CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3269|Reply: 5

USM cipta perisian CLDSS

[Copy link]
Post time 20-1-2010 03:59 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by chewan at 20-1-2010 16:01

GEORGETOWN: Sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM)berjaya mencipta satu sistem sokongan untuk membantu pegawai perubatanmengenal pasti masalah percakapan kanak-kanak yang bermasalah.

Ketua pasukan penyelidik itu, Dr Rozaida Abdul Rauf berkataperisian Sistem Sokongan Keputusan Bahasa Klinikal (CLDSS) adalahciptaan terbaru dan pertama di dunia bagi mengenal pasti masalahkecelaruan bahasa di kalangan kanak-kanak.

Katanya, penyelidikan yang bermula sejak Disember 2006 hinggaNovember tahun lalu itu dibangunkan dengan kos RM186,000 danmenggabungkan kepakaran dalam bidang psikolinguistik dan TeknologiMaklumat (IT).
        
" Perisian itu mampu mengenal pasti dengan tepat punca sebenar berlaku kecelaruanbahasa seawal mungkin antara usia setahun hingga enam tahun sebelumseseorang kanak-kanak itu memasuki persekolahan," katanya pada sidangakhbar di sini.

Dr Rozaida berkata, diagnosis imbasan otak akan dilakukan keatas kanak-kanak bagi mengenalpasti punca dan jenis kecelaruan bahasayang dihidapi mereka.

Katanya, daripada diagnosis itu, perisian berkenaan mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak itu sebelum dirujuk kepadapakar perubatan seperti pakar pathologi bahasa untuk tindakanselanjutnya.

"Kanak-kanakyang mempunyai masalah kecelaruan bahasa dapat dipulihkan dengan kosyang rendah jika dikenalpasti pada peringkat awal," katanya sambilmenambah ciptaan mereka itu hanya untuk mengenal pasti masalah bukanmengubatinya.

Katanya, sejak perisian itu dihasilkan, USM telah menjalankan kajian terhadap 30 kanak-kanak yang bermasalah.

"Daripada jumlah itu, kami berjaya mengesan dengan tepat 30jenis kecelaruan berbahasa yang berbeza antara setiap kanak-kanak bagimembantu proses rawatan mereka di hospital.

" Pihak hospital hanya mampu mengesan jenis kecelaruan bahasadengan ketepatan 13 peratus, kami dapat mengenalpasti dengan 100peratus tepat," katanya.

Dr Rozaida berkata, ibu bapa juga perlu peka terhadap perkembangan bahasaanak-anak bagi mengelakkan masalah itu sukar dirawat jika sudahmelepasi tahap pra-sekolah.

"Kadang-kadang ada kanak-kanak yang sudah berusia empat tahunpun hanya baru boleh sebut satu perkataan manakala ada bayi yang senyapsaja dan keadaan itu perlu dipantau bagi mengenalpasti sama ada merekaada masalah kecelaruan bahasa," katanya.

Katanya, susulan penghasilan perisian itu, kumpulanpenyelidiknya juga akan menjalankan tiga projek dalam usahamenghasilkan program sesuai bagi tujuan merawat kecelaruan bahasa dikalangan kanak-kanak yang mengalami masalah berkenaan.

Katanya, setakat ini perisian berkenaan masih belum dipasarkan danmasih dalam proses paten.

"Bagaimanapun, sebuah syarikat IT di Kuala Lumpur berminat untuk membelinya," katanya. - Bernama


tahniah USM-university APEX :pompom:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2010 04:05 PM | Show all posts
tahniah USM..i loikeeee
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2010 05:41 PM | Show all posts
Post Last Edit by chewan at 20-1-2010 16:01

GEORGETOWN: Sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM)berjaya mencipta satu sistem sokongan untuk membantu pegawai perubatanmengenal pasti mas ...
chewan Post at 20-1-2010 15:59


nan hado punya thread:kant:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2010 07:07 PM | Show all posts
nan hado punya thread:kant:
hantu_poyos Post at 20-1-2010 17:41


nie perkembgan ilmu @ tech.......nan hado pon xpela...jnji leh kongsi ilmu..x gitu poyos
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2010 07:49 PM | Show all posts
nie perkembgan ilmu @ tech.......nan hado pon xpela...jnji leh kongsi ilmu..x gitu poyos
chewan Post at 20-1-2010 19:07

kosser
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2010 07:22 AM | Show all posts
5# hantu_poyos

no ponen language in this board
harap maklum

klu nk ckp gak..pi borak kat ats

tq

warning: dh 2nd...nnt jgn marah ya potong kredit
(kwn2 gak tp klu selalu wat camni..phm2 jela)
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.067285 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list