CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6150|Reply: 8

Dengan Ikhlas Perlu Bantuan Untuk Keluar Benda Di Tanam Oleh Tukang Sihir

[Copy link]
Post time 28-4-2010 06:59 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum.
Saya mempunyai masalah yang belasan tahun yang lalu sewaktu remaja saya tidak dapat ramai teman dan tidak tahu pasal benda ini.Sewaktu remaja seorang kakak telah menemui seorang makcik,kerana saya ada masalah keluarga. Sebaliknya makcik itu cadangakan saya pakai pendinding diri dan beritahu adalah tidak dosa. Makcik itu telah memasukkan sebiji jarum emas di bibir saya.Keesokan hari saya telah bercerita pada kawan saya. Kawan saya marah saya dan memberitahu itu adalah susuk.(Sebenarnya saya tidak tahu yang itu adalah susuk dan saya tidak ada niat untuk memasukkan).Saya jadi tidak tentu arah.Dengan segera saya suruh kakak yang telah bawah saya jumpa makcik itu untuk mengeluarkan. Tetapi makcik itu kata dah sebati walaupun hanya satu hari dan suruh saya cari orang lain untuk mengeluarkan. Saya merayu pada mackcik itu tetapi dia tetap berdegil dan menghalau saya dan beritahu saya jangan datang lagi. Dan juga beritahu saya tidak dosa dan boleh bawa mati. Saya telah berusaha untuk mengeluarkan dan makan pantang larang.Saya amat menyesal dan bertaubat.
(Setelah kahwin saya telah menceritakan pada suami saya).
Baru baru ini saya telah jumpa pakcik untuk mengeluarkan. Alangkah gembira saya dan bersyukur kepada Allah. Sekian lama saya tunggu akhirnya dapat juga orang keluar kan. Untuk memastikan susuk itu telah keluar baru-baru ini saya ada membuat Xray. Film xray,itu menunjukan bahawa ia masih di situ lagi.Saya amat sedih dan kecewa lalu telefon Pakcik itu dan beritahunya.Pakcik itu lalu ketawa besar dan beritahu itu adalah ampasnya dan bakinye dan katakan susuk itu telah di matikan.
Untuk pengetahuan anda saya telah banyak berikhtiar & berubat cara Melayu(Jumpa Ustaz,ilmu Batin) tapi tak berjaya Xray menunjukkan benda tu masih ada. Last resort saya buat keputusan untuk buat Minor Surgery dengan Doktor di Melaka tapi 'tak Successful' juga kerana Doktor tak jumpa 'benda' tu. Doktor ini ada pengalaman membuang susuk. Doktor ini mencadangkan untuk berjumpa dengan dia lagi bulan hadapan(buat xray & surgery lagi).
Sudah banyak kali orang tipu saya cakap susuk itu dah keluar tetapi bila buat periksaan xray masih ada. Jika ada yang tahu orang yang sangat mahir mengeluarkan susuk emas barang yg di tanam oleh tukang sihir. Dan ada yg ingin menolong dengan ikhlas sila hubungi saya di forum ini.
Sekian Terimakasih








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2010 04:25 PM | Show all posts
Sedih baca pengalaman awak.
Dah cuba perubatan islam tak? Darusyifa' dengan Tuan guru Dato Haron Din? atau orang orangnya ustazh mokhtar? ustaz razak?
awak cubalah hubungi mereka mereka itu manatau mereka dapat menolong. InsyaAllah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2010 05:23 PM | Show all posts
Terima Kasih kerana sudi membaca telah saya cuba pergi Darusyifa' dengan Tuan guru Dato Haron Din atau orang orangnya ustazh yang lain.... Tetapi bila di xray masih ada lagi position masih sama bila report keluar. Harap teman teman di forum dapat bantu saya dengan ikhlas...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2010 04:25 PM | Show all posts
Assalamualaikum honey.
honey dok mana?? maybe saya boleh bantu...

bukan saya... tapi saya ada kenalan yang boleh bantu.. Insya Allah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2010 04:46 PM | Show all posts
Reply 4# virgomal


    Saya Dah Pm kat awak. terima kasih kerana sudi baca
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2010 11:02 AM | Show all posts
Reply 3# Honey2009


   

baru saja dengar yesterday perkara mengenai susuk yang telah disampaikan oleh salah seorang tenaga pengajar dari Darusyifa' yang mengatakan susuk yang sudah lama akan sebati dengan isi dan sukar untuk dibuang. Tetapi doa doa boleh mengurangkan kesannya sahaja ... wallahu'alam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2010 12:06 PM | Show all posts
kenape org yg masuk kan tu xnk keluar kn ek?
knp suruh org lain?
biasenye sy denga citer, org yg boleh keluar kn susuk ni adlh org yg masukkan...
wallahualam...
TT, doa byk2 ye...awk dlm kategori org yg teraniaya...insyallah doa akn dimakbulkan Allah...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2010 12:06 PM | Show all posts
kenape org yg masuk kan tu xnk keluar kn ek?
knp suruh org lain?
biasenye sy denga citer, org yg boleh keluar kn susuk ni adlh org yg masukkan...
wallahualam...
TT, doa byk2 ye...awk dlm kategori org yg teraniaya...insyallah doa akn dimakbulkan Allah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2010 10:33 PM | Show all posts
kesian sy membaca kisah anda...
semoga Allah melindungi anda dlm situasi nie...Amin...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.068530 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list