CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2626|Reply: 2

Vaksin halal meningokokus

[Copy link]
Post time 5-3-2010 03:53 PM | Show all posts |Read mode
UNIVERSITI Sains Malaysia (USM) melalui jaringan strategiknya denganInstitut Finlay dari Cuba mencipta sejarah dalam bidang pengajiantinggi apabila kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk membangunkanvaksin halal pertama bagi penyakit meningokokus yang dikenali sebagai tetravalent meningococcal ACW135Y vaccine.

Perkara itu diputuskan menerusi majlis menandatangan memorandumperjanjian oleh kedua-dua pihak di Kedutaan Besar Malaysia di Havana,Cuba pada satu majlis yang turut disaksikan oleh Ketua PenasihatSaintifik Majlis Negara Republik Cuba, Dr. Fidel Castro Diaz-Balart danDuta Besar Malaysia ke Republik Cuba, Yean Yoke Heng.

Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Naib Canselor USM, Prof. TanSri Dzulkifli Abdul Razak dan Presiden Institut Finlay, FranciscoDominguez Alvarez.Melalui perjanjian tersebut, Sanggar Sains, anak syarikat sepenuhnyamilik USM, akan berperanan dalam mengkomersialkan vaksin tersebut.

Kerjasama seumpama itu merupakan detik paling bersejarah buatkedua-dua pihak khususnya dalam menyelesaikan kemelut kesihatan ekoranpenularan penyakit meningokokus yang banyak melanda rakyat dinegara-negara membangun dan mundur.Dzulkifli dalam satu kenyataan berkata, kerjasama di antara USMdengan Institut Finlay bermula sejak lapan tahun lalu dan sepanjangberkolaborasi, kedua-dua pihak telah membangunkan pelbagai jenispenyelidikan, antaranya berkenaan penyakit turbekulosis.

Katanya, penyelidikan turbekulosis yang terdahulu telah memberipelbagai manfaat khususnya dari aspek pertukaran kepakaran, staf danpara pelajar di antara USM dan institusi pengajian tinggi Cuba itu."Perkembangan baru ini yang melibatkan cabang penyelidikan lainnyata menjadi satu lagi inisiatif kita dalam membangunkan nasibgolongan bottom billion, sekali gus meletakkan nama Malaysia sebagai antara pengeluar vaksin halal terkemuka di pentas global,'' katanya.
Sementara itu, Francisco Dominguez pula berkata, kerjasama yangsekian lama terjalin itu akan sentiasa diteruskan dan kedua-dua pihakakan meneroka peluang-peluang penyelidikan baru demi manfaat masyarakatdi negara-negara membangun dan mundur.

"Visi dan matlamat di antara USM dengan Institut Finlay tidak jauhberbeza iaitu untuk mencari penyelesaian efektif dan boleh diaksespenduduk negara-negara miskin yang amat memerlukan bantuan dansokongan," jelas beliau.
Tambah beliau, selain mencari penyelesaian, kerjasama itu juga dapatmengembalikan kegemilangan teknologi dan tamadun Islam sebaris denganpenghasilan yang dicipta oleh barat.Penyakit meningokokus adalah penyakit jangkitan bakteria serius yang disebabkan oleh sejenis bakteria dikenali sebagai Neisseria meningitidis.

Ia menjadi penyumbang utama kepada jangkitan bakteria meningitiskepada kanak-kanak di seluruh dunia yang berumur dalam lingkungan duatahun hingga 18 tahun yang jika tidak menerima kaedah rawatan sempurnaboleh membawa kepada maut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2010 08:20 PM | Show all posts
klu x silap vaksin meningoccol ni bole thn smpi 5 thn as memory cell dlm badan
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2010 03:09 PM | Show all posts
meningicoccal c  dah ada org cipta ker?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 11:24 AM GMT+8 , Processed in 0.053395 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list