CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: puteri-jelmaan

ACHIK SPIN MENINGGAL AKIBAT KEMALANGAN JLN RAYA-AL FATIHAH

  [Copy link]
Post time 20-4-2010 10:22 AM | Show all posts
aku x dgr lagi la... canner ha lirik lagu tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2010 10:33 AM | Show all posts
alfatihah untuk arwah..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 10:49 AM | Show all posts
Sementara itu, penyanyi Erneelya Elyana Emrizal atau Elyana yang menggelarkan Allahyarham sebagai Abang Achik sejak lapan tahun lalu cukup terkejut apabila disahkan pihak FMC tentang kemalangan yang merenggut nyawa vokalis kumpulan Spin itu.

"Kali terakhir saya jumpa Allahyarham sewaktu menghadiri majlis buka puasa tahun lalu di Ampang. Kami bagaimanapun tidak sempat berborak walaupun duduk di meja sama. Saya sekadar berbicara dengan isteri Achik pada waktu itu.

"Berada di bawah label rekod sama, saya, Allahyarham, Siti Nordiana dan ramai lagi artis ada banyak kenangan manis bersama. Paling diingati apabila kami menaiki van sama ke luar daerah menjayakan persembahan.

"Achik merupakan insan paling banyak bercakap sepanjang perjalanan kami. Bahkan, dia tidak henti-henti buat lawak dan menghiburkan hati kami," ungkap Elyana yang memuji sikap merendah diri menebal dalam diri Achik biarpun dikurniakan populariti besar dan ramai peminat termasuk dari Singapura.

carly_lah Post at 20-4-2010 01:58


berminat dgn part ni jah.. Elyana
Bagus Elyana x kacau laki org... org dah kahwin so ckp dgn bini dia jah...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 10:53 AM | Show all posts
motif?
zaarania Post at 20-4-2010 07:46


tak boleh terima takdir ilahi la tu kots??
ala2 sentap dgn tuhan allah sbb mengambil nyawa achik...
bertaubat la uols dan redha dgn ketentuan ilahi..
sesungguhnya kematian itu pasti bagi semua umat manusia
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 10:59 AM | Show all posts
Alfatihah buat arwah..terkejut sy dgr ..baru dpt tau
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 11:23 AM | Show all posts
Reply 904# Selma_Jeskova

iols pelik la noks..bila ade artis da meninggal baru la beribu umat mengaku minat segala neh...bila dia hidup xda plak deols mengaku minat segala...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2010 11:55 AM | Show all posts
tak boleh terima takdir ilahi la tu kots??
ala2 sentap dgn tuhan allah sbb mengambil nyawa achi ...
Selma_Jeskova Post at 20-4-2010 10:53



its just that, i didn't expect him to die while his friend alive....that's all
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 11:59 AM | Show all posts
Reply 628# teacher_shakira


    Al fatihah & Takziah..semoga isteri achik tabah & sabar menempuh ujian ini.Saya sendiri pernah berada ditempat seperti mana isteri achik lalui kini...bila memandang mata anak2 yg belum mengenali erti kehidupan ini hanya airmata yg dpt menjawab seribu satu persoalan bila kehilangan org tersayang dan tempat bergantung selama ini...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2010 11:59 AM | Show all posts
Biasalah manusia sekarang...

Bila masih ada...keburukan ajer yg kita nampak...tapi bila dah tak ada...semua kenangan manis & kebaikannya baru kita kenang....

Adatlah semua itu...tapi untuk ingatan pada diri sendiri dan semua kawan-kawan...hargailah mereka yg ada disekeliling kita sementara mereka ada....bila dah tak ada...kita dah tak dapat merasainya nikmat itu semua....
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 12:26 PM | Show all posts
aku baru baca paper utusan ari ni
tgk kat page belakang mega ade cite pasal arwah
meleleh2 aku baca citer dia
wartawan yg tulis citer ni pandai menyusun ayat
smpai jiwa aku sgt tersentuh n air mata meleleh2
aku tak dpt nak bygkan cemana wife dia teruskan idup tanpa suami tercinta
n anak2 dia yg kehilangan ayah dlm usia sgt muda..
n bila aku tgk gmbr tomok usung jenazah..
teringat lagu mengusung rindu..terngiang2 dlm kepala

aku bkn peminat dia..
but lagu2 dia dekat kat hati aku ni..
mmg meleleh2..tp sng lekat kat otak...
dgr gitu2 je..tetiba dah leh terhapal lirik..
akak sedih!!!

Tasha..moga ko tabah dik...
ko kena kuat demi anak2
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 12:28 PM | Show all posts
aku penah bergambar dgn achik.
now bile aku tgk balik gmbar tu, rasa mcm tak caye je dia dah takde...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 12:39 PM | Show all posts
al-fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 01:25 PM | Show all posts
sudah masuk hari ke empat beliau meninggalkan dunia yang fana ini
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 01:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by ikangpiana at 20-4-2010 13:38

Semoga Achik damai di sana...



Saat bahagia Achik dan Tasha ketika menyambut kelahiran, Putri Salfiah dua tahun lalu.

--------------------------------------------------------------------------------



SEBILANGAN besar daripada kita menyifatkan pemergian penyanyi muda, Achik atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari, 27, dalam kemalangan di KM14.7 Lebuhraya Kajang-Seremban, Sabtu lalu sesuatu yang amat menyedihkan.

Hayat Achik sudah ditakdirkan Allah berakhir dalam situasi begitu. Kita yang mengenalinya dari jauh hanya sekadar mampu berdoa memohon Ilahi menempatkan Allahyarham di sisi orang-orang yang beriman.

Ketika ini juga, orang yang paling sedih pastinya isteri Achik, H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof, 26 atau lebih mesra disapa sebagai Tasha.

Kepada Tasha, Achik bukan hanya pergi membawa cinta yang mereka semai selama ini, tetapi Allahyarham pergi membawa bersama perjuangan dan pengorbanan yang terlalu sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata.

Tasha punya sebab untuk merasa sugul kerana suami yang selama ini menjadi pelindung kepada dia dan dua orang anak mereka, Putri Salfiah,2, dan Putri Nursumaiyyah,10 bulan, tidak akan kembali lagi untuk terus menganyam buih-buih cinta.

Masih jelas melekat di fikiran Tasha perbualan terakhir dengan Allahyarham kira-kira setengah jam sebelum mereka bercerai mati.

Dalam perbualan itu, Achik kata Tasha, beria-ia mahu membawa dia dan anak-anak mereka menghabiskan masa bersama.

"Allahyarham bercadang membawa kami keluar berjalan-jalan. Bagaimanapun tidak lama selepas itu, saya mendapat satu panggilan telefon mengatakan suami saya itu terbabit dalam kemalangan jalanraya dan sudah meninggal dunia," katanya yang merasakan dunia di sekelilingnya gelap gelita kala mendapat berita sedih itu.

Kesayuan dan kesedihan Tasha tambah berganda bila mengenangkan suaminya yang ketika itu dalam perjalanan pulang selepas selesai bertugas jauh di pusat bandaraya Kuala Lumpur.

Allahyarham Achik dari kaca mata Tasha merupakan seorang suami yang sangat bertanggungjawab dan meletakkan keluarga sebagai keutamaannya.

Kesediaan Achik berulang alik antara Ampangan, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur semata-mata untuk mencari rezeki sudah cukup untuk menggambarkan Allahyarham tidak pernah mengabaikan isteri dan anak-anak.

Achik menghembuskan nafas terakhir dalam kecelakaan jalanraya selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaikinya terbabas di Kilometer 14.7 Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) sebelum susur keluar Pajam arah selatan Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, Achik meninggal dunia di tempat kejadian, tidak jauh setelah melepasi Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Beranang dan dua kilometer sebelum susur keluar Pajam, arah selatan.

Allahyarham cedera parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan lain selepas MPV Toyota Estima dipandunya terbabas lalu melanggar tiang papan tanda susur keluar Pajam

Achik sebelum itu muncul dalam rancangan Gah 1 yang disiarkan secara langsung menerusi TV1 RTM.

Bagaikan sudah tahu yang dia bakal menemui ajal, Achik beberapa kali berpesan kepada isterinya supaya menonton rancangan tersebut.

"Sebelum berangkat ke Kuala Lumpur dia berpesan kepada saya supaya jangan lupa menonton rancangan Gah 1 bersama anak-anak kami. Saya tidak sangka, itu rancangan TV terakhirnya yang kami sekeluarga tonton," katanya ketika ditemui di Makam Haji Mohd. Said, Ampangan tempat jenazah Allahyarham suaminya disemadikan.

Sambil mengesat air matanya, Tasha juga menceritakan bahawa Allahyarham merancang untuk mengecat rumah yang baru didiaminya sejak kira-kira seminggu lalu di Taman Desa Rose, Ampangan yang sepatutnya dilakukan Ahad lalu.

Kesedihan dan kepiluan turut dirasakan oleh seorang teman Achik yang berada bersama-sama Allahyarham dua jam sebelum takdir ini berlaku.

Apa yang menyentuh emosi Fatul Rahim Salim atau Amy yang juga Pengurus Promosi di syarikat rakaman Fantasia Music City (FMC) ialah sebelum masing-masing berpisah untuk pulang selepas selesai tugas di RTM, Allahyarham memberikan lambaian buatnya.

Pada pemahamam Amy, lambaian Achik itu saling tidak ubah seperti lambaian yang lazimnya diberikan oleh orang lain sebelum berpisah. Namun, tidak pula terfikir lambaian itu yang terakhir daripada seorang artis yang pernah diuruskannya.

Sehingga ke akhir hayat Achik, penyanyi kumpulan pop rock itu dan Amy, cukup rapat dan hubungan mereka sangat akrab dan sudah seperti abang dan adik sejak mereka sama-sama terlibat dalam industri muzik lebih sedekad yang lalu.

"Selepas habis siaran langsung rancangan Gah 1 yang dijayakan Achik dan Nana di Wisma TV, Angkasapuri, saya dan Allahyarham berjalan bersama-sama menuju ke kereta kami yang diletakkan di kawasan parkir di situ.

Lambaian terakhir

"Sewaktu menuju ke keretanya, arwah sempat melambai-lambaikan tangannya kepada saya. Sebelum ini, dia tidak pernah berbuat begitu. Saya tidak sangka itu adalah lambaian terakhirnya kepada saya," kata Amy dalam nada sebak kepada Hits sewaktu ditemui di Makam Haji Mohd. Said, Ampangan, Negeri Sembilan sejurus selepas majlis pengkebumian Achik Ahad lalu.

Sifat luar biasa Achik bagaimanapun, disedari Amy sebelum siaran langsung Gah 1 apabila dia banyak berbual dan bertegur sapa dengan para krew RTM yang menjayakan siaran langsung rancangan tersebut.

"Saya tidak pernah lihat dia (Allahyarham) macam itu sebelum ini. Bukan itu sahaja, pada awal pertemuan kami di Angkasapuri pada petang tersebut, arwah panggil saya dengan menyebut nama penuh saya iaitu Fatul Rahim.

"Ini juga tidak pernah dilakukannya sebelum ini. Sebelum ini, arwah hanya panggil saya Abang Amy sahaja. Saya tidak menyangka itu mungkin tanda arwah mahu meninggalkan kita selama-lamanya," ujarnya lagi.

Dalam Gah 1 tempoh hari, Allahyarham menyanyikan lagu secara solo berjudul Kau Yang Ku Cinta dan berduet dengan Siti Nordiana atau nama dalam lagu Mencari Ketenangan.

Menurut Amy, sepanjang lebih 10 tahun menguruskan aktiviti nyanyian Achik, dia tidak menghadapi masalah, sebaliknya Allahyaraham merupakan seorang yang mudah menerima teguran dan sentiasa memberi kerjasama kepadanya.

"Bagi saya, Achik antara artis di FMC yang mudah untuk saya uruskan. Saya kenal dia hampir 11 tahun lalu dan hubungan kami bukan lagi seperti pengurus promosi dan artis, bahkan kami sudah seperti adik beradik," ujar Amy menjelaskan hubungan akrab beliau dengan Allahyarham.

Kini Amy tidak punya ruang atau kesempatan untuk melalui semua itu dengan Achik lagi. Bukan saja Amy bahkan isteri Allahyarham, Tasha dan dua orang anaknya juga harus menerima apa yang sudah ditentukan oleh Ilahi dengan reda.

Itulah perjanjian antara Abdillah Murad Md. Shari atau Achik dengan Allah.

Tiada siapa di antara kita yang boleh mempersoalkan ketentuan ini kerana sebagai umat Islam kita harus akur dan reda bahawa ajal dan maut adalah kerja Allah.

Buat Achik, kami pasti akan merinduimu. Damailah kamu di sana wahai sahabat. Semoga Allah akan mencucuri rahmat ke atasmu. Al-Fatihah.

crdt to : utusan malaysia 20 April 2010 / 6 Jamadil Awal 1431

... semoga tasha tabah.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 01:38 PM | Show all posts
al fatihah wat arwah......semoga dia ditempatkan dikalangan orang yang beriman..............semoga wife die tabah dan cekal menghadapi ujian nie
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 01:41 PM | Show all posts
anak dye ada 3, sulong dah meninggal sebab demam panas masa umur 2 bulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2010 01:43 PM | Show all posts
al fatihah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2010 02:30 PM | Show all posts
adooii..giler sedih...
aku dpt info dari seorg rakan artis arwah yg telah mengenali arwah lama..
menurut artis ni,anak sulung arwah nangis tidak henti2
kesian kan..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 02:46 PM | Show all posts
adooii..giler sedih...
aku dpt info dari seorg rakan artis arwah yg telah mengenali arwah lama..
m ...
puteri-jelmaan Post at 20-4-2010 01:30 PM


Ya allah sian nyeee... klo tgh isteri arwah tabah org nye...
Sian budak apa lah dia tauu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2010 03:10 PM | Show all posts
Ya allah sian nyeee... klo tgh isteri arwah tabah org nye...
Sian budak apa lah dia tauu...
nist02 Post at 20-4-2010 14:46


yg syahdu tu anak dok panggil ayah ayah ayaha..
adoi...sedih tu..

bila baca ayat kat paper ni

"Disahut panggilan Ilahi tanpa mengundang banyak keresahan keluarga, peminat dan rakan-rakan, Achik sekelip mata pergi meninggalkan semua. Sepantas kilat nafasnya diambil semula oleh Allah. Biarpun pemergiannya diratapi dan ditangisi, hakikatnya, Achik pergi dan tidak kembali lagi"

mmg sepantas..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.115638 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list