CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29269|Reply: 120

Vintage Love and Thrifted Stuff

 Close [Copy link]
Post time 17-5-2010 06:11 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by adabintang at 26-11-2010 17:26


TEMPAT KEDUA








Vintage Love anda Thrifted Stuff (Miminn)

Tempat Kedua
Thread Terbaik Board BORAK 2009




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-5-2010 06:13 PM | Show all posts
Post Last Edit by miminn at 10-6-2010 15:12

Aku suka sangat shopping barang-barang vintage and pre-loved/second hand/thrift tak kisahlah online ke, kat thrift shop ke, bazar ke. Asalkan cantik and aku ada duit mesti aku beli. Thread ni aku buka untuk ceritakan apa-apa saja tentang vintage/thrift and kedai-kedai kat mana aku suka beli barang-barang macam ni and yang paling penting letak gambar aku pakai barang-barang yang aku beli yang berkaitan dengan barang-barang terpakai ni.

First of all, sedikit penerangan pasal vintage/thrift ni.

Sebenarnya second hand, thrift, vintage ni basically the same thing. Ada article dekat sini yang terangkan pasal perbezaan dia.



Ringkasnya,

Thrift store biasanya jual baju for charity

Bundle ni jual baju for keuntungan

Vintage shop pulak dia cari baju serata tempat tak kira kat bundle ke, thrift store ke, bazar ke, apa and then dia jual for keuntungan.

Tapi thrift store and bundle bukan semua barang vintage. Kiranya, vintage shops ni dia dah pick out vintage stuff for customers. Therefore, lagi senang lah sebab biasanya kat vintage shop baju-baju terpilih dan tercantik sahaja. Kalau kat bundle or thrift store ada je kecacatan kat baju-baju tu.



Antara artis-artis yang pakai barangan vintage or shop kat bundle/thrift store:

  • Angelina Jolie
  • vocalis Incubus
  • Ally Iskandar - as according to COSMOPOLITAN edisi Jun 2010
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2010 06:14 PM | Show all posts
Post Last Edit by miminn at 8-6-2010 17:25

Ada beberapa tips untuk membeli-belah dekat vintage shop/bundle/thrift shop/second hand shop.

Korang boleh lah baca sendiri article penuhnya dekat blog the style rookie. Tapi apa yang aku boleh ringkaskan.

1. Kena betul-betul cek barang yang nak dibeli tu. Biasalah kan. Barang lama. Maybe ada stain yang tak boleh hilang or ada lubang kecik ke kat kain baju.

2. Tengok label cara-cara mencuci. Kan kadang-kadang ada yang kena dry clean or basuh guna warm water. Kena cek sebab kalau tak cek macam aku yang pemalas ni semua aku humban dalam mesin. Ni kira nak elak dari beli benda yang akan menyusahkan kita sendiri lah.

3. Jangan beli sebab terlalu teruja. Biasanya nanti kita jumpa benda yang lain daripada yang lain, unik. Tapi benda unik tak semestinya cantik. So, fikir betul-betul sebelum beli sama ada kita akan pakai ke tak benda alah tu.

4. Pastikan muat. Kalau tak ada fitting room macam kat bazar, just kenakan kat badan je lah. Kalau beli online mintak measurements betul-betul.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2010 06:14 PM | Show all posts
Post Last Edit by miminn at 8-6-2010 17:24

Ada beberapa kebaikan membeli barang thrift/vintage/pre-loved/second hand ni. Ada banyak article pasal kelebihan membeli belah barangan terpakai macam kat sini dan sini.

1. Environment friendly sebab kira kita recylce, reuse and reduce

2. Jimat duit sebab kebiasaannya bendanya murah

3. Kurang risiko untuk pakai baju sama dengan orang lain sebab kadang-kadang ada yang one or two pieces ja masih masih wujud sekarang ni

4. Ada peluang memiliki barang yang branded dengan harga yang sangat murah. Kiranya, dapatlah juga merasa. hehe

5. Menyumbang kepada kebajikan. Macam kedai Bless Shop (Semua House, Midvalley Megamall) yang jual memang for charity and also kedai-kedai second hand yang bukak dekat Danga City Mall JB.

Personally, aku suka beli barang-barang terpakai ni sebab ada memori kat baju/seluar/skirt/kasut/beg tu. Ada sejarah. Aku rasa benda-benda tu lah yang menarik. That's why kalau aku beli buku terpakai aku rasa sangat teruja jumpa ada contengan dalam buku tu oleh previous owner. Tapi janganlah kena conteng sampai tak dapat baca buku tu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2010 06:14 PM | Show all posts
Post Last Edit by miminn at 7-6-2010 21:44

Ada banyak kedai-kedai online yang jual vintage stuff ni. Tapi one of my favourite satu ketika dahulu adalah Oh Vintage.

Dress vintage aku memang aku beli kat sini mula-mula dulu. Aku pakai to dinner occasions kat university.



Ni masa dinner faculty bertemakan signature style. Vintage belt pulak aku beli dekat another blogshop, My Budget Corner
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2010 06:15 PM | Show all posts
Post Last Edit by miminn at 7-6-2010 21:50

Mula-mula segan juga nak pakai baju-baju vintage/thrift berjalan dengan kawan-kawan aku. Almaklumlah, kadang-kadang baju-baju ni lain macam sikit. Tak macam kat kedai baju biasa. Tapi kalau baju tu ok lagi. Bag ni haa yang aku segan-segan sebab nampak macam old school sangat. Tapi demi keinginan diri (acewah) aku beranikan juga. Yang penting confident



Dalam gambar ni aku pakai baju from Clothes On-Line (blogshop tapi aku dah hilang link dia) and Bonia handbag pulak mak aku punya masa zaman awal 90'an dulu. Sekarang sudah vintage handbag mak aku. hehe.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-5-2010 06:15 PM | Show all posts
Post Last Edit by miminn at 7-6-2010 21:53

Semakin lama semakin aku berani pakai baju vintage ke luar. hehe. And now, ni adalah baju yang aku beli dekat Oh Vintage juga. Aku pakai ke wedding cikgu adik aku. hehe



Baju yang sama juga aku pergi dinner kolej masa first year suatu masa yang dahulu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2010 06:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by miminn at 7-6-2010 21:56

Asek cakap pasal vintage sajakan. This time aku nak tunjuk cardigan yang aku beli dekat Bless Shop. Bless Shop ni charity shop. Setakat ni aku jumpa dekat Midvalley Megamall and Semua House. Best sangat lepak sini aku boleh habiskan berjam-jam. hehe.



Gambar kat atas ni masa keluar dari Night Safari Singapore. Cardigan ni jenama G2000 and aku beli RM15 sahaja. Masih cantik lagi. Belt tu pun aku beli dekat kedai yang sama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-5-2010 06:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by miminn at 8-6-2010 17:26

Semakin lama semakin syok aku guna barang terpakai. Mak, bapak aku cakap jugak bahaya takut terkena penyakit kulit ke apa. Tapi apa susah, basuh lah baju dengan sabun yang bagus. Rendam Dettol ke kalau takut sangat. Tapi aku yang pemalas ni tak ada pulak basuh ke apa. Main lenjan je. Alhamdulillah setakat ni masih OK. Hopefully akan kekal OK.



Aku ada juga baca blog-blog orang-orang yang suka beli barang second hand ni. And most of them elak beli seluar second hand sebab kot-kot previous owner tak suka pakai seluar dalam. oops! LOL

Whatever pun, buy at your own risk. Untuk lebih berhati-hati, macam aku cakap awal-awal tadi, cuci before guna. Macam beli barang baru juga lah.

One more thing. Sometimes ada bau sikit kan baju-baju yang beli kat kedai barangan terpakai ni. Ha.. Tu susah sikit nak hilang. Serius aku cakap. Ada yang dua tiga kali basuh pun bau stay. Tak de lah bau busuk. Tapi lain sikit lah bau dia.

Kalau beli bag pulak, make sure cek dalam dia takut-takut ada lipas. Aku cakap ni sebab aku dah pernah terkena. Bag tu comel ja aku jumpa dekat Cash Converters Giant Plentong. Balik rumah bukak-bukak ada lipas tapi dah mati. Bau bag jadi bau lipas lah. Sampai sekarang bau masih ada -____-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2010 06:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by miminn at 8-6-2010 18:35

Macam yang aku cakap before this, baju terpakai ni sangat unik. Tulah yang best. Sebab aku ni tak suka sama-sama dengan orang. Hehe.


Ni gambar masa aku pergi cheer comp. T-shirt yang aku pakai ni second hand. Beli online dekat cherry beby's closet. Nampak tak keunikan t-shirt tu. Penuh dengan corak. Brand Custo Barcelona. Spain punya product.

Bag hijau tu pulak aku beli dekat Bazar JB! Francois Marot vintage bag. Slack ada gambar anjing kat bag tu. Tapi kawan-kawan aku cakap cantik and terkejut bila aku cakap harga dia RM5
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2010 06:17 PM | Show all posts
Post Last Edit by miminn at 7-6-2010 22:28



Ini adalah semasa adik aku yang paling kecik grad sekolah tadika. Vintage dress from Oh Vintage dan vintage bag dari blogshop yang aku dah tak ingat URL address nya. Ni posing saja-saja mak aku yang ambilkan gambar. Hehe. Yang uniknya baju ni kalau ada nampak tulisan putih dekat latar hitam baju tu dia tulis perkataan Antique.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2010 06:17 PM | Show all posts
Post Last Edit by miminn at 9-7-2010 11:25

Dalam pencarian barang-barang best dan unik aku menemui blogshop I Love Snack Food. Memang best barang-barang kat sini. Aku ada beli dua bag dari situ.

  

Bag pink ni adalah salah satu dari bag yang aku beli. Yang menarik pasal bag ni, bag ni pernah hilang masa aku kat kampung. Ada orang kait dari tingkap. Alhamdulillah dalam barang tu tak ada apa yang berharga masa tu kecuali jam. Jam hilang. Sedih. tapi at least bukan duit raya. Yang lain dalam tu barang makeup je. Jumpa balik orang tu tinggalkan kat ladang kelapa sawit belakang rumah nenek aku. Huhu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2010 06:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by miminn at 9-6-2010 14:17

Kadang-kadang aku dapat benda free from blogshop. Ada one time beli vintage blazer from Tangerine Loft. Dapat sehelai kemeja ni. Poket dia agak unik sikit. ada dua lapis. Hehe. Mula-mula aku macam tak suka sangat. Tapi dah lama-lama macam best pula.



Nilah kemeja nya yang aku pakai ni. Beg yang aku dah ceritakan pun ada. And aku ada pakai jam dalam gambar ni. Jam tu aku beli dekat Quirky Soul Sews!!. Brand Swatch, tak pernah guna lagi, harga RM60. Comel ada gambar rabbit. hehe. Suka betul bargain bargain ni. Sampai ada member aku cakap aku lah orang yang paling suka benda murah yang pernah dia jumpa. HAHA. Aneh!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2010 06:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by miminn at 9-7-2010 11:26

Kebetulan tema dinner kolej aku tahun ini (sem lepas) Retro. So, aku fikir tak payah lah susah-susah beli baju. Dah berlambak sekali baju Vintage yang selari dengan tema. Tapi tiba-tiba aku terjumpa satu baju ni. Metallic, polka dot, berkilat habis, RM10 sahaja, jual dekat booth baju vintage bukak dekat dalam universiti tempat aku belajar tu. Aku pun beli dan pakai untuk dinner kolej.



Hehe. Aku sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Walaupun mula-mula aku rasa over ja baju ni. Tapi pasal dia kelabu, low-profile sudah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2010 06:19 PM | Show all posts
Post Last Edit by miminn at 7-6-2010 23:52

Seterusnya, masa dinner fakulti aku sarung baju vintage jugak. Dress ni aku jumpa dekat Amcorp Mall masa tu ada gerai-gerai kat tengah-tengah tu. Under dress tu aku pakai skirt aku beli RM15 dekat Bless Shop, Semua House.



Ada orang cakap aku macam pakai jubah. Tapi tak kesahlah. Aku suka sangat baju aku time ni!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2010 06:19 PM | Show all posts
Post Last Edit by miminn at 9-7-2010 11:28



Gambar ni lepas wedding senior sekolah aku. Sebenarnya baju kebaya biasa sahaja tapi aku gantikan kain dia dengan skirt yang mak aku jahit sendiri masa dia muda-muda dulu and also vintage belt aku yang aku pakai masa dinner fakulti 2009. Adalah kelainan sikit sebab lepas wedding aku pergi jalan-jalan kat bandar so, aku taknak pakai baju tradisional biasa. Ye, aku tau aku gedik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-5-2010 06:19 PM | Show all posts
Post Last Edit by miminn at 7-6-2010 23:59

Tahun ni aku berpeluang ke CITRAWARNA. Aku pergi stay rumah member aku kat Titiwangsa and then naik LRT ke Masjid Jamek. Best lah jugak. Hee. Part aku paling suka tarian tradisional India.



Korang boleh nampak aku pakai skirt dalam gambar tu. Skirt tu aku beli dekat Bless Shop and sayang gila kat skirt tu. Actually zip tepi dia macam rosak sikit tapi memandangkan harga dia sangat murah, aku beli sajalah. Untuk kebajikan lagipun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2010 06:20 PM | Show all posts
Post Last Edit by miminn at 8-6-2010 00:57

Hari tu aku pergi picnic. Selain bawa beg RM5 yang aku beli kat Bazar JB, aku pakai kemeja yang kawan aku bagi. Dibeli dari bundle kat KipMart Skudai. Aku suka sebab kalau tengok betul-betul boleh nampak ada gambar basikal kecik-kecik dekat baju tu.



Orang lain kan biasa suka kemeja kotak-kotak kan, tapi aku tak suka sangat. Pasal tu ada kemeja yang aku dapat free tu aku mula-mula tak suka. Aku lagi suka kemeja corak bunga-bunga or lain-lain yang kitchy.



Ni gambar yang besar sikit. Nampak tak basikal-basikal tu. Comel kan? Last edited by miminn on 26-3-2014 02:33 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2010 06:20 PM | Show all posts
Post Last Edit by miminn at 8-6-2010 00:56



Ni gambar masa Youth'10. Aku pakai skirt beli kat Bless Shop. And dalam plastik bag tu ada lagi dua skirt beli kat tempat jual-jual. Hehehe. Tak menahan!

Bazar-bazar macam ni satu lagi tempat yang best untuk cari barang-barang vintage and pre-loved. Sebab kalau beli online tak boleh nak tengok betul-betul, inspect segala bagai sampai puas hati. Last edited by miminn on 26-3-2014 02:33 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2010 06:20 PM | Show all posts
Post Last Edit by miminn at 8-6-2010 01:14



This one masa aku baru balik dari borong story books/english novels kat Amcorp Mall. Aku beli dress ni kat dalam universiti aku je ada orang bukak booth jual baju vintage. RM10 sahaja. Suka sangat baju ni. Tapi aku rasa vintage stuff ni kalau nak pakai selalu macam mual. Lagi-lagi dress. So, kebanyakan dress-dress yang aku post gambar kat sini semua aku dah resell dekat blogshop aku. Hehe. Dapat duit, beli yang lain

Yang aku tak jual mostly baju yang orang bagi lah. Sebab sentimental value. Kalau tidak, selalu kalau aku dah guna sekali dua memang aku terus jual. Aku pun bukan kaya nak beli baju banyak-banyak. So, terpaksa lah menjual ya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.162611 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list