CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 231544|Reply: 924

Pengalaman-pengalaman Seram di Kuarters Kerajaan/Swasta Update post 885#

  [Copy link]
Post time 4-3-2010 11:18 AM | Show all posts |Read mode
Salam sumer...

Bab 1 (Anak Kunci Misteri)

Aku nak share sikit pengalaman misteri tak terungkap yg penah aku alami 15 tahun dulu (sejarah silam le). Masa tu aku dan member aku si K dapat dok kuarters apartment 5 tingkat. (Maaf...nama Kuarters dan tempat terpaksa aku rahsiakan atas sebab2 tertentu). Apartment tu ada 3 blok. Kedudukan aptmt tu atas bukit. Permandangan mmg cantik sgt. Kami dapat Blok A tgkt 5 unit paling tepi mengadap jalan masuk. Pintu unit sebelah mengadap bukit dan hutan. Blok kami baru ada 1 family dok tgkt bawah. Blok B dan C masih kosong. Suasana mmg angker sikit masa kuarters tu kosong mcm2 dan member2 ofis aku citer. (aku cerita kemudian nanti). Takut mmg le takut. Tapi sbb tak ada pilihan, kami buat bodoh je.

Kami dapat kunci 1 set. Aku yang ambik kunci tu dari En. H (penjaga kunci kuarters). Lepas tu kami cadang nak basuh rumah dan nak masuk cepat. maklum le rumah sewa lama kami tuan rumah nak duduk semula. pasal tu kami kena keluar cepat.  

Rumah tu cuma ada 2 bilik je. Ruang tamu, dapur dan bilik air. Kami cadang nak basuh rumah hari Sabtu. jadi kami dah pakat nak minta tolong dgn ofismate dalam 4-5 orang. Hari tu kami goreng meehoon dan bawa serba sedikit juadah nak jamu kawan2 lepas selesai basuh rumah nanti. Aktiviti berjalan lancar. Rumah dah bersih tunggu hari nak masuk pindah je. Kami cadang nak bawak barang sikit2. Maklum le org bujang kan (masa tu).

Jadi pada hari Ahad tu kami berdua beli barang sikit2 kat C.K. Selesai beli belah kami pun naik le ke Kuarters
@ rumah baru. Seronok dan tak sabar nak letak barang2. kami sampai petang kira2 pukul 5 lebih. Keadaan mmg sunyi. Jiran paling bawah pun jarang kami nampak. Sampai je kat pintu. Cam biasa la aku keluarkan anak kunci. Si K pegang barang. Anak kunci tu boleh masuk tapi tak leh buka pintu. Kira mcm bukan anak kunci rumah tu. Aku dah mula heran apasal lak anak kunci ni tak leh bukak pintu. Anak kunci tu belum buat duplicate lagi. Cuma ada yg ori pd tgn aku. Semalam elok je buka siap cuci rumah bagai. Hari ni pulak dia jem. Barang kat tangan mmg banyak, berat lak tu. Nak turun semula mmg tak larat nak bawa balik rumah sewa.

Entah mcm mana aku saja2 nak cuba buka pintu unit sebelah. Masuk je anak kunci terus je boleh buka pintu rumah tu. Aku dan K mula seriau dan heran camana leh jadi camtu. Memandangkan barang byk aku cadang letak dulu dlm rumah yg sebelah. (keadaan mmg kotor sbb rumah kosong). Aku dan K cadang nak jumpa En. H nak tanya pasal kunci. Aku citer kat En. H ttg perkara tu. Dia pun heran camna lak kunci pada tgn aku leh tertukar dgn kunci rumah sebelah yg kosong tu. Dia siap bawak anak kunci satu blok tu pegi test try satu2. Mmg kunci unit yg kami cuci tu langsung tak ada dlm simpanan dia. Kebetulan pula anak kunci unit yg belum cuci tu pun tak ada  pada dia.

Aku dan K dgn rasa hampanya serta rasa heran naper benda ni boleh terjadi dlm masa 1 hari. Kunci tu aku yg pegang. Bila masa lak tertukar...last2 kami terpaksa cuci sekali lagi rumah kosong unit mengadap hutan tu. Kali ni aku kena cuci berdua je dgn K. Cuci ala kadar je. Dalam otak mcm2 pikir. Seram ada pelik pun ada. Kawan2 ofis pun heran camna leh jadi camtu. Buat penat je kami cuci rumah depan tu siap makan2 lagi. Mesti ada sbb mgapa jadi camni... sampai sekarang aku rasa cam ada yg tak kena. So bermula lah episod paling menyeramkan dlm idup aku start aku duduk kat rumah tu....

Ok le aku stop kejap... ada masa akan sambung Bab 2....kisah seram bermula!
Last edited by zamirra on 3-2-2013 04:12 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2008 05:35 PM | Show all posts

Pengalaman-pengalaman Seram di Kuarters Kerajaan/Swasta

Post Last Edit by Santeira at 10-3-2010 09:35

Sebenarnya akak bukak citer ni di thread Spot Rumah/Kawasan Berhantu tapi di atas permintaan akak bukak thread baru supaya tak off topic kat thread tu. Marah mod kang!

Akak compile semua post akak yang bersambung2 tu di thread yang ini ya.  Sorrylah kalau panjang berjela tapi akak ni tak gheti nak citer pendek2.

Part I

Akak membesar di rumah kepunyaan kerajaan... colonial British bungalow,siap ngan kuarters for servants and supir.  Tanah besar, dekat 2ekar.  Ayah akak dulu kerja gomen, so dapatlah duduk rumahtu.  Akak duduk rumah tu from the time I was 3 sampai umur 13 tahun.  Kitaorang tinggal 6 beranak (parents and akak 4 beradik) and a whole procession ofsedara-mara ayah akak dari kampung yang datang ke KL towork/study.  Yalah, banyak space kan.. servants quarters yang bersambung dengan main house tu aje macam rumah teres , belum lagi rumah untuk supir yang separate dari the main house.  Main house sendiri besar, 2 tingkat tapi 5 bilik aje.  Bilik2 dia besar2 la, style2 omputeh dulu.  Tiap2 bilik ada balcony kat luar, so since bilik besor,panjang and luas jugaklah the balcony.

Kitaorang tidur sebilik masa kecik2 dulu sebab bilik2 dia memang besar.  Adik2 akak kalau memalam,selalu lompat into my bed suruh baca ayat2 yang patut sebab derang cakap kat balcony tu ada pompuan rambut panjang pakai putih berulang-alik.  Katil2 kitorang dahlah berderet depan tingkap mengadap balcony tu. Sampai ke pagilah they all tidur berimpit2 ngan akak.

Kadang2 ada benda rambut afro (mengikut kata adik akaklah) muka hazab bertenggek kat belebas depan katil. Padahal belebas tu kecikkkk aje, adalah 2 incilebar.  Arwah nenek akak pun ada report sighting 'funk soul brotha' rambut Afro tu kat bilik dia, tapi time tu dia macam Spiderman dok bertenggek kat ceiling. (Hah lantaakk...)  

Tangga nak turun ke tingkat bawah tu macam ada 'landing' kat tengah2. Kat 'landing' tu ada tingkap, kira2 20 kakidari aras tanah la.  Adik2 akak selalu menangis2 takut sebab kata nampak ada pompuan rambut panjang muka buruk dok pegang grill kat tingkap tu menyeringai kat diaorang, especially time2 senja/malam.


Tiap2 malam memang ada konsert Il Divo la kat umah tu. Anjing menyalak and howling macam dalam citer antu Hollywood tu. Rumah tu tak berpagar di depan, pokok2 tinggi surrounds the whole perimeter.  Dari main Jalan Bukit Petaling ada driveway agak panjang leading to the main house (memang style rumah omputeh dedolu la), sebab tu tak yah front gate. Anjing liar datang memalam, and always menyalak2 ke arah rumpun pokok buluh in one corner of thegrounds.  Maids dulu selalu citer boleh nampak anjing2 tu ikut pompuan berbaju putih, rambut panjang mengurai, tak berkaki yang memang selalu tuju pokok2 buluh tu. Macam2 benda la yang orang lain nampak dalam rumah tu, yang tak nampak cuma akak dengan ayah akak.  Mak akak selalu kalau bangun pagi ada kesan cakar kat belakang dia, atau lebam2 kat badan. Orang kata kena 'gigit pelesit'. Akak bukannya nak percaya benda2 macam ni.  All I know is that there are Djinn/Syaitan... Maybe manifestations dia lain.  For every ONE of us, there are 99 of them.. that's what my late grandmother told me... so tak mustahillah kalau kekadang tu we ... 'bump into each other'. Gitewww.

Pendek kata (pendek ka.. sket punya panjang posting niih! ) kat rumah tu macam Astro la... macam2 ada.  Yang buruk ada, yang baik pun ada.  Kalau orang lain ada bau yang busuk2, akak selalu terbau yang wangi2, macam bau bunga melor.  Bau kemenyan tu memang sokmo.  Yang playful suka menyakat pun ada... dia suka baling2 barang keluar rumah (seperti barang2 crystal kesayangan mak akak), suka minum air kita(belum sempat minum satu sip, toleh je tempat lain cawan dah kosong), suka tolak2 meja kerusi, suka ketuk2 pintu and ikut belakang kita bila kita berjalan(kita berjalan setapak, dia ikut setapak.. kita berhenti, dia berhenti).Poltergeist kot.

I have reason to believe that I was 'protected' all those years that I lived there.  Ada sebabnya lah.  Itu pun ada story dia yang berkaitan dengan paranormal ni.  I remember one time, mulut akak celupar... akak cakap, "Mana ada antuu..!" Time tu adik2 akak la merengek2 suruh temankan tidur, time tu malam dah.. sorang2 baring atas katil masing2, lampu dah padam.  Sebaik saja ayat tu terpacul dari mulut, tetiba ada orang tampar mulut akak. Akak marahlah... ingatkan the maid yang temankan kitaorang yang buat macam tu. Tiba2 akak dengar suara maid tu kat ujung bilik sana, at least 10 meter jauh dari akak. Takkan dia Supergirl lak boleh gerak begitu cepat kalau DIA yang tampar akak tu.  Adalah 'orang' yang nak ingatkan akak tu...supaya jangan mulut celupar.

Dulu2 kalau ada visitor/guest datang stay overnight...sohehhh pagi keesokannya sure cerita they all terima 'lawatan' during thenight.  Kadang2 berbentuk gangguan, kekadang dia tanya2 aje siapaorang tu.  (Macam polis pencen lak!) Orang kata kat situ, when Jepun took over from the British, kat situ tempat derang bunuh prisoner. Allahuallam.  Adik akak yang memang ada 'Sixth Sense' ni (sampai skang ni dia boleh nampak mana2 dia pegi... ) kata pernah nampak lembaga tak berkepala kat tepi pokok ara on the grounds. Sekarang ni, the original house dah kena demolish. Gomen dah build a new single-storey house at the same spot.  

Empat tahun lepas akak moved from there, akak ada pergi balik that area untuk kursus Biro Tatanegara.  Aduhhh...terbukak lah 'lembaran' baru.  



(*bersambung)


[ Last edited by  akakbosan at 21-7-2008 05:51 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 05:42 PM | Show all posts

Part II

Nak kena citer background sket dulu, sebelum akak citer wat hepeng bila akak balik ke Bukit Petaling untuk kursus BTN pada tahun1987, 4 tahun selepas akak pindah dari 605 Bukit Petaling. Senang sket nak citer that way. Sorrylah kalau akakbosan MEMbosankan ;)

Memang macam akak sebut hari tu, hanya akak dengan ayah akak (kita panggil Abah ajelah ya, senang nak tulis) yang tak nampak apa2 kat rumah tu.Paling tinggi akak dengar bunyi2 aje. Adik-beradik akak, Mak dan lebih kurang 10 orang lain yang tinggal dengan keluarga akak di rumah tu yang nampak macam2
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 05:42 PM | Show all posts

Part III

Peristiwa masak2 ni berlaku di rumah lain. Tak lama lepas tu, kami sekeluarga pun pindah ke 605 Bukit Petaling.
Beberapa tahun lepas tu, akak start kelas mengaji di rumah seorang ustazah di Jalan Bellamy. (Which BTW, rumah peninggalan British jugak,sebijik design and layout macam rumah yang akak duduk tu.) Kalau nak ke rumah ustazah tu, boleh jalan kaki aje, tapi kalau nak shortcut ikut jalan semak belakang rumah.

Di belakang rumahakak tu ada 'septic tank' bapakla besar. Zaman dolu2 punya niih. Baunya kalau dia overflow, toksah citerlah. Tapi shortcut punya pasal kan
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 05:44 PM | Show all posts

Part IV

1987. Beberapa pelajar tingkatan 5 sekolah akak dipilih untuk menyertai kursus 'bina semangat' BTN di kawasan Jalan Bellamy. Kami dibawa ke tempat kursus menaiki bas. Akak agak terkujat mawas jugak bila sampai2 aje kami dibawa ke rumah banglo dibelakang rumah lama akak (605 Bukit Petaling).

Rumah tu telah "diubahsuai" untuk dijadikan hostel/asrama gitu... siap dengan katil double-decker untuk kitaorang tido. (Rumah2 kat situ sumer rumah peninggalan British, sumer government quarters dulu2.) Hanya 'chainlink fence' aje yang memisahkan 'hostel' akak dengan rumah lama akak. In fact, 'hostel' akak tu betul2 belakang rumpun buluh di mana konsert Il Divo berlangsung hampir setiap malam yang akak citerkan dalam post sebelum ini.


Semak/hutan belukar yang akak redah nak pegi mengaji masa kecik2 dulu tu betul2 sebelah 'hostel' akak. Tak begitu banyak berubah dalam masa 4 tahun akak tinggalkan tempat tu. Lepas kitaorang dah letak2 barang, ada taklimat dan sessi bersuaikenal dengan facilitator kursus. Pokpekpokpek apa yang patut, tiba2 sebelum bersurai abang facilitator tu berpesan:

"Abang nasihatkan,toksah keluar atau berjalan sorang2 di kawasan hostel ni atau di antara hostel dan tempat kuliah (rumah banglo sebelah) selepas pukul 9 malam."

"Kenapa bang?" sorang mamat ala2 polis pencen bertanya.

"Toksah tanya banyak2lah
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 05:48 PM | Show all posts
bestbest .. bravoo ..akakbosan .. dah tak bohsang dah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2008 05:57 PM | Show all posts
panjangnyerrr
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 06:03 PM | Show all posts

Reply #6 kupu2siang's post

Sorry kupu2siang.. sebabnya post2 sebelum ni over several days.. kat thread satu lagi tu. Ingatkan senang compile sekali kat sini.

Akak malaih start thread baru niih... tapi ada yang mintaklah pulakk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2008 06:05 PM | Show all posts
banyaknye part .......

takde rumusan ke.............
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 06:11 PM | Show all posts
sambunglaa akak .. syok plak baca.. huuhuh
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 06:12 PM | Show all posts

Reply #8 tina's post

Itulah.. sebenarnya.. macam akak cakap, akak nak citer sekali tu aje (Part I) kat thread Spot Rumah/Kawasan Berhantu tu sebab thread tu kan discuss pasal tempat2 angkerr nih.  Pastu agak ramai yang suruh akak sambung citer.. so akak sambung la.

Itu yang jadi berpart2 tu.  Kalau yang  dah baca Part I-III kat thread Spot/Kawasan Rumah Berhantu taklah rasa panjang sebab sambung over several days.. Sebab itulah panjang kalau nak baca sekali ghap. Takpelah... akak tak sambung citer lagi.. baca Part I satu hari, Part II keesokkannya... taklah rasa panjang sangat ek?  KALAU nak baca pun la kan....
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 06:14 PM | Show all posts
banyaknye part .......

takde rumusan ke.............
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 06:21 PM | Show all posts
senja2 mcm gini takut lak saya nak bace
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 06:22 PM | Show all posts

Reply #9 aza's post

Nanti ek aza.. dah panjang bebenor dah ni.. Kang orang   pulak membacanya!
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 09:03 PM | Show all posts
tak kisahlah berapa byk  part...sambunglah lagi...aku dah lama tak baca cerita2 seram yg best kat sini....part gaduh2 byklah aku jumpa

lagi pun seronok baca pengalaman akak.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 09:27 PM | Show all posts
sgt setuju....cepat kak sambung.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2008 10:44 PM | Show all posts

Balas #10 akakbosan\ catat

macam seram giler jek....

dahla malam...tak jadila baca....

sok pagila baca...ngeh ngeh ngeh...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 11:34 PM | Show all posts
suka rumah style british ni..unik...n cantik...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2008 02:12 AM | Show all posts
waaa...akkbosan dah bukak thread sendiri...

bagus..bagus...

nak lagi citerrr....

:pompom: :pompom: :pompom: :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2008 04:34 AM | Show all posts
akakbosan, jangan tulis cerita akak kat lain2 thread lah...dok sini aje, senang kami nak baca semua cerita seram akak yang best2 nanti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 1.263366 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list