CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: unekspekted

Misteri Missing Link Pembunuhan Sultan Mahmud II

[Copy link]
Post time 16-4-2010 09:53 AM | Show all posts
dia lompat dpd pokok agaknya

ataupun mmg megat ni leh terbang. melompat stakat 10 kaki biasa utk  ...
junkredish Post at 12-4-2010 15:41



    Agree..manusia ni, bila dah angin or terlalu marah sangat...jangan kata lompat / terjun dr pokok..kdg2 ada yg boleh lompat pagar..ini kan lagi bila dpt tau punca sebenor isteri dia mati...klu dah mengamuk,  kamikaze jer serang!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2010 11:49 AM | Show all posts
kita baca aje ... tak nak pikir2, biar korang yang tolong pikir kan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2010 12:40 PM | Show all posts
orang melayu kalau mengamuk, macam2 leh jadi...5-6 orang pun  lum tentu boleh sekali lawan..kalau ambush, emmang susah nak elak..bila semngat dah naik, mcm tu la..sekali tikam sorang pengangkat julang sultan, mesti julang tu tak belen dan jatuh, but still sultan atas julang..so tikamlah masa ni..masa sultan still atas julang yang tidak diangkat dah....ok dak teori ni?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 04:14 PM | Show all posts
Versi yang akak tahulah kan, lepas bunuh Sultan Mahmud tu, Megat Sri Rama a.k.a Laksmana Bentan menghilangkan diri dan berkahwin lagi & start keluarga baru.

Keturunan dia ni memang kena sumpah tak boleh jejakkan kaki ke Kota Tinggi. Dah banyak cerita kisah muntah darah ni. Jadi kalau nak tahu kita ni keturunan Laksmana Bentan ke tak bolehlah test pegi Kota Tinggi. Kalau muntah darah tu maknanya ada darah keturunan Laksmana Bentan lah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 04:18 PM | Show all posts
Dalam filem, Laksmana Bentan pun mati jugak tapi RTM pernah buat filem dokumentari dan versi dia Laksmana Bentan tak mati. Dia tinggalkan Kota Tinggi dan pergi mana tak tahulah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 05:25 PM | Show all posts
setau aku bukan keturunan laksamana bentan jek yang kena sumpah... semua org bentan kena sumpah tak boleh jejakkan kaki ke kota tinggi... depa x boleh naik jambatan kota tu, kena patah balik...

jiran aku... arwah dah makcik tu, dia mmg x boleh jejak kota tinggi...nnt muntah darah tapi anak dia boleh pulak wallahualam....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2010 05:29 PM | Show all posts
Reply 25# anne83

adakah keturunan raja kecil ini yg sedang giat menuntut haknya? dengar2 kat johor ada 3 puak menuntut takhta... tp tataulah akan kebenarannya... sebab kat sini depa tenang2 aje...tp jangan disangka air yg tenang tiada buayanya
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 05:29 PM | Show all posts
Reply 33# Glock19


owhh really....
alkisahnya pepatah tuh.....

misteri sungguh yer

barukutau....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2010 06:47 PM | Show all posts
Reply 47# nazurah


   uishh..sejak bila kes2 tuntut tahta ni?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 07:09 PM | Show all posts
setau aku bukan keturunan laksamana bentan jek yang kena sumpah... semua org bentan kena sumpah tak  ...
nazurah Post at 19-5-2010 17:25


biler tang anak, da jadi jauh kot.. bese biler sampai anak cucu cicit, keturunan dah bercampur2... laen la kalo kawen same puak sendiri.. mmg xberkembang la jawabnye..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 07:35 PM | Show all posts
Kalau ikut fahaman akaklah, makcik tu keturunan Laksmana Bentan tapi anak2 dia ikut keturunan suami dia.

Kalau ikut salasilah pun keturunan belah emak tak diambil kira.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 07:44 PM | Show all posts
Reply 51# Fieza-mira

oh yelah... anak2 ikut nasab bapak kan, kecuali anak luar nikah yang dinasabkan kepada ibunya...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 09:26 AM | Show all posts
Reply 47# nazurah


    x tawla.......... agak2 ade kene mengena x dgn raja noor jan tuh? hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 11:17 AM | Show all posts
raja noor jan tu bukan sultan melaka ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 11:40 AM | Show all posts
Sedeyy nengok filem ni, Nordin Ahmad kan hero dia?..saya ni bab citer sejarah gini nengok filem memang feeling abis, kunun2 bersungguh menghayati perasaan mereka yang terlibat..hehehe..

Andaian adelah seperti berikuts:

"Missing Link :

-  dalam adat, hulubalang istana jalan depan.. diikut pembawa panji2 diraja..; mane peginya dorang?"

Ade orang yg boleh jangka apa akan berlaku pada Jumaat tu, mungkni sebab Laksamana dah jumpa dia sebelum kejadian tu meluahkan kuciwa dan gundah gulana jiwanya (sob!sob! huuu sedeyy woooso orang itu telah mengatur supaya pada Jumaat itu tiada hulubalang berjalan di hadapan raja, entourage Sultan berkurang tidakseperti kebiasaan, contohnya bagi raja bila berarak / berangkat ke sesuatu tempat ade 14 hulubalang, 7 di kiri 7 di kanan, campur lagi barisan belakang (agaknye la).. mungkin,... baca betul2 eh, MUNGKIN entourage sengaja dikecilkan agar mudah bagi Laksamana  menjalankan hasratnya untuk menuntut bela = bunuh Sultan.

Orang yang berkuasa mengatur persiapan keberangkatan SUltan  tu sape la agaknye ekk?
Motif dia berbuat begitu? Kerana dia nampak peluang dia untuk menjadi rajakah?

"-  ketinggian orang2 yang menjulang dalam 6".. ditambah lagi kedudukan sultan diatas julang.. 4".. total ketinggian baginda mase tu ialah 10" ; macamane Megat Serirama dapat membunuh Sultan yang berada dalam ketinggian 10 kaki dari atas tanah - ditikam baginda lalu mendarat?? boleh kah seorang manusia terbang setinggi itu??"

Pendekar macam Laksamana tu, ape ke hade heran dengan ketinggian takat 10 kaki? Saya rasa puncak nyiur tu pun dia boleh hinggap..

"-  ape jenis orang yang tidak dapat dibunuh jika kakinya mencecah tanah?? = orang kebal (same case dengan mat komando).. adekah baginda kebal kerana tidak dapat dibunuh semasa di atas tanah??"

soalan mengundang konspirasi heheh.. bukanke tabiat Sultan tu memang ditandu bila semayang Jumaat ke? kalau memang sengaja dijulang hanya pada hari Jumaat yang tersebut, makaaaa.....

so.. ape sebenarnya yang terjadi pada satu Jumaat 1699?

Sultan mangkat..hehehe...ni kompom...sume worang tau..cume, orang2 tua ade sebut Laksamana mati lepas tu, bukan sebab bisa keris ke apa, keris tu pun kena kaki ajek, ape la sangat keris tercucuk kat kaki bley mati (jauh dari nyawa kah??), tapi Laksamana mati sebab tulah sumpah Sultan...tu yang sya paham laa..

errr...ke saya ni manyak benor nengok filemm??
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 12:00 PM | Show all posts
Kat sini saya confius.....

Kalau ikutkan versi filem dokumentari RTM (Lama dulu) mengkesahkan lepas membunuh Sultan Mahmud, Laksmana Bentan meninggalkan Kota Tinggi dan mulakan hidup baru dan tak pernah balik ke Kota Tinggi lagi. Maknanya dia tak mati dan takde cerita kena tikam pada hari kejadian.

Tapi mengikut versi filem melayu pulak, dia pun mati jugak pada hari tu. Mana satu yang betul nih??

Saya rasa versi pertama lebih terjawab persoalan keturunan Laksmana Bentan sebab lepas tu dia berkahwin lain dan dapat zuriat dan keturunan.

Saya rasa saja filem melayu sengaja menyimpangkan sejarah sebab supaya jalan cerita lebih dramatik dan untuk menunjukkan pada rakyat inilah akibatnya menderhaka kepada sultan. Pembunuh sultan mendapat pembalasan yang setimpal dan2 tu jugak sebagai menunjukkan betapa berdaulatnya raja melayu.

Waullahualam......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2010 12:04 PM | Show all posts
Kat sini saya confius.....

Kalau ikutkan versi filem dokumentari RTM (Lama dulu) mengkesahkan lep ...
Fieza-mira Post at 20-5-2010 12:00


ya ya mungkin mungkin
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 02:13 PM | Show all posts
tulah, saudara aku mmg ada yg muntah darah bila masuk jek kota tinggi....sekrg x tahu, dah ok kot..( ...
cubajaya Post at 13-4-2010 10:01



org melaka yg x leh pegi kota tinggi kan?
kalo nak tau adik beradik mak sy kira generasi yg last x leh jejak kota tinggi..

nnti jadi cam tu la.. baru teringat mak sy pernah cite..

tapi skang dah boleh la...

x tau la kan..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 02:21 PM | Show all posts
Kelibat Laksamana Bentan Gemparkan Penduduk                            
http://www.medkom.my/v5/index.php?option=com_content&view=article&id=151:jelajah-johor-2009-kelibat-laksamana-bentan-gemparkan-penduduk-&catid=37:apa-cerita&Itemid=91
Ditulis oleh Hamirul Hairi ( kumpulan Kuda Kepang | Jelajah Johor )    
Isnin, 18 Mei 2009 08:00 | 328 hits 



Dari arah situlah... Ismail menceritakan pengalamannya kepada kumpulan Kuda Kepang, Jelajah Johor mengenai di mana ternampak kelibat kononnya Laksamana Bentan. Gambar oleh Muhammad Fahmi Abu Bakar

Sukar mahu dipercayai, namun itulah dakwaan penduduk Kampung Kelantan, Kota Tinggi, kononnya pernah tertembung dengan kelibat panglima Melayu lama, Laksamana Bentan di kawasan berhampiran makamnya di situ. 

Seorang penduduk asal di situ, Ismail Jusoh, 78, mendakwa pernah melihat sendiri kelibat panglima tersohor itu.

 “Saya pernah bertembung dengannya pada suatu malam.  Ketika itu saya pulang dari bandar agak lewat. Memang mencemaskan, tetapi mujurlah ia tidak mengganggu saya ketika itu,” katanya ketika ditemui oleh rombongan Jelajah Johor 2009 di kampung berkenaan, kelmarin.

Rombongan Jelajah Johor dianggotai oleh 50 peserta termasuk ahli Myvi Extreme Club Malaysia, jurufoto persendirian, mahasiswa, kumpulam profesional dan penulis berkonvoi ke Kota Tinggi dan Mersing, selama dua hari mulai Sabtu lalu dengan meninjau perkampungan di sepanjang laluan perjalanan sejauh lebih 400 kilometer.

Ismail yang merupakan penduduk tunggal dari generasi awal penghuni Kampung Kelantan, mendakwa kelibat Laksamana Bentan sering kelihatan ketika dinihari pada malam Jumaat. 

“Mungkin ia mahu menjaga kawasan makam itu daripada kegiatan orang yang menjadikannya sebagai tempat tidak elok seperti mendapatkan nombor ekor,” katanya.

Dia juga mendakwa terdapat beberapa lagi perkara misteri yang berlaku di kawasan makam itu, tetapi tidak mahu mendedahkannya kerana tidak mahu ia menjadi kepercayaan pula.

Namun, katanya, sehari selepas banjir besar di Kota Tinggi tahun 2006-2007 surut, dia pergi untuk melihat kawasan makam yang disebut-sebut tidak pernah dinaiki air ketika banjir.

“Apa yang saya nampak ada kesan-kesan ia ditenggelami air. Cumanya agak menghairankan, tiada secebis sampah pun terdapat di kawasan itu. 

“Seolah-olahnya macam tidak pernah terkena banjir di mana lazimnya dipenuhi sampah-sarap,” katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2010 02:22 PM | Show all posts
Sumpah 7 Keturunan...

Katakan lah, secara purata... sorang keturunan hidup umur standard 60 tahun.. menjadikan =

Keturunan Pertama : 1699 - 1759
Keturunan Kedua : 1759 - 1829
Keturunan Ketiga : 1829 - 1899
Keturunan Keempat : 1899 - 1969
Keturunan Kelima : 1869 - 2039
Keturunan Keenam : 2039 - 2109
Keturunan Ketujuh : 2109 - 2179

Boleh scrap 'sumpahan' 7 keturunan tu.. same mcm Mahsuri, no logical based
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:10 PM GMT+8 , Processed in 0.081671 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list