CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: dexa

Rangka Manusia Zaman Mesolitik Di Gua Bewah (Terengganu)

[Copy link]
Post time 7-2-2010 09:37 PM | Show all posts
tapi ada dibuat kajian mengenai lukisan2 zaman dulu yg dijumpai di dinding kuil firaun...dilukiskan (lakaran) seperti heli, ufo, kapal atau kereta terbang, tenaga letrik bla bla bla....jika pikirkan balik semula....zaman nabi2 terutamanya zaman nabi nuh...dah start maju sgt2 tu...dan ada jugak digambarkan seperti kabel letrik bawah tanah...netgeo ada wat kajian pasal lukisan2 kat dinding zaman firaun...dan mereka jugak mengatakan zaman tersebut sgt maju tamadunnya dek karna misteri lukisan purba tersebut....malah aku ada terbaca di satu blog ni...katanya ada dijumpai loji nuklear berusia 2 juta tahun di afrika....wow!!!2 juta tahun???kau bayangkan jika benarlah 2 juta tahun kebelakang dah wujud loji nuklear...bagaimana gamaknya kemajuan yg mereka kecapi pada 2juta tahun dahulu kan?dengan gambaran lukisan purba kat dinding tu lagi menguatkan yg zaman dulu tamadun manusia sgt maju....zaman kita skang ni baru nak maju...atau ketinggalan zaman laa...jika benar 2 juta tahun dulu dah wujud loji nuklear  

jadi disini....mana datangnya manusia2 yg bercawat seme ni?yg tak reti bercakap seme ni?dari mana datangnya mereka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2010 12:08 AM | Show all posts
xsilapnya dalam epik2 Hindu mcm Mahabharata pon ada sebut pasal vimana yang merupakan sejenis kapal terbang zaman dolu. pastu ada perang besar yg memusnahkan kawasan kerajaan2 lama kat India n dengarnya dorang dapat kesan benda mcm letupan atau kebakaran besar kat tempat2 kajian.... x berapa lama dolu mmg ada org sebot kat dalam suhatkhabar n jugak dalam research2 org India.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2010 01:04 AM | Show all posts
vimana tu bentuk dia mcm ufo
-lagi, perang nuklear zaman purba di india
-mungkinkah dewa-dewi hindu tu ialah org yg maju, atau alien yg maju, atau org datang dari masa depan
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 03:30 PM | Show all posts
genot...tulisan ang pasai sejarah lama memang best baca...selalu ang rujuk dari sumber mana eh genot?se lagi....kalau ang baca kitab2 lama tu..depa tuleh dlm bahsa apa eh?hat aku penah google...banyak depa kata bahsa urdu lama...bahsa ibrani lama....
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 03:41 PM | Show all posts
aku rujuk rowayat orang2 lama dari Thailand mcm Pravath Phra Nakhorn (Ligor) n Tarikh Patani. lain2 buleh baca kitab Mahawangsa, macam penah dengar kan? kitab ni karangan sami Buddha Phra Maha Thera asal dari negara Ligor masa abad ke-4 M, pastu baru sami2 Buddha lain dari Sri Lanka habiskan tulisan kitab tu.

kami orang keturunan peranakan sini buleh cakap basa Siam, Arab, n tau basa Indu lama.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 03:55 PM | Show all posts
tu la pentingnya merujuk kitab2 lama, bukan saja rujuk kitab2 sejarah baru karangan mat saleh dan akademician yg bukannya pernah hidup zaman tu pun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2010 04:00 PM | Show all posts
yang academician buat tu cuma penyelidikan saja. sebab orang ramai baca kitab2 tu x mudah paham selain perubahan makna n takot silap tafsiran. jadi orang akademik sikit sebanyak, ada jugak yang bantu.

tapi stuju la aku ngan sekkucin bab kena baca kitab2 lama. baca bg khatam lepas tu baru kita paham apa jadi masa lampau. jadi x da la jadi inferiority kompleks n x da jati mcm org kat org negara satu lagi tu yg ingat negara dia wujud sejak zaman nabi Adam tercipta seketol2 macam tu aku x thu nak pilih ikon gelak sopan ka gelak napak gigi mcm geng2 bangsat dlm CI tu... hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 04:09 PM | Show all posts
negara mana genot?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2010 04:50 PM | Show all posts
aku x thu nak pilih ikon gelak sopan ka gelak napak gigi mcm geng2 bangsat dlm CI tu... hehehehe
genot Post at 9-2-2010 16:00


ang tak kata kat aku kan?

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 05:30 PM | Show all posts
ang tak kata kat aku kan?


C.K Post at 9-2-2010 16:50


hehehe, dop aih, puak angpa okeh jah banyak dapat knoledge gak drpd angpa.... ada la puak2 lobai politaik tu tp x mo ngaku kata depa puak politaik gak lg pandai kata ke org jah padahal depa pom sama jah blue skodeng, jeluat aku... x leh nak ngelak la drpd menggambarqkan kejeluatan aku, keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 05:42 PM | Show all posts
tapi aku sgt yakin ang lelaki genot...baca apa hat ang certa pon leh teka dah ang laki2....apa2 pon arap takdak org skodeng kat sini plak wat modal ...sampai aku nak kongsi certa dgn angpa pasai keturunan pon naik gerun takot disalah artikan oleh org len...jadi baik aku diam jah
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 05:54 PM | Show all posts
Post Last Edit by genot at 9-2-2010 18:23

keh keh keh, x pa leh gelak sopan cam babi sikit sambil lilek minom kopi dolu ngan lepa kalu depa skodengk. sapa soh depa caprut, x tahu mari mana, pastu dok modal skodengk orang lak, buat aku nak hail Israel jah lagi.... haha, caprut, pinjam tok ki rompin nya vocab, lawok siggie dia, ringkas ajah, lu caprut!
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 06:07 PM | Show all posts
apa yg hangpa sembang ni?hmy3:
-tak paham
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 08:25 PM | Show all posts
sama la kita sekngucing..... x paham...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2010 02:32 PM | Show all posts
memang betul, zaman mesolitik tak pernah wujud kat mesia nih.. xtau la kot2 sebenarnya ada. kan orang2 zaman dulu hidup merata2 kat dunia ni..

kalau betul tu rangka dari zaman meso, buku teks sejarah form4 kena ubah la balik yo
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 06:37 PM | Show all posts
Gua Bewah destinasi pelancongan ‘Jurasik’ di Tasik Kenyir


2010/03/23

KUALA TERENGGANU: Tasik Kenyir di Hulu Terengganu yang terletak 40 kilometer (km) dari pekan Kuala Berang bukan suatu nama asing kerana tasik buatan manusia yang terbesar di Asia itu cukup dikenali sebagai syurga kepada pencinta alam semula jadi.

Selain mempunyai sebanyak 14 air terjun dan pulau-pulau kecil seperti Pulau Bayas, Pulau Sumas, Pulau Jelatang, Pulau Batu Pipit yang juga dikenali sebagai Pulau Mahathir, tidak ramai yang menyedari tasik dengan keluasan 38,000 hektar itu juga kaya dengan tinggalan sejarah purba.

Gua Bewah yang terletak 578 meter dari aras laut di tasik itu, cukup dikenali sebagai gua batu kapur yang mempunyai bentuk dan formasi stalaktit dan stalagmit yang unik seperti bentuk burung unta dan lembaga manusia yang sedang sujud. Namun, di sebalik keistimewaan itu, tersingkap sejarah bahawa Gua Bewah adalah penempatan manusia di zaman Mesolitik dan Neolitik.


Mesolitik dan Neolitik

Nama Gua Bewah dipercayai berdasarkan kedudukannya yang berdekatan dengan Bukit Bewah.
Sekumpulan penyelidik arkeologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Jabatan Muzium Negara dan Lembaga Muzium Negeri Terengganu yang menjalankan kerja penggalian sejak November lepas, menemui rangka manusia yang dipercayai dari zaman Mesolitik, baru-baru ini.

Menurut Timbalan Pengarah Institut Tamadun dan Alam Melayu UKM, Prof Datuk Dr Nik Hasan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, sepanjang kerja-kerja penggalian yang dilakukan mulai November tahun lalu, banyak artifak lain ditemui di gua berkenaan.

Antaranya ialah kulit siput, tulang haiwan, tanduk kambing, alat batu jenis Sumatralith, pisau batu, batu pengetuk, batu pelandas dan sisa tanah liat yang dibakar.

Katanya, berdasarkan penemuan itu, beliau yakin sememangnya terdapat hidupan prasejarah di dalam gua berkenaan.

"Masih banyak lagi penyelidikan yang perlu dilakukan pada masa akan datang kerana kajian lebih mendalam perlu dilakukan supaya maklumat lebih tepat dapat dikumpul dan didokumentasi serta dapat disebar kepada pelancong," katanya.

Menurut Dr Nik Hasan Shuhaimi, sehingga kini pasukan penyelidik itu melakukan sebanyak 20 peratus kerja penggalian di Gua Bewah.

"Saya percaya masih banyak lagi artifak bersejarah di gua ini dan kami akan cari lagi. Buat masa ini, semua artifak yang kami jumpa, kami simpan di Muzium Negeri dulu. Kami ada dua tahun lagi untuk kerja cari gali di Gua Bewah," katanya.

Dr Nik Hasan Shuhaimi juga mengesahkan bahawa kebanyakan penemuan artifak sejarah di gua itu datang dari dua zaman iaitu zaman Mesolitik dan zaman Neolitik.

"Yang membezakan dua zaman itu ialah contohnya kapak batu. Kami menjumpai banyak kapak batu. Zaman Mesolitik kapak batunya kasar tetapi Neolitik ini, dia bertamadun sikit.

"Kapak batunya licin dan mereka juga mempunyai lembing batu. Kegiatan kedua-dua zaman itu ialah memburu dan mengumpul. Zaman Neolitik juga, mereka mempunyai tembikar," tambahnya.

Beliau juga berkata, bahawa setiap maklumat berhubung artifak yang ditemui akan didokumentasi pada 2012.

Sebelum ini, Jabatan Muzium dan Persatuan Sejarah Malaysia Terengganu dilaporkan pernah melakukan kerja penggalian pada Julai 1976 dan antara artifak yang ditemui ketika itu termasuk rangka manusia, serpihan tembikar, kapak batu dan sisa makanan iaitu sisa tulang haiwan dan cengkerang siput sedut.

Pengunjung yang berminat untuk menikmati keindahan gua ini, perlu mendaki 240 anak tangga untuk ke pintu gua sebelum dapat merasai suasana udara sejuk di dalam gua selain melihat pokok keladi besar dan cili padi hidup subur di hadapan pintu gua berkenaan.

Gua Bewah juga dilengkapi dengan sistem solar untuk menyalurkan kuasa elektrik bagi pencahayaan lampu di dalam gua berkenaan bagi kemudahan pengunjung yang berkunjung ke situ.

Di samping itu, kerajaan negeri membina laluan untuk memudahkan pergerakan pengunjung dan pengunjung juga boleh membawa lampu suluh kerana tidak semua kawasan di dalam gua berkenaan dilengkapi dengan lampu.

Mereka yang berminat untuk mengunjunginya boleh mendapatkan khidmat pemandu pelancong dan menaiki rumah bot untuk ke gua berkenaan menerusi ejen yang disediakan iaitu Bahtera Petang Houseboat.

Bahtera Petang Houseboat mampu memuatkan maksimum 12 orang dalam satu-satu masa dan bayaran yang dikenakan bergantung kepada tempoh yang dikehendaki oleh pengunjung.

Bagi pakej dua hari satu malam, bayaran yang dikenakan oleh perkhidmatan itu ialah RM280 dan pakej tiga hari dua malam, RM470 dikenakan manakala RM188 akan dikenakan sekiranya pengunjung menambah sehari bermalam.

Bahtera Petang Houseboat mempunyai dua bilik di mana satu bilik mempunyai dua katil bujang manakala sebuah bilik lagi mempunyai dua buah katil bertingkat dan lebihan enam penumpang lagi, mereka akan diberi kelengkapan tidur untuk tidur lobi rumah bot.

Pengunjung boleh mendapatkan perkhidmatan rumah bot melalui Jeti Jenagor atau Pangkalan Gawi.


BAYARAN

Pengunjung juga dikenakan bayaran RM1 sebagai bayaran masuk ke Taman Negara dan bagi mereka yang membawa kamera, bayaran RM10 dikenakan dan mereka juga diminta membuat surat kebenaran kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu.

"Surat kebenaran untuk memasuki Taman Negara perlu dibuat dan dihantar sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh untuk memasuki kawasan Taman Negara. Bagi yang membawa kamera tetapi tidak mengisytiharkan barangan itu, mereka boleh dikompaun," kata Pengarah Perhilitan, Jamalun Nasir Ibrahim. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2010 01:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by sekngucing at 8-2-2010 01:02

bngsa melayu belah2 selatan ja bnyak mix dan cmpur sunda, batak, jawa, mandailing, minakabau semua tp belah2 utara, kalau mix pun mungkin mix dgn mon- ...
sekngucing Post at 7-2-2010 17:33

MMg lah masa Nabi adam turun..dia tak bertamdun sgt...sebab nak tanam mayat pun dia tak gherti lagi...
Anak dia belajar tanam mayat  dapd burung gagak....tapi daripada bacaan ....time-time nabi adam..mereka dah pandai bertani...
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.062899 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list