Post Last Edit by cmf_azure at 19-7-2010 00:22
7.
Nini pulang sebelum menjelang pukul 8. Di tangannya ada sebuah beg kertas berbunga biru. Belum sempat lagi dia melihatnya apa yang ada di dalam beg tersebut. Namun begitu dia seakan-akan dapat meneka pemberian teman lelakinya. Farid memang begitu; setiap kali akan ke luar daerah, ada saja barang yang dihadiahkan kepada Nini. Selepas pulang pun akan ada hadiah yang diterima. Waktu mula-mula menerimanya Nini berasa hairan. Ialah nak pergi out-station dah dapat hadiah….
“Id bagi hadiah ini supaya Nini akan selalu mengingati Id. Walau di mana pun Id berada, pasti Nini terasa dekat dengan Id..” “Bila pulang pula, pemberian Id bermakna Nini selalu Id ingati.. “ Pertemuan tadi sekejap sahaja. Nini tidak mahu berlama-lama dan Farid pun amat memahami. Dia tidak mahu terlepas waktu maghrib. Selalu dia ingat pesanan Pn. Suraya, walau di mana pun berada dan dalam keadaan apa pun; tiada sebab untuk meninggalkan waktu solat. Bukan tiada surau di kompleks membeli belah tadi tetapi dia merasa tidak selesa. Farid berjumpa dengan dia pun sekadar ingin memberitahu bahawa dia pergi out-station beberapa hari. Mereka hanya makan dan minum untuk mengalas perut. Nak melepaskan rindu. Nanti risau Farid akan begitu sibuk untuk menghubungi Nini.
*** Salam diberi sebelum membuka pintu. Tiada jawapan. Mungkin semuanya sibuk dengan urusan sendiri. Nini berbisik sendiri. Pintu ditolak perlahan setelah daun pintu dibuka menggunakan kunci yang dibawanya. Hampir Nini terkejut. Nazrin terpacak di depannya dengan pandangan tajam. Boleh tembus pandangan itu ke jantung Nini. Tadi orang bagi salam tak ada jawapan. Tiba-tiba saja dah berdiri di hadapan. Kata-kata tersebut hanya lahir di hati. Tidak diucapkan oleh Nini. Pintu ditutup dengan perlahan. Pandangan Nazrin tidak dipedulikan. Senyuman yang terukir di bibir terus mati. "Dari mana, waktu maghrib baru nampak muka..." Senafas Nazrin bertanya. "Jumpa kawan...." Pendek saja jawapan Nini. Tak mahu dia menerangkan dengan selanjutnya. Penampilan Nazrin dipandang. Baru lepas solat agaknya, siap dengan berbaju melayu teluk belanga berwarna biru muda dan kain pelikat warna biru tua. "Tak bagitahu abang pun!" "Dah inform ibu... samalah jugakan?" "Tak sama, itu ibu ini abang... Abang pun berhak tahu." "Sejak bila pula Nini kena report dengan abang ini?" Nazrin terdiam. Melihat Nini memasuki rumah dengan senyuman. Hatinya melonjak-lonjak ingin tahu.. "Ialah abang ni siapakan... " Nini menggeleng-gelengkan kepala. Entah kenapa jawapan Nazrin mengundang senyuman di bibirnya. "Orang cakap dia senyum.." “Senyum pun tak boleh? Tak kena saman pun kalau nak senyum..” “Boleh tapi senyum sorang-sorang ini bahaya…” Nazrin mengusik. Dari tadi dia menunggu Nini di ruang tamu. Risau waktu-waktu begini Nini tidak pulang. “Shopping ke?” Bila dilihat Nini membimbit beg kertas. “Tak. ..” Nini menjawab pendek. “Itu…” Nazrin menjuihkan bibir. “Ada orang kasi..” “Siapa?” “Adalah… itu rahsia..!” Nazrin ingin mencapai beg tersebut tapi sempat dielak oleh Nini. “Apa abang ni, ini Nini punyalah…” “Abang nak tengok..” “Hak persendirian mana boleh paksa-paksa!” “Abang nak tengok juga…” Nazrin melampiaskan rasa tidak puas hati. “Sorry….” Nini berlalu ke tangga. Nazrin mengikut dari belakang. Beg kertas tersebut hampir berjaya dirampas. “Ibu…. “ Nini separuh menjerit memanggil Puan Suraya. Puan Suraya yang berada di dapur menjenguk. “Kenapa?” “Abang buli lagi Nini….” “Nazrin…suka sangat usik adik!” “Dia kedekut sangat ibu, orang nak tengok apa dalam beg itu pun tak kasi!” “Nak minta pun, mintalah dengan cara lembut. Ini main rampas sahaja memanglah orang tak kasi…” Nini tersengih panjang. "Padan muka! Nak sangat usik orang!" "Tak pa.... pengat ubi, nasi kerabu, hari ini tak kasi, esok abang serbu..." Siap Nazrin berpantun. Nini terkekeh-kekeh ketawa. "Nasi kerabu sedap tu... esok abang belikan ya. Dah lama tak makan..." Nini membalas lalu menutup pintu bilik. Barang yang dibawa, diletakkan di atas almari solek. Dia terus ke bilik untuk membersihkan diri. Tak mahu terlepas maghrib.
Nazrin yang berdiri di hadapan pintu tersenyum. Memang Nini adik yang nakal dan manja... Hatinya terhibur dengan keletah Nini. Cuma dia perlu berusaha untuk memujuk Nini melihat apa yang ada di dalam beg tersebut. Hatinya masih lagi belum puas selagi tidak mengetahuinya. |