CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5695|Reply: 86

Guru di Malaysia belum sedia ajar pendidikan seks

[Copy link]
Post time 2-3-2010 03:29 PM | Show all posts |Read mode
Guru di Malaysia belum sedia ajar pendidikan seks
KUALA LUMPUR: Guru-guru di Malaysia masih belum bersedia mengendalikan pendidikan seks di sekolah kerana mereka kurang latihan profesional dalam subjek itu, kata Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng.

Katanya walaupun kesatuan itu menyokong penuh usaha kerajaan untuk menyediakan pendidikan seks di sekolah-sekolah tetapi sesuatu yang menyedihkan guru-guru kurang latihan formal dari segi kerumitan dan sensitiviti subjek itu dan tidak yakin untuk mengajarnya.

Beliau berkata, guru takut mereka mungkin disaman ibu bapa jika melakukan kesilapan dalam menyampaikan pengetahuan seks kepada murid-murid.


"Malaysia adalah negara pelbagai bangsa, agama dan budaya dengan setiap etnik mempunyai tanggapan masing-masing mengenai subjek itu yang menjadikan pengajarannya lebih mencabar," katanya.

NUTP adalah kesatuan guru yang terbesar di negara ini mewakili 160,000 guru, iaitu kira-kira separuh kerjaya perguruan.

Lok berkata kesatuan itu berharap Kementerian Pelajaran berbincang dahulu dengan pihak-pihak berkepentingan mengenai baik buruk usaha itu sebelum membuat keputusan muktamad mengenainya.
Ketika ini, subjek itu diajar secara sambil lalu dari sekolah rendah hingga sekolah menengah tanpa kursus yang dirangka dengan sempurna.

Pendidikan seks menjadi satu isu yang sangat penting sejak kebelakangan ini di Malaysia berikutan peningkatan kes ibu-ibu muda yang tidak berkahwin, kebanyakannya pelajar.

Sementara itu, tinjauan di kalangan pelajar, ibu bapa dan guru menunjukkan kumpulan itu menyokong usaha itu tetapi tidak pasti bentuk dan kandungan kursus itu.

Seorang pelajar, Jayaraman, 17, berkata: "Saya menyokong penuh tetapi saya tidak pasti apa dan bagaimana guru-guru akan mengajar kerana kita ada lebih ramai pelajar perempuan daripada lelaki dalam kelas dan kebanyakan guru adalah wanita".
Abdul Raof Bidin, 38, yang mempunyai dua anak yang bersekolah, merasakan adalah perlu untuk mengajar subjek itu, tetapi ia perlu ditangani secara berhati-hati kerana ia mudah disalahtafsirkan dan boleh menyebabkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan jika tidak disampaikan dengan betul.

Sementara itu, M Arumugam, 44, berkata adalah lebih baik jika profesional dalam bidang perubatan seperti jururawat dan doktor menyampaikan subjek itu kepada pelajar.

"Mungkin Kementerian Pelajaran boleh berunding dengan Kementerian Kesihatan dan mendapatkan beberapa kerjasama di mana anggotanya dapat memberikan guru-guru latihan ketika waktu kerja," katanya.

Betty Lee, 50, seorang guru dengan 24 tahun pengalaman, merasakan subjek itu lebih baik dilaksanakan oleh guru-guru yang merupakan ibu dan tahu mengendalikan subjek yang kompleks itu.

"Bukan semua guru boleh mengajar subjek itu, dan kementerian perlu teliti dalam memilih calon yang sesuai untuk kerja itu," katanya. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-3-2010 03:32 PM | Show all posts
moral belia dah makin jatuh... seks bagi mereka ni utk keseronokan n tu jer depa tahu..
bila dah ngandung, bunuh lak anak tuh... hampeh...

so bg aku pendidikan seks wajar dibuat tapi kekangan tu yg leceh gak... kene tgk byk faktor... mana yg bole diajar mana yg tak bole...

guru sekolah byk perempuan... kan nanti student lelaki bayang bukan2...
n kemungkinan gak dgn ada pendidikan seks nie, minat seks di kalangan pelajar makin tinggi, makin rosak....
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 03:34 PM | Show all posts
rasa2nya elok gabung dlm subjek Biologi atau berasingan?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 03:35 PM | Show all posts
ada banyak pro n kontra nak ajar sex di sekolah ni...susah jugak kalau budak2 ni terbayang bukan2 bile blaja pendidikan sex ni...silap hari bulan dia wt experimen sendiri sebab nak tau betul ke ape y cikgu cakap..huhuhu..haru..lagipun dalam masyarakat melayu ni agak pelik sikit nk bicarakan ttg ape2 berkaitan sex secara terbuka..ape2 pun kena kaji betul2 tentang hal ni supaya xberlaku perkara yang x di ingini...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2010 03:38 PM | Show all posts
sebenarnya masyarakat n budaya kita yg belum bole terima....
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 03:39 PM | Show all posts
x diajar = depa cari sendiri bahan

diajar = nanti depa buat praktikal plak

jadi apa lagi nak buat?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2010 03:39 PM | Show all posts
kenapa tidak mak ayah sundri yg bercerita dgn anak2?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 03:41 PM | Show all posts
ada banyak pro n kontra nak ajar sex di sekolah ni...susah jugak kalau budak2 ni terbayang bukan2 bile blaja pendidikan sex ni...silap hari bulan dia wt experimen sendiri sebab nak tau betul ke ape y  ...
lana~yana~ Post at 2-3-2010 15:35

ayat ajar sex di sekolah tu tak blah.. saya ajar je anak-anak tapi bukan ajar buat sex.
tapi terangkan kat diorang what, when,who,why &where...so far alhamdulillah...kita ambil
positiflahkan jgnlah ajar teknik ke hape ajar je pro and cons. anak saya yg sulung umur
21 yg kedua 18 so kena ingatkanlah...tambahan depa ajuh dari kita bimbang perkara yg
tak baik. mudahan Allah tak menguji kita dgn ujian yg tak tertanggung oleh kita amin....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-3-2010 03:44 PM | Show all posts
x diajar = depa cari sendiri bahan

diajar = nanti depa buat praktikal plak

jadi apa lagi nak buat?
NIXAR Post at 2-3-2010 03:39 PM


pengajaran agama yg patut ditekankan...
bila agama diharapkn imannya kuat....
kalo nak belajar sex sendri2 n ada pegangan agama, rasanya bole kontrol...
kalo takleh kontrol gak seksnya... tu yg kawin lebih....
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 03:45 PM | Show all posts
ajar pun susah,
tak ajar pun susah ni..

tak ajar malam2 dia krabat rumah sendir ngan member sbb nak bayar duit donlod mms porno.
kalu ajar, nnti dia cakap ngan mak pak dia kata nak study sex lam bilik...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 03:46 PM | Show all posts
pengajaran agama yg patut ditekankan...
bila agama diharapkn imannya kuat....
kalo nak belajar sex sendri2 n ada pegangan agama, rasanya bole kontrol...
kalo takleh kontrol gak seksnya... tu y ...
amd_sempron Post at 2-3-2010 03:44 PM


setuju subjek agama patut ditekankan namun rasanya baru aritu ada berita budak kolej Islam ditangkap khalwat.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 03:46 PM | Show all posts
comelnye ko punye anak saitan bub....ada yg kaler lain x?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 03:47 PM | Show all posts
setuju subjek agama patut ditekankan namun rasanya baru aritu ada berita budak kolej Islam ditangkap khalwat.
NIXAR Post at 2-3-2010 15:46


ari tu depa belum di "tekan" kan lagi nixar... cuma sempat takat suar telondeh yer ..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 03:48 PM | Show all posts
comelnye ko punye anak saitan bub....ada yg kaler lain x?
NIXAR Post at 2-3-2010 15:46


yg kaler ijau tak dak... api ijau habis gas..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 03:48 PM | Show all posts
ari tu depa belum di "tekan" kan lagi nixar... cuma sempat takat suar telondeh yer ..
bubpallo Post at 2-3-2010 15:47

dia baru mukadimah bup...alhamdulillah belum terlanjur???? ontahlah mudahan
belum lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 03:49 PM | Show all posts
ari tu depa belum di "tekan" kan lagi nixar... cuma sempat takat suar telondeh yer ..
bubpallo Post at 2-3-2010 03:47 PM


itu dah kira bunga2 dah tu. mungkin dia x sempat "tekan" sebab masih ingat dosa kot (bersangka baik) ataupun sebab tetiba kena serbu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2010 03:49 PM | Show all posts
yg kaler ijau tak dak... api ijau habis gas..
bubpallo Post at 2-3-2010 03:48 PM


aku nak yg kaler ungu, nak sama dgn dino.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 03:49 PM | Show all posts
teringat beberapa thn lepas, anak aku masa tu darjah 3. Balik dr sekolah agama, dia tanya aku:"mama, air mani tu apa?". Aku yg tetiba stunt dgn soklan tuh (sbb tak bersedia lagi nk explain) terus ckp:"err...mama tak sure la, cuba tanya papa". then anak aku trus pg kat husband aku, dia tanya the same soklan. Aku nampak muka husband aku cam cicak tersepit pintu huhu..pastu dia ckp kt anak aku:"errr..papa pun tak tau, cuba tanye atok". kebetulan ayah aku ada kt rmh aku hari tu, anak aku dgn penuh kesabaran pun bertanya pd datuknye soklan yg sama, ayah aku pun ckp:'atok ni dah tua, tak ingat dah air mani tu apa dia". Aku tau anak aku kecewa, aku tanye dia balik. "kenapa kakak tak tanya ustazah kakak sendiri dlm kelas air mani tu apa?" Dia cakap:"kitorang dh tanya, tp ustazah ckp dia pun tak tau, suruh balik tanya ibu ayah". Huhu...rupa2nye memang pendidik kita blm bersedia. Tp bila anak aku masuk darjah 6, dia dh tau apa itu air mani sbb subjek agama yg dia belajar makin detail, ustazah takde choice but to explain dgn cara paling terhormat. Huhu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2010 03:50 PM | Show all posts
setuju subjek agama patut ditekankan namun rasanya baru aritu ada berita budak kolej Islam ditangkap khalwat.
NIXAR Post at 2-3-2010 03:46 PM


sekurang2nya tanggungjawab tu dah dibuat... yg salah itu individu...
so sistem tu ada betulnya tapi kene tgk impak pelaksanaan n penerimaan...

mcm kursus kawin... aku rasa diajar sejak dari awal lagi dan diperluaskan pengajarannya...
bukannya bila nak kawin, baru nk gi kursus...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 03:51 PM | Show all posts
masa tu, anak aku darjah tiga, sekolah agama dh ajar dia subjek fekah, bab membatalkan air sembahyang dan bab mandi wajib...jd salah satu sbb mandi wajib ialah keluar air mani huhu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.102566 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list