CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cmf_azure

HINGGA SAAT INI...[U]

   Close [Copy link]
 Author| Post time 13-1-2011 12:56 PM | Show all posts
nampak nama tuan rumah ingatkan dah ada n3...
shahrinas Post at 13-1-2011 12:52



    bagi hint dulu...
    sambil jawab komen kawan-kawan yang setia menanti... tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2011 01:12 PM | Show all posts
peminat kuat Nazrin ni...
    boleh duduk dengan Fazss masa majlis itu nanti..
cmf_azure Post at 13-1-2011 12:32


hah..hah.. bagi kita org dok kat meja pengantin je lah..... baru ummpphhh..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 01:27 PM | Show all posts
xde new n3 ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 01:35 PM | Show all posts
Reply  labuni


    lunch ini tak ada..
    petang sikit ya..
cmf_azure Post at 13-1-2011 12:35



    letak banyak2 tau... sbb dah lama menunggu...
   
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 02:57 PM | Show all posts
Reply 1934# cmf_azure


    kena banyak buat pendua..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 03:42 PM | Show all posts
Reply 1927# cmf_azure


    ni yang sayang Nazrin ni....!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2011 03:47 PM | Show all posts
Reply 1941# cmf_azure


    cepat la azure!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 09:49 PM | Show all posts
x sbr nak tggu n3....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2011 11:42 PM | Show all posts
tetap sokong Nini - Farid ( bukan farid buncit/buaya)
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2011 08:35 AM | Show all posts
Reply 1941# cmf_azure


    azure!!!!! kata nak bagi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2011 12:56 PM | Show all posts
maaf kawan-kawan...
terlewat dari pemberitahuan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2011 01:05 PM | Show all posts
36.

Khemah telah pun dipasang di halaman rumah.  Puan Suraya beritahu majlis hanya kecil-kecilan sahaja namun begitu bila melihat segala persiapan yang dibuat macam buat majlis besar sahaja.

Cuti pun sudah dipohon.  Nini cuma mengambil 2 hari sahaja.  Tiada rasa di hati untuk bercuti lama-lama. Masuk Sabtu dan Ahad adalah dalam empat hari.  Itu pun sudah mencukupi.  Alasan yang diberikan kepada Puan Suraya kerana cutinya tidak sebanyak mana.

Teringat Nini pertanyaan Wati seminggu lepas bila terpandang borang cuti yang telah diisi.  “Nak ke mana? Tiba-tiba nak ambil cuti?”

“Tak ke mana.. nak habiskan waktu dengan ibu aku.  Dia nak pergi umrah..” Nini menjawab lemah.  Lain pula jawapan di hatinya.  “Dengan perginya ibu, aku bakal bertukar status…  tak sampai dua minggu lagi, aku tengah sedih ni…”

“Buat kenduri ke?”

“Kecil-kecilan sahaja, jemput orang dekat-dekat…”

“Oh… ingatkan jemput aku sekali, bolehlah tolong apa yang patut..”

“Next time kot, makanan pun tempah sahaja…”  Tak kanlah aku nak jemput, habislah rahsia yang tersimpan rapi.  Tiba-tiba nanti jadi topik panas! Tak mahu! Waktu itu belum tiba lagi.

***

Majlis pertunangan di awalkan dari jadual yang ditetapkan.  Mengikut perancangan majlis pertunangan diadakan pada hari Sabtu pagi dan majlis pernikahan pada waktu malam. Tapi dengan kuasa yang ada pada Puan Suraya, majlis pertunangan dipercepatkan iaitu selepas solat Jumaat.



Majlis tertutup, untuk sanak saudara sahaja.  Itu yang diberitahu oleh Puan Suraya.  Nini hanya menurut sahaja.  Waktu-waktu begini dia lebih banyak mendiamkan diri.  Mengikut saja apa yang dirasakan baik. Nak membantah pun tiada maknanya.  Segalanya telah diatur dengan sempurna sekali.  

Nini melihat cincin yang tersarung dijari.  Baru sebentar tadi Puan Suraya yang menyarungkannya.  Nini mengenakan sepasang kurung moden berwarna biru firus yang dihiasi dengan manik dan batu kristal.  Terpancar seri keringan di wajah Puan Suraya saat doa dibacakan.  Ini bermakna dia dan Nazrin telah ada ikatan.  

Nini memandang kosong beberapa dulang hantaran.  Suasana sederhana tetapi meriah itu tidak dapat menceriakan hatinya.  Hatinya teringat seseorang.  Apa khabar agaknya Farid sekarang?  Dia kini jarang berbual dengan Farid, kerana setiap kali berbual hatinya dirundung sedih.  Untuk menceritakan segalanya kepada Farid dia tidak sanggup.

“Nini.. “ Puan Suraya mencuitnya.  Baru dia tersedar bahawa dia kini masih di dalam majlis bukan di dalam kamar sendiri.  

“Berangan!  Tak lama lagi tu..  Malam esok dah ada orang menemani.. Atau nak tengok tunang?” Mak Long yang datang semalam mengusiknya.  Nini tersenyum menyembunyikan gelodak di hati.  Kalaulah mereka tahu apa yang terjadi sebenarnya… hatinya berbisik.

“Ikut adat.. tunang tak boleh datang… tapi orang sekarang ini mana nak ikutkan.  Kejap lagi adalah itu.  Nazrin mana nak terlepas tengok tunangnya hari ini yang cantik dari biasa…” Mak Long masih terus mengusik.  Memang sejak semalam Nini tidak melihat Nazrin.  Dia pun tak mahu bertanya banyak.  

"Em... baru sebut-sebut dah ada pun...  " Nazrin tersenyum, di tangannya ada sejambak bunga.  Bunga ros berwarna merah yang digubah cantik.  

"Nini saja ke yang dapat, mak long yang penat-penat dari semalam ini tak dapat apa ke?" Mak Long mengusik saat Nazrin menghulurkan jambangan bunga kepada Nini.  Nini yang menyambutnya (secara terpaksa untuk menjaga hati semua yang ada) sudah merah di pipi akibat diusik.  Hendak saja dia menutup mulut mak long dengan masking tape. Bercakap tak berhenti sejak dari tadi.

"Sini...  diri kat situ, boleh ambil gambar.  Mana pula jurufoto ini.  Tadi ada kat sini? Nanti mak long cari sekejap..." Mak Long berlalu, sengaja dia meninggalkan Nazrin dan Nini.  Nak bagi chance.. kata orang sekarang.

"Tahniah...  Nini cantik sangat hari ini, nampak lain dari hari-hari biasa.." Nazrin memuji.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2011 01:11 PM | Show all posts
x pe NINI cinta lepas kahwin ok jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2011 01:13 PM | Show all posts
harap-harap dipermudahkan  ...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2011 01:43 PM | Show all posts
lagi azure..,.depa nk nikah dah ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2011 02:45 PM | Show all posts
tak sabar hendak menanti saat Nini di nikahkan   .....
dan upacara membatalkan air sembahyang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2011 03:46 PM | Show all posts
  1. Nini memandang kosong beberapa dulang hantaran.  Suasana sederhana tetapi meriah itu tidak dapat menceriakan hatinya.  Hatinya teringat seseorang.  Apa khabar agaknya Farid sekarang?
Copy the Code
bakal pengantin yang hilang serinya....
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2011 05:06 PM | Show all posts
awatlah nini dok sorok2 mcm ni..kesian farid menaruh harapan
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2011 05:04 PM | Show all posts
sedih bila terpaksa berkahwin dengan org yg kita x cinta
tp mesti ader hikmah naper semua ni terjadi........
bercinta selepas kahwin lg best bercinta sebelum kawin....
hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2011 09:44 PM | Show all posts
x pe NINI cinta lepas kahwin ok jugak...
shahrinas Post at 14-1-2011 13:11


heh..heh..aku cukup stuju dgn nko...

Fan club Farid..jangan mare...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.449073 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list