CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2663|Reply: 1

apa editor buat?

[Copy link]
Post time 16-5-2010 10:27 PM | Show all posts |Read mode
salam semua

saya baru mula minat membaca e-novel sejak akhir tahun lepas. Ekoran dari itu saya mula membeli novel2 melayu yang diterbitkan oleh pelbagai penerbit. Saya menyalurkan ketidakpuasan hati saya di sini kerana banyak dari novel-novel melayu yang saya beli tidak diedit selayaknya.

Keadaan ini menyebabkan pembacaan dan penghayatan novel itu jadi terganggu. Ada novel yang yang menggunakan campuran Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, tapi malangnya penggunaan BI dalam penulisan novel tersebut sangat teruk, grammer tonggang langgang, sungguh memalukan dan menjatuhkan nama penulis, penerbit dan editor yang berkenaan. Kalau keadaan ini berlaku dalam penulisan e-novel kira oklah, kerana mereka menulis secara percuma. Penulisan novel yang teruk menyebabkan pembaca seperti saya merasa tertipu, membelanjakan wang pada penulisan yang substandard! Rasa serik nak membelanjakan wang membeli novel melayu!We pay and we deserve a better product!


Kenyataan saya ini bukan kepada semua penerbitan, hanya beberapa penerbitan yang saya rasa teruk. Ada penerbit yang menghasilkan novel yang sangat bagus bahasanya.  pleasant reading, tak kisahlah dalam BM sepenuhnya atau campuran BM dan BI. Jika keadaan ini berterusan, bagaimanakah industri buku tempatan kita akan kehadapan? Saya mohon kepada editor dan penerbit, supaya lebih teliti dalam hal ini.

Saya ada lebih dari 15 novel yang saya anggap 'teruk' bagi standard saya yang mula dibeli pada akhir tahun lepas, tak tahu apa nak buat dengan novel-novel ini. Nak derma ke perpustakaan pun tak sanggup kerana ia akan merosakkan bahasa anak-anak yang membacanya. Saya juga telah ada 20 novel melayu yang saya rasa berbaloi saya beli, dan ianya menjadi sebahagian dari koleksi kebanggaan saya.

Saya minta maaf jika tulisan saya ini menyinggung sesiapa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2010 11:36 AM | Show all posts
Tulis terus e-mel kepada editor. Btw, buku2 apa ya yang Mamiayu maksudkan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.421379 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list