CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cmf_azure

HINGGA SAAT INI...[U]

   Close [Copy link]
Post time 6-7-2010 11:20 AM | Show all posts
masih lg menunggu n3 seterusnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2010 12:35 PM | Show all posts
nanti tempek entry panjang2 ye....

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 02:26 PM | Show all posts
setuju masih dok tunggu entry niiii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2010 05:22 PM | Show all posts
haku minta maaf, terlewat masukkan n3..
n3 terbaru siap sedia utk. dibaca..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2010 05:27 PM | Show all posts
6.

Nini memandang jam di pergelangan tangan. Tak sabar-sabar dia menanti jarum panjang bergerak ke angka 6 dan jarum pendek antara 5 dan 6. Senyum terukir di bibir yang dicalit dengan lipstick berwarna pink lembut. Tudung dibetulkan agar tidak senget. Entah kenapa bila mahu berjumpa dengan Farid; dia akan pastikan segala-galanya kelihatan cantik. Pada hal Farid menerima dia seadanya. Tak pernah nak komplen apa-apa. Hatinya berlagu dengan irama-irama indah…  Perasaannya bagai terbuai.

Panggilan dari Farid selepas mesyuarat tadi memang mengejutkan.  Saat Farid menyatakan ingin berjumpanya…  Nini menghitung waktu yang dirasakan seakan begitu perlahan pergerakannya.  

“Dah nak balik?” Wati menegurnya dengan pandangan hairan. Nini menganggukkan kepala.  

“Times up..” Sambil menunjukkan jam di pergelangan tangan, dia tersengih mempamerkan gigi yang tersusun cantik.

“Peliklah pula hari ini, sharp 5.30 dah nak keluar. Biasanya ambil masa 10 minit lagi..” Wati memang faham sangat dengan sikap Nini yang tidak terkejar-kejar untuk pulang walaupun masa bekerja telah berakhir.

“Hari ini ada hal, tak boleh lambat-lambat!” Dia teringat janjinya untuk menemui Farid.  Bukan mudah untuk bertemu dengan pak wa sorang ini pada hari  bekerja. Dia terlalu perihatin.  Risau Nini pulang lewat malam. Risau dia mencuri waktu senggang Nini.

“Ha… aku tahu dating dengan En. BT ya?”

“Hish… mengarutlah! Kalau dengan dia memang aku tak ada masa langsung!” Wati tersenyum. Saja dia ingin mengusik Nini. Bila sebut saja En. BT tu Nini pasti melenting.

“Kau jangan pandai-pandai nak sebut nama dia depan aku. Kalau hal-hal berkaitan kerja, ok…  Kalau hal lain-lain, sorry. Aku allergic!”

“Aku tengok dia ok saja, tak ada yang kurang… Sekali tengok memang handsome juga..” Wati masih ingin mengusik. Suka dia melihat Nini yang berwajah cemberut.

“Dua kali tengok tentu macam handsoap kan?” Nini tersenyum sendiri mendengar kata-kata yang keluar dari mulutnya. Tiba-tiba saja idea itu terpacul di otaknya.

“Tak baik tau mengata lebih-lebih.  Esok-esok jadi rindu-rinduan….Masa itu siapa nak jawab? Jawab sendirilah Nini… ” Wati mengekek ketawa.  

“No no no…”  Nini mengangkat bahu. Takut juga dia mendengar butir bicara Wati.

“Ok jumpa esok…” Nini melambaikan tangan. Kalau dilawan bercakap dengan Wati memang tak akan sampai ke garisan penamatnya.  Ada saja yang akan ditokok tambah.

*****

Nini membuka pintu menuju ke tangga. Tidak mahu dia menunggu lift yang ada kalanya bergerak macam siput.  Pernah sekali dia hampir terhimpit oleh lift yang tiba-tiba saja tertutup walaupun butang tutup belum ditekan.  Serik rasanya. Nasib baik dia dapat mengelak, jika tidak memang dia telah menjadi sandwich.

Semasa dia menolak pintu tersebut hampir dia terlanggar dengan En. Badrul. Nini berdiri seperti patung. Kalau terlanggar tadi pasti dia akan tercium dada En. Badrul. Kenapalah waktu aku nak cepat, tiba-tiba dia muncul pula.  Nini mengomel di dalam hati.  En. Badrul melemparkan senyuman. Nini tidak tahu samada dia ingin membalas ataupun tidak. Tidak dibalas dikatakan sombong.  Nak dibalas mulutnya bagai dikunci.

“Nini...  “ Seram rasanya telinga Nini mendengar suara En. Badrul yang lembut menyapa.  Demam agaknya si BT ini.  Sejak di bilik mesyuarat tadi karaktornya berubah habis.

“Ya.. .. En. Badrul..” Mahu tak mahu Nini membalas. Aku dah lambat ini. Hati Nini menggumam. Tak payahlah nak beramah mesra. Aku nak cepat.

“Nak ke mana laju-laju ini.  Nasib baik saya brake mengejut tadi. Jika tidak…. “ En. Badrul tidak menghabiskan ayat tersebut. Senyuman manis diberikan kepada Nini.

“Maaf, En. Badrul..  Saya nak cepat ini.  Ada hal mengejut!” Nini berbasa basi.  Tak mahu dia berlama-lama di tangga dengan En. Badrul.  Dilihat dek orang yang turun nanti, lain pula ceritanya.  Itu patut dielakkan….

En. Badrul memberikan laluan.  Sempat dia berpesan.  “Hati-hati Nini….”  

“Terima kasih… saya pergi dulu…” Tanpa menoleh Nini meneruskan perjalanan. En. Badrul melihat Nini menuruni tangga. Walaupun Nini telah berada jauh, dia masih di situ.  Senyuman dilepaskan.  

“Kalau berlanggar tadi…. Best juga!” Selama ini Nini melihat dia macam tidak pernah wujud pun.  Sekurang-kurangnya bila berlanggar, Nini akan mengingati dia. En. Badrul berharap agar perkara begitu akan berulang lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 09:28 PM | Show all posts
ala azure... ciputnye... sambung la lagi... sian mr. BT mesti dia ada hati ngan nini tapi nini tak layan die...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2010 10:58 PM | Show all posts
lagi...lagii...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 07:24 AM | Show all posts
morning all..

azure lagi lah ..sikit sgt...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2010 08:23 AM | Show all posts
Azura...nak entry lg ye..........
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 08:56 AM | Show all posts
NINI ngan BADRUL jelah...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 11:25 AM | Show all posts
huhuhu
payah kalu bos dah jatuh cinta pada pekerja
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 11:31 AM | Show all posts
aah saya setuju dgn iwimz susah gak if bos and pekerja ada affair ni tapi if happen best jugak hehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 12:27 PM | Show all posts
sikit sgt n3nya...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 12:43 PM | Show all posts
next..next...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 01:07 PM | Show all posts
dah lunch nie..n3 plzzzz
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 07:28 AM | Show all posts
morning all..
azure..x ada n3 ke...??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2010 07:28 AM | Show all posts
salam jumaat..
azure ..ari x ada ke n3
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 08:25 AM | Show all posts
pagi semua....
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 08:26 AM | Show all posts
azure letaklah n3, dah rindu sgt........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2010 12:49 PM | Show all posts
Reply 177# cerry_ice


    salam jumaat..
    lunch apa hari ini?

    broadband ter'misplace'...
    x dapat on-line smlm..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:12 AM GMT+8 , Processed in 0.104348 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list