12 JANUARI 2010:
Sama ada Dato' Siti Nurhaliza (Siti) ataupun Krisdayanti (KD),kedua-duanya miliki pengakuan penting mereka sendiri ketika majlispelancaran album duet pertama mereka yang bertajuk, CTKD, di hotel JW Marriot, di sini, malam tadi.

Jika Siti membuat pengakuan terus terangnya bahawa dia tidak akan menjadi pengetua bagi Akademi Fantasia 8 (AF8) akan datang, KD pula akan meninggalkan status jandanya yang akan berakhir sekitar tahun ini.

Bercakapkepada pihak media selepas majlis pelancaran itu, Siti berkatadia pernah dilamar pada Oktober lalu untuk menjadi pengetua.

"Memangtawaran itu ada datang pada Siti iaitu sebelum 2010. Tapi bukanbaru-baru ini. Memang Siti tidak akan menjadi pengetua AF8. Belumsampai waktunya lagi untuk Siti jadi pengetua. Untuk AJL24 yang baruberlepas, Siti jadi juri sebab ia berkaitan dengan skop yang Siti mampubuat.

"Untuk menjadi pengetua, itu adalah tanggungjawab yang sangatbesar. Memang Siti tak ada perancangan langsung untuk ke arah itu,"katanya yang agak terpinga-pinga apabila diajukan soalantentang Pengetua AF8.

Bagaimanapun jelas penghibur yang kinisudah berusia 31 tahun itu, sebagai penyanyi berpengalaman, dia tidakpernah terfikir untuk bersikap kedekut dengan segala ilmu nyanyian yangada sebaliknya sentiasa bersikap terbuka untuk menurunkan ilmunyakepada mana-mana penyanyi baru atau lebih muda darinya.

Sementaraitu KD pula mengejutkan kebanyakan pihak media dengan pengakuanterbukanya yang dijangka akan melangsungkan perkhwinan bersama jejakapilihan hatinya tidak lama lagi.

Semuanya dijawabnya dengan jujur dan ikhlas, ketika timbulnya persoalan yang mengatakan bahawa penyanyi Mencintaimu itu bakal melangsungkan perkahwinan pada penghujung bulan ini.

"Bukan hujungbulan ini, tapi dalam tahun ini ya. Masalahnya sekarang saya masihmemilih tempat dan tarikh yang paling sesuai. Kemudian barulah sayaakan umumkan tarikh pernikahan itu dan sekali gus memberi tahu siapakahjejaka itu," katanya tersenyum manja.

Enggan memberi tahusiapakah gerangan jejaka misteri itu, KD juga seakan-akan mengelakdaripada memberi  tahu seandainya jejaka berkenaan adalah lelaki yangpernah diperkatakan oleh kebanyakan media Indonesia.

"Memangkalau dilihat, keputusan ini terlalu cepat. Tapi ramai teman-temantermasuk Siti sendiri telah membantu saya untuk memperkenalkan sayadengan lelaki yang sesuai untuk dijadikan calon suami. Jadi, saya perlubuat pilihan sendiri siapakah yang terbaik," katanya.

KDmengakui, melihat perkahwinan pertamanya yang tenggelam dilandai badaipada penghujung tahun lalu, membuatkan dia lebih bersikap berhati-hatidengan perkahwinannya kali ini selain mengharapkan yang lebih sempurna.

Malahjelas KD, bekas suaminya Anang sepertinya merestui perkahwinannya ituasalkan keputusan berkenaan memberi kebahagiaan dan keputusan terbaikuntuk dirinya.

"Kalau saya fikirkan dengan kisah silam,memanglah ia menakutkan dan selalu menjadikan saya trauma. Tapi sayamemandangnya dari sudut positif dengan kebaikan yang ada. Kalauboleh nanti Siti pula menyanyi untuk perkahwinan saya," katanyadiiringi anggukan Siti sebagai tanda setuju.


Tetap hadiahkan Anang album CTKD

Sementara itu beRcakap mengenai album CTKD yang membawa maksud Canda, Tangis, Ketawa, Duka, penyanyi dari Jakarta itu berkata, dia sudahpun berpeluang memberikan album berkenaan kepada mantan suaminya itu.

Semuanyaberlaku secara tidak sengaja ketika masing- masing berada di lapanganterbang Bali, Indonesia 4 Januari lalu yang ketika itu KD baru sajaselesai proses mastering album berkenaan di Jakarta.

"Dia agakterkejut apabila sudi menerima album ini. Ini kerana sayasebenarnya hanya sekadar mahu menunjukan album itu kepada dia. tapibila Anang dibuka saja cover album ini, dia terus mengambilnya.

"Meskipunkali ini saya menerbitkan album ini tanpa Anang, saya tidak berdepanmasalah sebab saya dan Siti sendiri adalah produser eksekutif untukalbum ini dan semuanya datang dari dari hati kami berdua," katanya.

CTKD memuatkan 6 buah lagu iaitu Jika Kau Tak Datang, Sebagai Teman, Tanpamu, Amarah, Hanya Dia, Dalam Diamku dan turut dilengkapi dengan 4 minus-one sebagai bonus kepada peminat yng mahu menyanyikan lagu-lagu itu.

Albumterbitan Siti Nurhaliza Production (M) Sdn Bhd dan KD Records manakalaedaran Suria Records (SRC). Ia telah menemui peminat muzik tempatansejak 28 Disember lalu, manakala di Indonesia ianya akan dipasarkanbermula 27 Januari depan.

"Bagi Siti album ini lebih baik danlebih indah. Tiada istilah Siti mendominasi kerana kami salingbergabung dan ternyata telah menyempurnakannya dengan cukup baik," kataSiti ringkas.

Selain pelancaran album CTKD, turut diadakanmajlis sambutan hari lahir ke-31 Siti yang telah disaksikan hampir 500tetamu termasuk rakan media pada malam itu.


Datuk K hadiahkan Siti beg LV RM40,000?


Meskipuncuba dirahsiakan oleh Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa tentang hadiah harilahir yang diberikannya kepada Siti, namun keghairahan si isterinyaitu  untuk berkongsi kegembiraan bersama pihak media telah menyebabkania bukan lagi menjadi rahsia.

Datuk K telah menghadiahkan isterikesayangannya itu tas tangan merah pekat koleksi musim luruh dan sejukdari jenama mewah Louis Vuitton (LV).

"Hadiah ini hanya sebagaitanda kegembiraan dan sayang suami  sempena hari lahir Siti. Itu saja.Apa yang penting bagi Siti ialah cara layanan dan kasih sayang Datuk Kyang tak pernah berubah sehingga hari ini.

"Beg ini dibeli diKuala Lumpur saja. Bila Siti tengok saja beg ini terus Siti suka.Harganya tak payahlah Siti cakap ya," katanya merendah diri. Tapisumber berkata, harganya mencecah RM40,000.

Sementara itu DatukK berkata, dia mendoakan agar perkahwinan mereka berdua agar terusbahagia dan dikurniakan cahaya mata tahun ini.

Selain tas tanganmewah berkenaan, Datuk K lebih awal telah menghadiahkan isterinya itudengan percutian selama 2 minggu di beberapa ibu kota di Eropahseperti  Barcelona, Dublin dan  London yang telah mereka kunjungi padaDisember lalu. Selamat Hari jadi buat Siti!
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 02:27 PM | Show all posts
senyap je thread ni... ni iols ade dgr cerita yang pengetua AF8 bukan nye salah seorang daripada list murai.com. tp orang lain.. yang memang diakui kehebatannya dalam industri ni.. btl ke? ade sesp ade hint tak? klu ade share2laa sementara iols pg korek2 lagi..  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2010 10:33 PM | Show all posts
aku setuju ahkak nita jadi pengetua..

bole bg petua bagaimana nampak muda kepada anak murid
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 01:00 PM | Show all posts
9# PEPPERMAN

senang jer petua dia... air semayang ok.... ;)
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 10:44 PM | Show all posts
Dari http://www.mmail.com.my/content/23050-norman-kru-new-af-principal

ni yang kuar dulu, baru murai cover line padahal siti da lama tolak tanak jawatan.

Norman KRU is new AF principal?
Akademi Fantasia 8 rumoured to get youngest principal ever
JOE LEE
Monday, December 28th, 2009 12:38:00
KUALA LUMPUR: The hot seat as the principal of Malaysia's top reality show, Akademi Fantasia may get its youngest ever candidate.

According to sources, KRU Studios president and chief executive officer Norman Abdul Halim, 37, has been tipped as the favourite for the post. Despite not having signed on the dotted line, it is rumoured that he is a shoo-in for the job.

If indeed true, this will place Norman in the ranks of some of the most illustrious name in the entertainment industry since the show’s humble beginnings in 2003.

This includes names such as Freddie Fernandez, (who held the post when he was 50, Ramli M.S (who was principal for seasons two and five when he was 45 and 48), M. Nasir (then 48) Ramli Sarip (at the age of 54), Roslan Aziz (at 46) and Datin Seri Tiara Jacquelina, earlier this year at age 42.

Despite his younger age, Norman indeed has the credentials to match the job.

Beginning with a music career that blossomed in 1992 with brothers Edry and Yusry in pop trio KRU, he came up with 14 albums. Norman also spearheaded KRU as an entertainment entity - a family organization that has also produced many musical acts in its stable through the years.

The outfit has also been responsible for many movies released under the brand name, which include box-office hits such as Duyung, CicakMan and more recently, My Spy, as well co-producing the upcoming psychological thriller, Deadline which stars the late Brittany Murphy.

Norman could not be contacted for any confirmation of the rumours as he is believed to be abroad at the moment. Sources say he is on holiday at the moment. Meanwhile officials in Astro, the producers of Akademi Fantasia, refused to comment on the speculation.

However, Norman’s possible appointment does not appear to be too far-fetched as it has been learned that the talent management arm of Astro Entertainment Sdn Bhd, has worked out a deal with KRU Studios to produce existing and future talents from the Akademi Fantasia stable.

KRU has worked closely to produce singles from the Akademi Fantasia stable before, such as Adam, Stacy and currently co-manages Dafi.

Meanwhile, Akademi Fantasia today announced the audition dates for the eighth season.

Astro Ria channel manager Azlin Reza Azmi said auditions will be held at  Bukit Jalil National Stadium, Kuala Lumpur (Jan 9 and 10) The Zon, Johor Bahru (Jan 16 and 17 ), Redbox, Plaza Gurney, Penang (Jan 16 and 17), Hotel Promenade, Kota Kinabalu (Jan 22 to 24), Hotel Merdeka Paca in Kuching (Jan 23 and 24) and back to Bukit Jalil National Stadium (Jan 30 and 31).

The auditions are open to Malaysians and Singaporeans, from ages 18 to 45 as of Jan 9 2010, as well as recording artistes who are not tied in a contract with any label or management.

Audition songs for female hopefuls are Gagap (Stacy), Jika Kau Ubah Fikiran (Mila), Tak Mungkin Kerna Sayang (Alyah), Dan Sebenarnya (Yuna), Di Taman Teman (Siti Nurhaliza) and When You’re Gone (Avril Lavigne).

Male choices include Situasi (Bunkface), Hujan (Sudirman), Ada Untukmu (Nubhan), Berdendang Dalam Tangisan (Jamal Abdillah), Fikirlah (Aizat) and I’m Yours (Jason Mraz).

Among jury members who will be involved in the audition process include Lah (from the group VE), Deja Moss, Fairuz Hussein and Akademi Fantasia vocal teacher, Syafizawati Shariff as well as Dr Fazley Yaacob and Azahari Othman.

To promote the auditions, a showcase will be held in Johor during the two days of auditions featuring Akademi Fantasia ‘graduates’ including Mawi, Hafiz, Aishah, Yazid and Isma.

For more information, surf to http://www.astro.com.my/akademifantasia.

Catch The Malay Mail tomorrow and beyond as we bring more Akademi Fantasia news.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.776097 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list