View: 3402|Reply: 6
|
Kerajaan negeri rayu Kerajaan Pusat tidak naikkan tol jambatan Pulau Pinang
[Copy link]
|
|
GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang merayu Kerajaan Pusat supaya tidak menaikkan kadar tol Jambatan Pulau Pinang memandangkan syarikat konsesi telah memperolehi keuntungan daripada kutipan tol jambatan itu. Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata tindakan menaikkan kadar tol adalah tidak wajar dan hanya membebankan pengguna. "Sejak tahun 1993 hingga tahun 2006, syarikat konsesi telah mengutip sebanyak RM1.7 bilion sedangkan kos penyelenggaraan jambatan itu hanya RM968 juta," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Penang Bridge Sdn Bhd adalah pemegang konsesi Jambatan Pulau Pinang dengan tempoh konsesi selama 25 tahun, berakhir pada 2018. Sementara itu, pada sidang media yang sama, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif InvestPenang Datuk Lee Kah Choon mengumumkan pelantikan Loo Lee Lian, 49, sebagai Pengurus Besar Invest Penang berkuatkuasa Khamis ini. Loo yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam industri pembuatan dilantik bagi menggantikan Wan Zailena Mohd Noordin yang ditukarkan ke Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC). - Bernama
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KerajaannegerirayuKerajaanPusattidaknaikkantoljambatanPulauPinang/Article
---------------------
bagaimana dengan ahli forum pp? |
|
|
|
|
|
|
|
1# juro Penduduk penang juga tidak setuju jika tol jambatan dinaikkan lagi..nilai yang sedia ada pun cukup membebankan |
|
|
|
|
|
|
|
dia nak hukum rakyat situ sebab tak undi dia la ni... |
|
|
|
|
|
|
|
tp bila masa kerajaan nk naikkan tol situ?...
tibe2 ada yg merayu nie...kui2 |
|
|
|
|
|
|
|
sume benda nak naik...hangin betol!!
7hengget tu dh mahal okkkk........
sepatutnya bg naik free je:@ |
|
|
|
|
|
|
|
asyik naik ja..turunnya dak pun..beban2.. |
|
|
|
|
|
|
|
bagusla xnaik..lega..jimat blanja..ni kja blah penang..dah la ekonomi merosot.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|