|
mne new n3 ni?
lmbtnya tok kadi nk smpi...
nazrin dh x sbr ni wlpun nini x mau |
|
|
|
|
|
|
|
Reply shahrinas
Nini x ada kekuatan nak explain...
asyik sob sob sob.. habis tisu se ...
cmf_azure Post at 21-1-2011 12:03
tapi kena bgth jugak tau...kesian FARID... |
|
|
|
|
|
|
|
nini dah pun nak kahwin .....
harap nini dpt terima |
|
|
|
|
|
|
|
mana tok kadi nie??? lambatnya....
mawarbaiduri Post at 19-1-2011 15:23
tok kadi tersekat kat jalan
ada accident, lembu mati... |
|
|
|
|
|
|
|
n3 sebelum akad nikah; rasa hati seorang Nini..
Debar di hati makin terasa. Apa tah lagi setelah berbicara panjang dengan Farid di awalnya. Dia ingin memberitahu perkara sebenar kepada Farid tapi macam ada batu yang tersekat di kerongkong. Menahannya untuk bercakap, memberikan perkhabaran yang mengundang sedih di hati. Dia kasihan dengan Farid. Tapi siapa yang akan mengasihani dirinya? Terasa dia amat terasing di daerah yang sepi, sedangkan di luar sana suasana amat meriah.
Waktu pun menginjak pergi. Dari Zohor ke Asar. Kini Maghrib makin menghampiri. Lampu di luar rumah telah dipasang. Rumah yang semaki kelam menjadi terang benderang. Nini semakin resah... Dia mundar mandir. Terasa ada duri yang menyucuk bila dia duduk. Bila berdiri dirasakan lantai seperti tinggi rendah. Tangan diletakkan di kepala. Pening? Tidak... dia tidak pening tetapi kenapa semuanya menjadi tidak kena di pandangan mata?
Selepas Maghrib akan diadakan majlis tahlil, diikuti doa selamat. Selepas itu baru majlis akad nikah... Baju nikah yang terhampar di atas katil dipandang sepi. Nini berteleku di hadapan meja solek. Inikah akhirnya kisah cinta dia dengan Farid? Air mata mengalir perlahan di pipi. Tidak diseka butiran halus yang gugur, dia membiarkannya.
Ketukan di pintu kedengaran. Mak Long kakak Puan Suraya masuk. Mak Long memang punya kelebihan tersendiri. Dia juga yang akan menyolek Nini untuk majlis akad nikah. Selain itu dia mengusahakan butik kecantikan dan andaman. Butik yang diberi nama Suri Indah.
"La... termenung kerjanya. Bila nak siap ni? Orang makin ramai kat bawah tu, lambat bersiap, susah nak turun..." Mak Long menegur.
Nini hanya membalas dengan senyum tawar. Dia menundukkan wajah. Risau pula Mak Long perasan yang dia baru lepas menangis.
"Macam tak rasa nak nikahlah Mak Long.."
"Ish.. budak ini, boleh main-main boleh bab akad nikah... Tak ada Nini dengan siapa Nazrin nak nikah? Tak kasihan kat tunang kamu "
"Hati ini berdebar-debar, rasa tak menentu... "
"Adatlah itu... sebelum akad macam itulah; selepas akad nanti rasa berdebar dan lain-lain rasa itu akan hilang dengan sendirinya. Seronok adalah..." Nini hanya diam. Nak seronok apa? Kalau nikah dengan Farid lainlah. Awal-awal lagi aku dah bersiap.
"Cantik baju nikah kamu ni... Tempah kat mana? Kalau beritahu awal-awal, Mak Long boleh bagi FOC..."
"Abang yang tempahkan..." Memang segalanya diserahkan kepada Puan Suraya dan Nazrin. Dia hanya mengikut saja. Tapi kain itu memang dia yang pilih. Itu pun setelah dipaksa oleh Nazrin.
"Itu tandanya dia sayang sangat kat kamu. Pandai pula dia mereka..Simple tapi menarik..."
"Sekarang ini senang mak Long. Wedding planner ramai. Pilih saja.."
"Mak Long dulu sajalah usik-usik dia nak carikah jodoh untuk kamu.. Dia boleh ugut mak Long katanya kalau mak Long teruskan niat mak Long, dia tak nak balik kampung. Nak jumpa mak Long pun tak nak..."
"Dahsyat juga ya abang ini... jadi mak Long tahulah Nini ni anak angkat?"
"Dah lama mak Long tahu.."
"Kenapa mak Long tak pernah cerita?"
"Mak Long ingatkan Nini dah tahu.." Nini menggelengkan kepala.
"Apa yang nak risaukan, Nini memang anak kesayangan mereka. Lagi pun ibu kamu tu tak ada anak perempuan... Nazrin lagilah, memang sayang sangat kat kamu. kamu.. Tercapai juga hasrat dia akhirnya nak beristerikan kamu..." Panjang lebar mak Long menerangkan.
"Emm... cerita-cerita juga, kamu cepat bersiap. Mak Long nak tengok kat bawah itu. Ibu kamu tu tengah sibuk-sibuk macam ini sampailah penyakit kelam kabutnya.. Nak suruh Rin temankan, mak Long juga yang dicari nanti..."
“Lambat lagilah mak Long… Nini tidur pun sempat…”
“Maghrib-maghrib nak tidur. Kamu tu Nini nak jadi isteri orang.. Buang sikap tidur waktu maghrib… Pergi mandi…”
“Mak Long ini mana pernah Nini tidur waktu Maghrib. Nini pun tahulah.. Tadi tu cakap saja…”
“Ada sajalah kamu ini… “ Tuala dicapai. Mak Long hanya memandang Nini sambil menggelangkan kepala. Dalam hati sempat mengomel, budak-budak sekarang nak nikah pun buat sambil lewa saja. Kalau zaman dulu, mahu dah kena beberapa cubitan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2002# ADRIANAQISTINA
semangat macam itulah dimahukan... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2004# sukahatiku
tok kadi ada tu...
dia pun nak nampak macho juga..
selain pengantin, tok kadi pun orang pandang... |
|
|
|
|
|
|
|
2 jam lebih merempit sampai juga dari 1st page sampai page 81 ni...suka nazrin dgn nini..
fhieya Post at 19-1-2011 20:04
bertambah penyokong Nazrin...
makin bersemangatn Nazrin buat impian
jadi kenyataan...
tq fheya... slmt datang ke thread HSI |
|
|
|
|
|
|
|
mana nini ni g dating ngan farid buncit ke
mie07 Post at 20-1-2011 12:07
mie..
Nini ada main-main air mata;
Farid ini tak buncit, dia selalu pergi gim
jogging pun 2x/minggu... |
|
|
|
|
|
|
|
aharkkkk..... tension ..kenapa jadi gak Tini ngan Nazrin.... tak mau.. tak mau...
naufal2705 Post at 19-1-2011 16:46
naufal tak mahu
tapi Nazrin mahu, mahu, mahu... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2008# sukahatiku
Tq tolong jawabkan...
dan betulkan nama Nini |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2022# shahrinas
nak bersemuka
baru boleh beritahu;
ada rasa tak puas hati
jika bersms atau talipon... |
|
|
|
|
|
|
|
nini dah pun nak kahwin .....
harap nini dpt terima
iza89 Post at 21-1-2011 16:15
itulah harapan Nazrin... |
|
|
|
|
|
|
|
akhirnya jadi nikah jugak nazrin dgn nini.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply ADRIANAQISTINA
semangat macam itulah dimahukan...
cmf_azure Post at 21-1-2011 17:17
walau ape yg t'jd hidup mst diteruskn.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2020# cmf_azure
dlm duka ada jgk yang buat fazss senyum.. my mom.. dia cakap 'risau takut ko pikir pendek, dah lah jauh tak ada org tengok' |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|