CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7383|Reply: 17

Keluang Man II:[Coming soon..]

[Copy link]
Post time 2-2-2010 02:57 PM | Show all posts |Read mode
GELAGAT lucu 'super hero' Keluang Man II bakal menemui semulapeminat di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada pertengahantahun ini selepas hampir 10 tahun tidak muncul di kaca televisyen.

Walaupun pada peringkat awal siri animasi Keluang Manmemperlihatkan kekurangan dari segi perkembangan watak, jalan cerita,aksi dan rekaan animasi yang ketika itu hanya menggunakan teknologi 2D,siri itu tetap berjaya meninggalkan kesan mendalam di hati penontonsehingga diulang tayang di TV9 pada 2008.

Namun, kali ini Keluang Man II menampilkan pembaharuan darisegi kualiti animasi apabila pembikinannya dibuat melalui kerjasamaantara KPerak Implementation and Coordination Corporation (Kperak) dansyarikat Aspati (M) Sdn Bhd (Aspati).
        

    Melaluiprogram Inisiatif Pembangunan Kandungan Multimedia Kreatif (CMC)kedua-dua pihak berkenaan berjaya menghidupkan kembali watak KeluangMan, watak hero pembela manusia sejagat.

Di bawah studio animasi KPerak-Aspati, sebanyak 52 episodsiri animasi Keluang Man II sedang dan akan disiapkan menggunakanteknologi terbuka 3D (open source 3D) sepenuhnya bagi memberipembaharuan menarik dalam penghasilan karakter animasi terbabit.

Pengarah Projek Animasi Projek Animasi Keluang Man II,Faharul Radzi Lon, berkata anggaran kos bagi setiap episod selama 30minit berjumlah RM20,000 dan ia amat rendah kerana menggunakan aplikasisistem teknologi terbuka 3D.


"Projek animasi itu membabitkan 16 penuntut Universiti Utara Malaysia(UUM), KPerak Academy dan Kolej Komuniti Teluk Intan yang berpotensidan diberi latihan secara intensif.

"Selain itu, beberapa watak baru seperti Abang Ben turutdiwujudkan bagi menarik perhatian penonton untuk menyaksikan sirianimasi 3D yang dijangka penuh kejutan berbanding sebelum ini," katanyakepada pemberita di Bangunan Perak Techno Trade Center (PTTC), BandarMeru Raya di Ipoh, Perak, baru-baru ini.

Terdahulu, Faharul menghadiri pelancaran produk animasiKeluang Man II dan majlis pertukaran dokumen antara KPerak dan Aspatidi aras enam bangunan yang sama.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif KPerak, Datuk YaacobNordin; Pengarah Urusan Aspati, Hishamudin Mohd Amin; PengarahEksekutif Aspati, Kamaruzaman Jahidin dan Penyelaras Praktikal PelajarPusat Jaringan Universiti Industri (UIL) UUM, Dr Masudi Mahmuddin.



-------------

yeyeye. kalo si ujang tu rajin buat kesinambungan usop sontorian pon best... tapi keluang man pon best gak hapa. lagi pon walaupon keluang man ni jatuh dalam kategori kartun.tapi die ade jalan cite gak la..masa part ujung2 tu die dah stat  serius sikit..sbb masa tu si keluang man ngan tiung man da kuar dari hospital tumpoi tu..dah sembuh.mase part ni aku lost.da taktau ape ending die
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2010 03:06 PM | Show all posts
ohh tidak...kluar la cepat wahai keluang man dua...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2010 03:06 PM | Show all posts
harap dapat kualiti mcm upin dan ipin..tapi banyak aksi kena laju sket pergerakannya..

harap novel ujang,jibam leh naik animasi/drama..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2010 03:20 PM | Show all posts
hayata become ultraman...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2010 03:51 PM | Show all posts
best ke wei?
arap2 baju dia gempak ckit la eh...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2010 03:55 PM | Show all posts
aku org kluang..kira kluang man la jugak kan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-2-2010 05:02 PM | Show all posts
baju die okeh je aku tengok..konsep da ade
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2010 07:45 PM | Show all posts
keluang bagi aku antara katun mesia y best time zaman tu..hope bila dah upgrade ni makin best la...go malaysia go..aku ttp sokong animasi tempatan kalo bagus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2010 08:34 PM | Show all posts
aku org kluang..kira kluang man la jugak kan..
budingyun Post at 2-2-2010 03:55 PM


versi siuman or versi kurang siuman..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2010 12:37 AM | Show all posts
tumpoi or tampoi
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2010 07:10 PM | Show all posts
actually walopn kartun2 Mesia cam Kluang Man n usop sonto dlu agak tak lah sehebat anime and animasi2 mat salleh nyer pergerakan.. tapi dari segi jalan cerita sumer.. zku mmg suker.. Kluang man sendiri.. dialog2 and skrip mmg kelakar..
usop.. mmg terasa budak kampung punyer kehidupan..

dgn kecanggihan teknologi yg kita ada sekarang.. x mustahil muvie nih akan dapat sambutan and komen yg membanggakan..

aku hope, filem nih salah satu kebangaan malaysia dalam industri animasi malaysia selain the geng adventure begins and upin ipin...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 07:17 PM | Show all posts
Pasal Hak Cipta.... boleh pakai nama Keluang Men ker... ?


company UAS  Animation kan dah tutup....
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 08:37 PM | Show all posts
Klasik gile kartun ni... Zaman aku study dkat tadika lgi ni...
Aku tgk sampai kluang man msk hospital giler... X sempat tgk smpi habis... Tu pun aku x igt sgt sbb2 dia msk hospital tu...
X ada ke torrent kluang man ni, nak tgk awal smpi ending...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 08:59 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2010 02:08 PM | Show all posts
memang tak dinafikan animasi tempatan ni bagus, tapi kenapa superhero2 tempatan tak pernah diberi nama yang commercial? memang la klu kata kita nak berunsurkan tempatan, tapi nama tu aku kurang berkenan sikit la. jalan cerita klu berunsur tempatan takpe, lagi bagus. tapi nama tu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2010 03:00 PM | Show all posts
superhero tempatan sumenye berorientasikan lawak je..takde yg nak serius
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2010 01:01 AM | Show all posts
pasal nama tuh aku setuju...
Cicak MAN.. Kluang MAN..

kena ada perkataan MAN gak kot nak nampak sedap skit..
Ke nak letak suria perkasa hitam gak? baru ok?
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2010 03:19 AM | Show all posts
perkataan MAN tu ditiru dari superman.. spiderman tukar loghat melayu suparman la..
konsep diorg nak wat hero superpower versi lawak dan kuar la cicak man dan kluang man..
kalau dulu kita baca kartun lukisan pahlawan melayu yg siap ade jurus2 silat tuh.. nama bukan main klasik dan sedap disebut.. tak salah pon nak guna balik kan? maybe tak nak wat gaya serius la tuh.. takut takde market utk pembaca muda.. selalu diorg target katun2 nih budak kecik dan peminat anime..
so korang vote antara suria perkasa hitam(cadangan JC) ngan kluang MAN tu.. mane yg diorg nak tgk?
ataupun Sang Putra Nilam dgn Kluang MAN ke.. i guess korang akan tetap vote yg lawak kot...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.169857 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list