|
Kat opis aku ni ada sebijik server untuk tujuan simpan document (word/excel/pdf etc). Sebagai contoh, nak buat surat la katakan. Kalau cara konvensional aku kena
1. Bukak server
2. Bukak fail excel untuk register no surat.
3. Pastu ambik nombor tu, pegi pulak buat folder baru tu paste nombor tu kat Word
4. Lepas tu baru le menaip cerita karut dalam surat tu
Kalau nak dapatkan document tu balik, aku pakai function Search kat Window tu.. . Kira cam berserabut jugaklah kan..
Sekarang ni aku tengah feeling2 nak buat software mcm bila run aje, dia kana mintak username & password. Pastu dengan 1 button, semua proses nak register no surat semua dah settle. Tinggal nak taip aje. Pastu bila save, kita buleh guna software tu utk carik fail tadi dengan cepat.
Jadi, aku nak mintak pendapat otai2 kat sini rasa2 apa software builder yang sesuai untuk aku develop software camtu? VB, VC++, web based application? |
|