CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 76594|Reply: 433

✿Chillax Corner by pinki-lolli✿

 Close [Copy link]
Post time 19-5-2010 09:36 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by adabintang at 26-11-2010 17:25


TEMPAT KETIGA








Chillax Corner  (Pinklollipop)

Tempat Ketiga
Thread Terbaik Board BORAK 2009




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-5-2010 09:37 AM | Show all posts
Post Last Edit by pinklollipop at 12-6-2010 20:01


Assalamualaikum pembuka bicara,

Ucapan terima kasih dari saya,

Semoga thread ini membawa makna,

Juga untuk menjadi tatapan bersama,

Pinklollipop nickname di CARI,

Selamat datang saya ucapkan,

Kehadiran saudara saudari membawa seri,

Semoga memori yang terpahat berkekalan.

Sekian sudah, pantun 8 rangkap pantun dari saya.

Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim saya memulakan thread saya dengan pengenalan diri dan sedikit info tentang thread ini.



✿ Chillax Corner ✿


Mengapa pilih nama Chillax?

Tak pernah dengar perkataan Chillax? Jom selongkar maksud Chillax di bawah~




  Perkataan Chillax ini terbit apabila saya membayangkan situasi di mana saya perlukan kedamaian dan ketenangan......

Chillax dipetik dari kamus bahasa Inggeris Modern – Kini perkataan Chillax semakin mendapat sambutan daripada golongan Remaja.

  Chillax merupakan gabungan perkataan Chill Out and Relax. Corner pula merupakan sudut atau ruangan.Apabila dua perkataan ini digabungkan maka....Thread ini ialah 'Zon Relax dan Rehat sambil tenangkan fikiran'. Jom! Jom! Jom! Ikuti sambungan nyadi postings2 yang seterusnya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2010 09:37 AM | Show all posts
Post Last Edit by pinklollipop at 5-7-2010 22:30

Adakah anda stress dan pressure sebab exam/kerja terlalu di banyak di pejabat malah ditambah pula dengan kerja rumah yang terlalu banyak?


Bagaimana anda handle semua ini?

Bagi saya, saya suka melihat benda atau suasana yang mempunyai unsur warna-warni bagi mengurangkan stress atau tekanan yang saya alami.

Keindahan warna-warna ini terbit daripada 7 warna spektrum iaitu - PELANGI . Pecahan 7 warna spektrum ini sebenarnya membawa maksud yang tersirat. Oleh itu, saya ingin mengupas satu per satu tentang 7 spektrum warna atau warna PELANGI . Sila 'scroll' ke bawah untuk rujukan.



Info tentang PELANGI


PELANGI merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya (hampir) selanjar di langit apabila MATAHARI bersinar semasa HUJAN turun. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merah, jingga,kuning, hijau, biru, indigo, dan ungu.
Pelangi dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas HUJAN. Ia berbentuk melengkung (bulat) kerana titisan air di udara berbentuk bulat/sfera. Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu "terlindung" oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang cerah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2010 09:37 AM | Show all posts
Post Last Edit by pinklollipop at 30-6-2010 01:45


Warna-Warna PELANGI

Jom kenali kita kenali warna Merah!   


Merah merupakan mana-mana  satu warna dalam sebilangan warna yang serupa pada frekuensi cahaya yang terendah yang dapat dilihat dengan mata manusia (mata kasar). Cahaya merah mempunyai julat panjang gelombang antara kira-kira 630 - 760 nanometer. Frekuensi yang lebih rendah digelarkan inframerah.

Merah ialah warna primer aditif serta warna pelengkap untuk warna sian. Warna merah ini dianggap sebagai satu warna primer subtraktif pada satu ketika, dan kekadang masih diperihalkan sebegitu dalam sebilangan kepustakaan bukan sains; bagaimanapun, warna-warna sian, magenta dan kuning kini diketahui lebih rapat dengan warna primer subtraktif benar yang dikesan dengan mata. Oleh yang demikian, ia telah dipergunakan dalam percetakan warna moden.

Salah satu kegunaan warna merah sebagai warna primer aditif ialah model warna RGB. Oleh sebab "merah" bukannya satu warna yang piawai pada dirinya, campuran warna berdasarkan warna merah juga bukannya satu spesifikasi warna yang tepat. Untuk menghasilkan warna-warna yang tepat, warna merah harus ditakrifkan dari segi ruang warna mutlak seperti SRGB.

Sebagaimana yang digunakan dalam monitor komputer dan skrin televisyen, warna merah amat berbeza-beza, tetapi sebilangan sistem boleh menggunakan pembetulan warna (supaya "merah" terpiawai dapat dihasilkan yang bukannya hanya terdapat pewarna merah yang penuh terang).

Contoh beberapa objek yang wujud dalam kehidupan seharian kita (Papan tanda berhenti)  dan (buah epal)

Sila rujuk gambar di bawah untuk lebih memahami:


Model Warna RGB






Soure:Warna Merah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2010 09:37 AM | Show all posts
Post Last Edit by pinklollipop at 20-6-2010 00:32

Tahukah anda

Warna Merah dari sudut Psychology (psikologi ) ???






Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada empat warna utama : merah, hijau, kuning dan biru.

Biarpun tidak dapat dinyatakan daripada sudut saintifik, umum menerima warna mempunyai karekter atau sifat yang berbeza dan mempunyai pengaruh dalam setiap aspek kehidupan manusia, termasuk personaliti.

Merah – Melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mempercepatkan denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan berahi.

Merah terang – Mewakili kekuatan, kemahuan atau cita-cita. Warna ini turut melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras, penuh ghairah dan dominasi.

Merah jambu – Romantis, feminin, pengemas dan penuh jenaka.


Oleh itu, Merah sering dikaitkan dengan warna cinta. Apabila kita perhatikan, maka tidak hairanlah jika pasangan bercinta memberikan Mawar Merah sebagai tanda ' I love you ' kepada pasangannya. Mawar merah yang bermaksud cinta dan kasih sayang.




Source: Rahsia psikologi warna merah



Aura warna dan keterangan yang dipetik melalui sebuah blog (link di source).

Mengikut beliau, aura warna yang digabungkan mengikut hari2 yang dinyatakan seperti di atas membawa keserasian. Namun, semuanya bergantung kepada diri kita juga sama aura tersebut membawa kesan positif atau negatif dalam kehidupan seharian.

wallah'ualam.




Source: Aura Warna

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2010 09:37 AM | Show all posts
Post Last Edit by pinklollipop at 30-6-2010 01:49





Penggemar warna jingga (oren) ? Mari baca fakta mengenai warna oren dalam warna PELANGI di bawah:




Warna Jingga atau juga Kuning bata, merupakan cahaya antara merah dan kuning dalam spektrum nampak. Panjang gelombang jingga ialah sekitar 585–620 nanometer. Warna jingga ialah warna bernama yang tunggal dalam CSS yang tidak ditakrif oleh HTML 4.01.

Warna jingga ialah warna yang sama dengan warna buah oren (buah limau) dan dinamakan bersempena dengan buah ini. Berbeza dengan warna biru atau merah, warna ini dapat dipastikan dengan lebih tepat, kerana kita dapat tengok buah-buah oren. Sebelum buah oren diperkenalkan kepada dunia penutur bahasa Inggeris (English language) warna ini digelarkan dalam bahasa Inggeris lama (old English) sebagai geoluhread, yang boleh ditransliterasikan sebagai "kuning-merah" dalam bahasa Inggeris moden.
Dengan bahan-bahan pewarna yang semula jadi, seperti cat atau krayon (crayon). Warna jingga ialah warna sekunder yang boleh dihasilkan daripada warna-warna dasar melalui pencampuran warna merah (lebih tepat, warna magenta) dengan warna kuning.


Warna jingga sering digunakan untuk meneguhkan ketampakan. Sebahagian besar daripada pigmen-pigmen jingga tergolong


dalam keluarga hartal atau kadmium. Sebenarnya, warna coklat merupakan sebahagian warna jingga, iaitu campuran jingga


dengan kelabu, dalam spektrum warna.





Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-5-2010 09:38 AM | Show all posts
Post Last Edit by pinklollipop at 30-6-2010 01:51

~ 1001 RAHSIA tentang OREN~






Bercakap tentang warna oren, tahukah anda rahsia tentang warna oren termasuk buah oren? Nak tahu? Jom baca fakta-fakta seperti di bawah:

Warna oren merupakan warna yang dikaitkan dengan:
stimulates Creativity, Productivity, Pleasure, Optimism, Enthusiasm, Emotional Expression



Fakta mengenai buah oren seperti berikut:






One of the most popular of all citrus fruits, oranges attract maximum fan following on account of their juicy, tangy and pulpy taste. This citrus fruit is not only a great source of Vitamin C but is also a healthy reenergizing drink.

Research suggests that more than 70% of the US population consume orange juice. No fitness enthusiast begins his day without a glass of orange juice! Inspite of its universal popularity, few people are aware of some of the most interesting facts associated with this fruit.

Given below are some juicy orange facts:

a) Oranges were first imported from China to the United States. It is the fourth most popular fruit in the US besides being the largest citrus crop in the world.

b) Brazil is the largest producer of oranges in the world!

c) The origin of citrus fruit can be traced to Asia some 20 million years ago. Citrus was first mentioned in literature in 2400 B.C. However, it's been just 125 years since the United States started cultivating orange trees.

d) Oranges are available in multiple varieties including Valencia orange, navel orange, Hamlin, Moro and so on. Navel oranges are more popular as they can be easily peeled off.

e) The name 'navel orange' has been derived from the appearance of the fruit, which resembles a bellybutton or navel.

f) In 1873, three navel orange trees were brought from Brazil and planted in Riverside, California. Today, one of the three original trees is still alive and producing fruit!

g) Many people confuse the quality of oranges on account of a greenish tinge on its skin. A little green on orange surface is chiefly the result of 'Re-greening' (a process where ripe oranges turn from orange to green left on the trees for long). However, this does not affect either the taste or nutrition of the fruit.

h) Oranges have more fiber content than most fruits and vegetables!

i) Celebrities like the music king Russell Simmons, actor William Shatner and model Angela Lindvall worked behind the counters of a local orange juice store before initiating their famous careers.

These ORANGE FUN FACTS will really make you feel amazed the next time you see a glass of orange juice lying on your table. Any why not, hardly anyone pays attention to the simple things around us!


dan lagi tentang OREN....

Ha! Sekarang anda dah tahu 'rahsia' Oren kan? Oleh itu, mulakanla hari anda dengan meminum segelas Fresh Orange;)





Source: 1) Juicy ORANGE FACTS , 2) Info tentang OREN

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2010 09:38 AM | Show all posts
Post Last Edit by pinklollipop at 30-6-2010 01:52


Merah sudah....Jingga pun sudah.....Kini, giliran warna KUNING pulak!


Kuning ialah warna cahaya yang merangsang kedua-dua warna merah dan hijau sel-sel kon retina, tetapi bukan sel-sel kon biru. Antara cahaya dengan jarak gelombang 565-590 nanometer adalah kuning, walaupun cahaya komposit berfrekuensi kedua-dua merah dan hijau, seperti mencampurkan jingga dengan cahaya hijau pucuk pisang, atau merah dengan cahaya hijau, juga menghasilkan cahaya kuning.

Cahaya kuning merupakan salah satu daripada warna-warna subtraktif yang utama, dan warna pelengkapnya, sebagaimana yang ditakrif oleh sains, ialah warna biru. Bagaimanapun, disebabkan ciri-ciri pigmen cat, para pengecat serta pelukis, secara tradisi, menganggap warna pelengkapnya sebagai warna UNGU.
Sistem CMYK untuk pencetakan warna berdasarkan penggunaan empat dakwat, salah satu daripadanya ialah warna kuning. Warna kuning ini pada dirinya bukan warna piawai, walaupun julat dakwat-dakwat kuning yang digunakan adalah agak sempit.

Kalau anda nak tahu kuning ada pelbagai kategori warna KUNING...percaya atau tidak? PERCAYALAH~~~

Jenis-jenis warna KUNING:  



  • Kuning AIR iaitu kuning yang keputih-putihan
  • Kuning GADING iaitu kuning keputih-putihan seperti warna gading
  • Kuning LANGSAT iaitu putih kuning (tidak putih sangat, berkenaan dengan kulit,dll)
  • Kuning PISANG MASAK   iaitu kuning kemerah-merahan
  • Kuning MUDA   iaitu kuning terang (lawan kuning tua)
  • Kuning TUA   iaitu kuning gelap (lawan kuning muda).



Source: Warna Kuning
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-5-2010 09:38 AM | Show all posts
Post Last Edit by pinklollipop at 30-6-2010 22:25



Sebagaimana yang anda sedia maklum, warna kuning boleh dilihat dengan kerap sekali dalam kehidupan seharian kita. Boleh dikatakan flora dan fauna juga banyak yang wujud dalam warna kuning. Ada yang kita selalu lihat, jarang-jarang jumpa mahupun tak pernah kita lihat. Jom kita teroka keistimewaan warna kuning dalam alam sekitar kita. Contoh-contohnya adalah seperti di bawah:


~Contoh~



Bunga matahari di Fargo, Dakota Utara.




Burung Yellow-breasted Chat (terjemahan harfiah: Burung Sembang Berdada Kuning



Burung Yellowhammer (terjemahan harfiah: Burung Tukul Kuning)




Burung Yellowthroat (terjemahan harfiah: Burung Kerongkong Kuning)




KHAZANAH ALAM: RAHSIA TUMBUH-TUMBUHAN


Lemon

Akar kuning sejenis pokok memanjat yang juga digelarkan "akar cina", atau "akar kunyit-kunyit". Nama sainsnya Limacia oblongata.

Bunga Akar Kuning, sejenis tumbuhan (pokok) yang juga digelarkan akar cempaka kuning, cempaka hutan. Nama sainsnya Allamanda cathartica.

Pokok Kuning, sejenis pokok yang juga digelarkan "antat", "kenanga hutan", "lidah-lidah", ataupun "pacal kuning". Nama sainsnya Alangium ebenaceum.

Pokok Balau Kuning sejenis pokok tropika. Nama sainsnya *Shorea falcifera Dyer.

Pokok Bintangor Kuning ialah sejenis pokok tropika. Nama sainsnya Calophyllum lanigerum. Pada 1987, seorang penyelidik tumbuhan mendapati getah kuning pada pokok Bintangor mengandungi sejenis sebatian yang boleh menghentikan pembesaran  virus AIDS. Kerajaan Sarawak dan Institut Barah Kebangsaan Amerika Syarikat (NCIA) telah mempatenkan pokok Bintagor dengan Pentadbiran Dadah dan Makanan Amerika (FDA).

Pokok Keranji Kuning ialah sejenis pokok tropika yang terdapat cuma di sebelah barat Garis Wallace, termasuknya Malaysia, Sumatera dan Borneo. Nama sains Keranji Kuning Besar Dialium platysepalum, sedangkan Keranji Kuning Besar ialah Dialium wallichii.

Pokok Meranti Kuning ialah nama Indonesia untuk "Pokok Meranti Damar Hitam" yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Di negeri Sabah, pokok ini digelarkan Seraya Kuning. Pokok ini juga terdapat di Filipina.

Pokok Mersawa Kuning, yang juga digelarkan "Keruing Kucing", atau dengan mudah sebagai "Mersawa" saja, ialah sejenis pokok tropika yang terdapat di Sumatera, Semenanjung Malaysia, dan Thailand. Nama sainsnya Anisoptera curtisii Dyer.

Pokok Nyatoh Nangka Kuning, sejenis pokok tropika. Nama sainsnya Pouteria malaccensis (Clarke) Baehni .

Pokok Nyatoh Tembaga Kuning, yang juga digelarkan "Mayang Serikat" ataupun dengan mudah sebagai "Nyatoh Tembaga", ialah sejenis pokok tropika. Nama sainsnya Palaquium hispidum H.J.L..

Bambu kuning ialah sejenis buluh Indonesia. Nama sainsnya Phyllostachys aurea, Bambusa vulgaris, atau Phyllostachys bambusoides.

"Durian kuning" ialah salah satu daripada jenis-jenis durian yang terdapat di Sarawak. Nama sainsnya Durio graveolens.

Sirih kuning ialah daun sirih yang kuning warnanya. Perkataan "sirih kuning" juga dipergunakan sebagai simpulan bahasa untuk gadis yang elok.





  • Kuning telur, iaitu bahagian tengah telur yang kuning warnanya.
  • Titik kuning ialah bintik kuning yang terletak hampir-hampir di tengah retina yang merupakan ketajaman penglihatan yang maksimum.
  • "Nyamuk Demam Kuning", iaitu Nyamuk Aedes, ialah sejenis nyamuk dalam genus Aedes yang digelarkan sebegitu kerana nyamuk ini menjangkitkan demam denggi ataupun "demam kuning".
  • Burung kuning  merujuk kepada sejenis burung Thailand. Nama sainsnya Pycnonotus a. atriceps.
  • Ikan kuning merujuk kepada sejenis ikan laut. Nama sainsnya Lutianus spp.
  • Layaran kuning, sejenis ikan akuarium Indonesia. Nama sainsnya Heniochus acuminatus.


   MAKANAN


  • Acar kuning  ialah sejenis makanan orang Melayu yang terdiri daripada timun, lobak merah, dan kacang buncis (antara lain) yang diawet.
  • Pulut kuning  ialah sejenis makanan orang Melayu di Malaysia. Warna kuning datangnya daripada air perahan kunyit hidup. Nasi kuning ialah nasi kunyit Indonesia yang mempergunakan kunyit untuk pewarna.
  • Ayam goreng kuning ialah sejenis masakan orang Indonesia. Warna kuningnya berasal daripada kunyit.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2010 09:38 AM | Show all posts
Post Last Edit by pinklollipop at 5-7-2010 03:15



Hijau ialah warna yang biasa dinampak dalam alam semula jadi, terutama sekali dalam tumbuh-tumbuhan. Kebanyakan tumbuh-tumbuhan berwarna hijau, terutamanya kerana tumbuh-tumbuhan mempunyai klorofil, sejenis sebatian yang terlibat dalam proses fotosintesis.

Cahaya hijau mempunyai panjang gelombang di sekitar 520–570 nanometer, dan dianggap sebagai salah satu daripada warna primer tambahan. Hijau ialah warna pelengkap untuk warna magenta; warna hijau dengan kod per enambelasan #FF00FF. Orang-orang yang buta warna seringnya dapat membezakan kedua-dua warna ini, tetapi keliru antara warna-warna ini dengan warna-warna yang lain; umpamanya, hijau terang dengan kuning, dan hijau tua dengan coklat.

Istilah "hijau" tidak mentakrifkan warna yang tepat, kecuali istilah itu digunakan bersama-sama dengan sesuatu piawaian, seperti  warna-warna X11 atau ruang warna mutlak sepert sRGB.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2010 09:39 AM | Show all posts
Post Last Edit by pinklollipop at 5-7-2010 03:29

Kegunaan warna hijau


  • Warna hijau melambangkan pergi untuk isyarat lampu, isyarat kereta api,isyarat kapal.Warna ini juga merupakan warna untuk papan tanda maklumat dan hala. Papan tanda untuk pintu kecemasan berwarna hijau di sebilangan negara, tetapi merah di negara yang lain.
  • Pada Zaman Pertengahan, hijau melambangkan makhluk jahat atau hantu (termasuk naga Eropah, dan kekadang cinta).
  • Di China kuno, warna hijau ialah lambang untuk Timur dan Kayu, salah satu daripada lima warna utama.
  • Di pasaran saham Amerika Utara, warna hijau digunakan untuk melambangkan kenaikan harga saham. Bagaimanapun, di pasaran saham Asia Timur, warna hijau digunakan untuk lawannya, iaitu penurunan harga saham.
  • Untuk gogal penglihatan malam, warna hijau digunakan untuk memaparkan imej tertonjol kerana mata manusia boleh membezakan kebanyakan jenis warna hijau.
  • Dalam perlumbaan kereta, bendera hijau menandakan permulaan atau penyambungan semula perlumbaan.
  • Warna hijau ialah warna tradisi untuk sains suci canon law.
  • Disebabkan sifat penyamaran, warna hijau biasa dipergunakan untuk pakaian seragam lapangan bagi perkhidmatan tentera. Warna ini juga digunakan sebagai pakaian seragam untuk banyak angkatan tentera darat dan laut.
  • Warna hijau ialah lambang untuk Ireland yang sering dirujuk sebagai "Pulau Batu Zamrud". Warna ini khususnya dikaitkan kepada tradisi republik dan nationalisme pada zaman moden, dan digunakan dalam maksud ini untuk bendera Republik Ireland, dengan keseimbangan dengan warna oren Protestan.
  • Warna hijau juga bertindak sebagai lambang untuk bahasa Esperanto. Warna ini dikaitkan, khususnya, kepada bintang hijau dalam bendera Esperanto.
  • Warna hijau juga dianggap sebagai warna tradisi untuk agama Islam, disebabkan perkaitannya dengan alam semula jadi. Nabi Muhammad disebut dengan pasti dalam hadis sebagai berkata bahawa "air, tumbuhan-tumbuhan hijau, dan wajah yang jelita" merupakan tiga benda sejagat yang baik. Selain itu, dalam surah Al-Insan di dalam al-Quran,pengikut-pengikut Allah di Jannah (syurga) dikatakan memakai sutera hijau yang bagus sekali
  • Skrin Hijau merupakan nama am untuk paparan komputer CRT monokrom yang menggunakan skrin fosfor P1.
  • Perasaan iri hati sering dikaitkan secara tradisi dengan warna hijau.
  • Warna hijau ialah warna bola snuker yang mempunyai tiga mata, dan juga merupakan warna yang biasa untuk baize meja snuker.
  • Lantera Hijau and Panah Hijau ialah superwira-superwira Komik DC.
  • Warna hijau ialah warna yang secara amnya dikaitkan kepada Plaid Cymru, sebuah parti politik Wales, tetapi bukan atas sebab ideologi politik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2010 09:40 AM | Show all posts
Post Last Edit by pinklollipop at 6-7-2010 00:00

~Hijau dari sudut Bahasa Inggeris~

  • Berasa iri hati, salah satu daripada "Tujuh Dosa Berat", yang juga dipanggil sebagai "green-eyed monster" membawa maksud "raksasa mata hijau" (ungkapan itu dicipta oleh Shakespeare dalam karyanya Othello) Seorang yang berasa iri hati dikatakan ""green with envy" yang membawa maksud harfiah, "hijau dengan iri hati". Bahan-bahan yang menyebabkan kulit menjadi hijau termasuk biliverdin, pigmen hijau dalam hempedu, dan seruloplasmin, satu jenis protein yang membawa ion-ion kumprum dalam proses pengkelatan.
  • Sebagai tradisi, seseorang yang bertangan dingin dikatakan mempunyai "green thumb", (ibu jari hijau) atau "green fingers" (jari-jari hijau).
  • Seorang yang tidak berpengalaman kekadang digelarkan "green" (hijau), mungkin disebabkan buah-buahan yang mentah berwarna hijau. Perkataan "greenhorn" (tanduk hijau) juga merujuk kepada seseorang yang tidak berpengalaman.
  • Makhluk angkasa lepas, kekadang dirujuk sebagai "little green men" (lelaki-lelaki hijau yang kecil).
  • Orang yang berasa tidak sihat kekadang dirujuk sebagai "green around the gills" (hijau disekeliling insang).
  • "Green" (hijau) ialah istilah "slang" untuk 'marijuana' (sebutan mari-huana), disebabkan warna bahan tumbuhan itu.
  • "Being Green" ("adalah hijau") ialah jargon (sekurang-kurangnya untuk restoran) yang bermaksud seorang yang baru. "Being very green" ("adalah amat hijau") merujuk kepada seseorang yang tenggelam dan mudah ditinggalkan.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2010 09:40 AM | Show all posts
Post Last Edit by pinklollipop at 5-7-2010 23:02



Warna hijau juga merupakan terapi ketika stress. Jikalau anda berasa stress ketika membuat kerja di pejabat mahupun di rumah atau di sekolah, disarankan anda melihat pokok atau apa sahaja yang berwarna hijau!


Tengok 2 keping gambar di bawah....sejuk je mata memandang, bukan?


credit to: google.com


credit to: http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=17915



Selain itu, hijau juga mempunyai pelbagai pigmen dalam alam semula jadi. Contohnya adalah seperti di bawah:


Pigmen-pigmen hijau

  • Hijau kobalt

    • Hijau malakit

    • Hijau pucuk pisang

    • Hijau terre verte

    • Hijau verdigris

    • Hijau viridian

    • Hijau zamrud


Psssttt....Klorofil ialah bahan yang memberikan tumbuhan warna hijau. Buah lemon ini akan semakin menjadi kuning semasa buah ini semakin masak.

gambar hiasan

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2010 09:40 AM | Show all posts
Post Last Edit by pinklollipop at 5-7-2010 23:17



Biru
merupakan salah satu warna dalam spektrum  yang boleh dilihat dengan mata kasar. Warna biru merupakan salah satu dari tiga warna asas, di sampingmerah dan kuning. Daripada warna-warna ini, warna biru mempunyai jarak gelombang yang terkecil (kira-kira 420-470 nanometer).

Warna biru ialah warna yang biasa dijumpai. Biru merupakan warna langit kerana cahaya darimatahari mengalami Selerakan Rayleigh.

Air dalam kuantiti yang banyak kelihatan biru kerana cahaya merah (kira-kira 750 nm) diserap oleh molekul air.

Warna biru selalunya dianggap sebagai warna diraja. Disebabkan itu, warna biru selalu digunakan untuk uniform rasmi, seperti uniform polis.

Dalam bahasa Inggeris, biru melambangkan "kesedihan" atau "melankoli". "Blues" ialah sejenis genre muzik bagi bangsa African American.

Dalam kontek yang lain, biru juga sering dikaitkan dengan langit dan awan, serta air atau lautan dan kehidupan marin.


Contoh seperti di bawah:

credit to: http://www.oprah.com/spirit/How-to-Feel-Beautiful-and-Boost-Confidence


credit to: www.bergoiata.org/fe/Paysages/

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2010 09:40 AM | Show all posts
Post Last Edit by pinklollipop at 5-7-2010 23:20

Laut.....

Apabila bercerita tentang laut - terbayang warna laut yang biru kehijau-hijau...Warna yang sememangnya masih 'suci' tanpa sebarang pencemaran daripada 'tangan-tangan' manusia yang kini sering rakus 'menjamah' kesucian alam semula jadi yang kian pupus.



Namun, selain laut....ada beberapa jenis kategori air iaitu:

Air terbahagi kepada empat:
  

  • Air yang suci lagi menyucikan,tidak makruh menggunakannya,iaitu air mutlak.

  • Air yang suci lagi menyucikan,makruh menggunakannya iaitu air yang terjemur dipanas matahari.

  • Air yang suci tidak menyucikan, iaitu air yang mustakmal dan air yang berubah dengan sesuatu yang suci.

  • Air mutanajis,iaitu yang jatuh ke dalam najis (huraian akan datang).


Air Mutlak



Air mutlak ialah air yang disambut dengan tidak berqaid dengan sesuatu,iaitu tujuh jenis air.

1.Air hujan
2.Air laut
3.Air sungai
4.Air Telaga
5.Air mata air
6.Air salji

• Apabila cukup sukatan atau timbangan air itu dua kolah maka ia tidak menjadi najis oleh sesuatu melainkan apabila berubah warnanya atau rasanya atau baunya.
• Air yang kurang dari dua kolah menjadi najis apabila jatuh najis ke dalamnya jikalau tidak berubah warna,bau atau rasanya sekalipun.

Qaid pada air itu dua bahagian
1. Qaid lazim,iaitu qaid yang tidak bercerai.Apabila disebutkan air nescaya disebut akan dia; seperti air tawar, air tebu,air kopi.
2. Qaid Terurai, iaitu qaid yang bercerai,yang tidak lazim bagi air, seperti air hujan,air sungai,air perigi,maka ini semua adalah mutlak.

Air Mustakmal

Air mustakmal ialah air kurang dari kolah yang telah digunakan bagi mengangkat hadas seperti air yang telah digunakan pada menghilangkan najis.Jika dihimpunkan air yang mustakmal sehingga sampai dua kolah maka ia menjadi suci dan menyucikan.

Air yang Berubah:
Air yang berubah yang tidak menyucikan ialah yang berubah dengan sesuatu yang asing yang suci yang bercampur dengannya,seperti kayu gaharu atau cendana,akan sebagai berubah yang hilang nama semata-mata air sehingga berkehendakkan kepada qaid ketika menyebutnya seperti air cendana, air gaharu.
• Tidak mengapa berubah sedikit
• Dan tidak mengapa berubah kerana lama bertakung ,dan berubah dengan sebab tanah dan tumbuh-tumbuhan air.
• Tidak mengapa berubah kerana sesuatu yang berdamping atau berhampiran (mujawir).

Air yang terjemur pada panas matahariIalah air yang terjemur pada panas matahari pada negeri yang tersangat panas hawanya, didalam bekas yang lain dari emas dan perak.Makruh menggunakan air yang terjemur itu pada badan,seperti bersuci ,dan makruh pada makan dan minum.Tidak makruh pada pembasuh pakaian dan sebagainya,dan tidak makruh jika air itu sudah menjadi sejuk.

Air mutanajis
Air mutanajis ialah air yang jatuh najis ke dalamnya serta berubah rasa atau bau atau warna dan jika sampai kadar dua kolah sekalipun.Ataupun air yang tidak sampai dua kolah yang jatuh ke dalamnya najis dan tidak berubah rasanya atau baunya atau warnanya sekalipun.
• Tidak jadi najis benda yang cair jatuh ke dalamnya bangkai binatang yang tidak mempunyai darah yang mengalir seperti bangkai lalat,semut dan sebagainya.
• Maksud jatuh itu ialah jatuh dengan sendirinya.



Rujukan: Jenis-jenis Air

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2010 09:41 AM | Show all posts
Post Last Edit by pinklollipop at 5-7-2010 23:28

Warna Indigo atau Nila...


Nila atau indigo (atau spektral indigo) adalah warna pada spektrum yang panjang gelombangnya antara 450 dan 420 nanometer, terletak di antara biru dan violet.

Istilah “indigo” berasal dari nama tumbuhan dari genus Indigofera (terutamanya tarum, I. tinctoria) yang digunakan sebagai pewarna pakaian (nila).

Warna ini adalah salah satu dari tujuh warna dalam spektrum optik  yang didefinisikan oleh Sir Isaac Newton.


Sir Isaac Newton


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-5-2010 09:41 AM | Show all posts
Post Last Edit by pinklollipop at 5-7-2010 08:26

Fakta tentang indigo....

Berdasarkan warna indigo...wujud kisah tentang...

Kanak-kanak Indigo. Apakah itu kanak-kanak Indigo?

Di sebalik warna Indigo, terdapat kisah disebalik warna ini dan ini menyebabkan ini dijadikan satu fenomena yang mungkin luar biasa bagi segelintir individu.


Indigo children are the children who are belive to respect a higher state of human evolution.
Kanak-kanak indigo ini dilahirkan dengan ciri-ciri yang sangat berbeza dengan kanak-kanak biasa.Mereka mempunyai kadar spiritual yang tinggi,rasa ingintahu yg mendalam,matang sebelum usia mereka,dan paling menarik,mereka mempunyai kelebihan.

Teori kanak-kanak indigo ini telah dimulakan oleh seorang psikik bernama Nancy Ann Tape,dalam buku bertajuk 'Understanding Your Life Through Color',pada tahun 1982.
Pada tahun 1998,buku bertajuk,'The Indigo Child:The Nwe Kids Have Arrive,telah ditulis oleh Lee Carol&isteri Jan Tober.

Kanak-kanak indigo sangat meminati yang misteri,spiritual,paranormal dan mereka cenderung berfikir 'think outside the box'
Mereka juga suka mengikut taklid tradisi,dan memperbaharui cara melakuakn sesuatu.Kanak-kanak indigo juga dikatakan mempunyai level kesedaran yang tinggi.

Namun kanak-kanak indigo kebiasaannya mengalami Attention Deficit Hyperactive Disorder(ADHD),Attention Deficit Disorder(ADD),Obsessive Compulsive Disorder(OCD)

Ada pengkaji yang menyatakan bahawa kanak-kanak indigo ini merupakan children of the sun.
Kanak-kanak indigo merupakan golongan yang memiliki keistimewaan.Antaranya ialah,
kebolehan membaca fikiran
kebolehan melihat peristiwa yang terjadi di tempat lain.
kebolehan meramal kejadian akan datang
kebolehan menggunakan roh sebagai medium
&
kebolehan mendapatkan informasi melalui sesuatu benda.

Di Malaysia,fenomena ini masih kurang diketahui,namaun di Indonesia,seorang kanak-kanak bernama Annisa Rania Putri telah diketogorikan sebagai kanak-kanak indigo.Beliau boleh berbahasa inggeris dialek AS sejak pandai bercakap,walhal kedua ibubapanya tidak tahu berbahasa inggeris,dan kanak-kanka ini mampu mengingati peristiwa yang hampir mustahil,iaitu kelahiarnnya sendiri.

Jika dilihat dari semua aspek,kannak-kanak indigo mempunyai kelebihan yang luar biasa,dan seharusnya kelebihan ini dimanafaatkan di jalan kebaikan.

gambar hiasan


Rujukan: Kanak-kanak Indigo





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2010 09:41 AM | Show all posts
Post Last Edit by pinklollipop at 5-7-2010 23:37



Ungu adalah berbagai warna di antara violet dan magenta.

Ungu dalam bahasa Inggeris ialah purple yang berasal dari bahasa Latin iaitu purpura.

Cahaya violet mempunyai gelombang jarak  dekat berukuran tinggi (berukuran lebih kurang 400 nanometer) dan diklasifikan sebagai warna sejuk. Sir Isaac Newton telah menamakan 'violet' sebagai warna untuk jarak gelombang (wavelength) yang terakhir dalam spektrum tampak (kira-kira 380-450 nm) dengan mempunyai nama ungu dan violet dalam sistem yang sama. Violet lebih ke arah warna biru manakala warna ungu berada di antara biru dan merah.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2010 09:41 AM | Show all posts
Post Last Edit by pinklollipop at 5-7-2010 23:34

Kisah warna ungu....

Warna yang menjadi warna kegemaran ramai terutamanya kaum WANITA.

Simbolik warna ungu ini ialah:

Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.

Adakah anda tergolong dalam golongan tersebut?


Namun, ada juga kaum Adam meminati Ungu dan telah menamakan kumpulan mereka sebagai Ungu.

Tak percaya? Hehehe...kumpulan atau band ni sudah ngetop banget deh di Indonesia. ;)

Jom dengar lagu dari kumpulan Ungu:

http://www.youtube.com/watch?v=VLaCP2bQ7Ek


Band Ungu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2010 09:42 AM | Show all posts
Post Last Edit by pinklollipop at 5-7-2010 11:22

Ok. Lepas dah berkenalan dengan 'Cik Pelangi'.

Mari kita tinjau-tinjau, 'port' paling best untuk bersantai di kala stress.

Nak tahu kat mana?

Jom tengok kat bawah ni mengikut warna Cik Pelangi...

Merah:


Jingga:



Kuning:



Hijau:



Biru:



Indigo:



Violet:



Jawapannya ialah:

Rumah kediaman anda. Tak kiralah ruang besar ke kecil ke...Janji lepas balik kerja/belajar, balik ke rumah and berehat melepaskan penat~!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.328855 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list