Cuba renungkan jika ikut ilmu sains kesihatan dan perubatan air sungai suci mereka dah kira tahap beracun malah boleh sebar wabak penyakit yang boleh membawa kematian besar besaran tapi setakat ni tiada apa yg boleh menghalang mereka 'beribadat' pelik wal ajaib..satu lagi di khabarkan jumlah penganut hindu yg datang menyucikan diri pada pesta kumbh mela ni adalah tak kurang 60 jutahmy3: banyaknya hampir 3 kali jumlah rakyat malaysia ingatkan jumlah orang pergi haji sebanyak 3 juta orang dah ramai dah rupernya mereka lagi ramai.
Sekadar nasihat jgn burukkan agama orang lain,kita ada seribu sebab untuk mencari kekurangan agama mereka,jgn lupa merekapun boleh cari sebanyak itu kekurangan agama kita pula..jika kita tak boleh menerima penganut agama lain kritik agama kita jadi kitapun kena hormati pegangan mereka,biarlah itu antara mereka dan tuhan begitu juga kita yang penting saling menghormati lagipun memang itulah yg di ajarkan dalam agama kita.
jadi rencana ni di siarkan sekadar untuk pengetahuan di sebuah negara/agama/budaya yg lain untuk menambahkan pengetahuan,jika bukan hanya abaikan.
nasib baik sungai suci depa kat india.. kalaulah sungai tuh kat sungai tepi batu caves.. apa akan jadi... adakah kerajaan akan mengharamkan ritual ni... nanti dikatakan menyekat kebebasan beragama...