CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: liya71a

Hidupku MilikMu

  [Copy link]
 Author| Post time 20-6-2010 04:26 PM | Show all posts
Mmmm errr tungguuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2010 11:44 PM | Show all posts
Selamat dtg lia ke WR
Selalu baca lia preview novel..
kali ini  baca enovel lia pula...
Berbakat ropenya...
Teruskan menceriakan hari2 kami di WR dgn cerita menarik dari lia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2010 12:09 AM | Show all posts
Payah sebenarnya nak cari nama yg best uth heroin. Asyik minat dengan nama adam, luqman, haikal, firdaus pusing-pusing yang tu juga yang best
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2010 03:48 PM | Show all posts
Salam Liya mananya n3
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2010 03:49 PM | Show all posts
Salam Liya mananya n3
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2010 10:14 PM | Show all posts
Susah sikit, pakai iphone x sesuai menaip karangan, asik salah eja je. Kena buka laptop, pas tu berebut lak ngan anak2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2010 08:39 AM | Show all posts
yg penting kalu free letak n3 bebanyak k...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2010 10:32 AM | Show all posts
Bab 3: Merah jambu yang lembut, selembut wajahmu di sana.
‘Desir pasir di padang tandus..... Segersang pemikiran hati.. Terkisah ku di antara cinta yang rumit...’ sayup mendayu-dayu deringan telefon bimbit yang sengaja ku letakkan di dalam laci.
‘Assalamualaikum ma..’ aku menjawab telefon sejurus selepas menyentuh skrin iPhone pemberian Luqman, terpapar Mama diskrin. iPhone baru sempena harijadiku yang ke 30. Besar sungguh angka 30 itu, kalau dulu aku mungkin sudah berpangkat andartu, tetapi di zaman teknologi serba canggih ini, umur 30 baru permulaan hidup. Selepas SPM, masuk ke Universiti, di situ sahaja sudah habis hampir 10 tahun, hanya belajar sahaja.
‘Waalaikumussalam’ terdengar sayup suara Puan Salbiah di hujung sana.
‘Minggu depan ni Sue balik tak?, mama ada banyak kenduri ni, kan minggu depan dah mula cuti sekolah, Sue tak ambil cuti ke?, dah lama Sue tak balik rumah mama..’ Puan Salbiah tidak sabar-sabar lagi meneruskan bicara. Nampak bersungguh benar Puan Salbiah memujuk Intan Suraya supaya pulang ke Kg. Tanjung Batu 1, terletak tidak jauh dari Bandar Kuala Terengganu.
‘Mmmm, mama, Sue cuba mohon cuti dulu ye, Dato’ kadang-kadang bercuti keluar  negara, boleh lah Sue mohon masa tu.. tapi Sue takut nak janji apa-apa. Takut tak jadi, nanti Mama yang frust..’ aku menjawab perlahan. Aku ada membuat tempahan penerbangan untuk Dato’ Shukor sekeluarga ke Dubai untuk minggu hadapan. Sambil bercuti sambil memantau syarikat cawangannya yang terletak di Dubai.
‘Kalau macam tu, bila Sue dah dapat cuti, terus telefon Mama ya, jangan lupa’ gesa Puan Salbiah bersungguh-sungguh.
‘Ya la, InsyaAllah’
‘Jaga diri baik-baik Sue, Assalamualaikum’
‘Waalaikumussalam’. Sejurus aku menyetuh butang tamat perbualan, satu SMS terpapar di skrin, dari Luqman.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-6-2010 10:50 AM | Show all posts
‘Salam, seronok guna iPhone kan? Sue kena subscribe 3G baru lebih seronok, facebook boleh, ym boleh, skype, email dll’
Aku membalas, ‘InsyaAllah, terimakasih’
Luqman memang sahabatku sejak di bangku sekolah. Jauh perjalanannya, kisah hidupnya penuh dengan liku-liku. Aku hanya menjadi pendengar setia setiap kali dia meluahkan perasaan. Tetapi, mengapakah sejak akhir-akhir ini hatiku bagaikan  tersentuh setiap kali mendapat panggilan atau SMS darinya?. Adakah ini di namakan cinta?.
‘Sue, masuk’ terdengar suara Dato’ Shukor dari intercom diatas mejaku. Sebentar tadi, tepat jam 10, Pak Mat tiba bersama beg Dato’ Shukor. Aku sudah sedia maklum, dalam masa 5 minit lagi, tentu Dato’ Shukor pula yang muncul. Sejak aku bekerja dengan syarikatnya 5 tahun lalu, amalan Dato’ Shukor dengan solat Dhuhanya tidak pernah tinggal. Aku betul-betul mengagumi sifatnya yang tawadu’ dan sangat rendah hati, walaupun sudah bergelar Dato’ dan mempunyai harta berbillion dollar US, namun dia masih mengekalkan rutin hariannya tanpa culas.
Aku bergegas bangun, sambil menjeling cermin muka aku membetul-betulkan muncung tudung sekilas lalu. Tudung merah jambu lembut beserta baju kurung kain kapas, bercorak bunga-bunga kecil, bertanah putih, berbunga merah jambu terang.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2010 10:57 AM | Show all posts
lagikla....
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2010 11:16 AM | Show all posts
nak lagi liya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2010 11:25 AM | Show all posts
Sejurus menolak daun pintu, semerbak aroma dari perfume Fareez. Ish... gangguan persekitaran betul la..
‘Ya Dato’’
‘Ini Fareez Fahmi, Project Manager kita yang baru, dia akan ganti En Zainal yang akan kita hantar ke Dubai mulai minggu depan.’ Dato’ Shukor memperkenalkan Fareez padaku. Aku mengangguk-anggukkan kepala tanda memahami.
‘Awak bawa dia berjumpa dengan Encik Zainal ye, ada apa-apa masalah terus sahaja bagitau dengan saya’ ujar Dato Shukor.
‘Baik Dato’’ aku menggamit Fareez untuk mengikutku.
‘Fareez, ada apa-apa masalah you bagitau sahaja dengan Intan Syuhada ni, semua nanti InsyaAllah boleh dibantu’ sambung Dato’ Shukor lagi.
Fareez tersenyum meleret, sengaja mengusik aku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2010 11:29 AM | Show all posts
‘Hai Fareez, lunch nanti I bawa you pergi tinjau kawasan sekitar ni nak?’ Suraya tersenyum simpul cuba menggoda Fareez. Dia sengaja menarik tangan Fareez menjauhi aku. Sebentar tadi, aku melalui bilik Suraya untuk ke tingkat bawah, ke bilik Pengurus Projek bagi sistem integrasi di Malaysia.
‘I ok saja, jom Intan?’ Fareez sengaja mengajak aku mengikutinya.
‘I dah kenyang lah, lagi pun nasi lemak pagi tadi masih belum habis lagi’ aku sengaja mengelak.
‘Err.. Dato’ minta I tunjukkan bilik En Zainal, Fareez akan ganti En Zainal.’ Sengaja aku lontarkan kata-kataku pada Suraya, dan aku tahu, sudah tentu Suraya yang akan mengganti aku menunjukkan bilik Encik Zainal.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2010 11:32 AM | Show all posts
x puas la liya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2010 11:54 AM | Show all posts
Post Last Edit by liya71a at 22-6-2010 11:55

Aku kembali ke tempatku. Sejak 5 tahun yang lalu, Dato’ Shukor memang suka memanggilku dengan nama panggilan Sue, padahal Suraya juga boleh dipanggil Sue, tapi Dato’ Shukor, sengaja memanggil nama Suraya dengan Sally, selayaknya dengan peribadinya. Aku pula jenis tidak kisah, tiada cik, tiada miss, panggilan mesra, Sue sahaja.

Dato’ Shukor selayaknya sudah berpencen. Usianya yang menjangkau 65 tahun, memang dia wajar duduk sahaja di rumah banglo yang indah bersama Datin Masriah. Namun dia tidak betah tinggal diam tanpa sebarang aktiviti. Anak-anaknya semua tinggal di luar negara. Boleh dikatakan kelima-lima anaknya menerajui anak syarikatnya di seluruh dunia. Along di Jordan, Timur Tengah, Angah di Jeddah, Arab Saudi, Uda di Sulawesi, Indonesia, Acik di Sri Lanka dan yang bongsu di Beijing, China. Masing-masing sudah bekeluarga, yang bujang hanyalah si bongsu di Beijing, China.

Aku mengenali anak-anak Dato’ Shukor pun melalui Miss Mary, pegawai HR di jabatan HR. Aku sendiri tidak pernah bertemu muka dengan anak-anak Dato’ Shukor. Sekretari sebelum aku dulu, Puan Zaimah ada juga memberitahu tentang anak-anak Dato’ dan cucu-cucunya. Kadangkala aku ada juga menghubungi Puan Zaimah. Orang sudah berpencen, memang ulang-alik ke masjid sahaja. Puan Zaimah hanya berada di rumah jam 1 tengahari dan 5 petang membawa ke malam, kalau tidak memang tidak dapat dihubungi, mengaji di masjid atau beraktiviti di balairaya. Sejak aku mengambil-alih kerja-kerja Puan Zaimah, hidupku sentiasa sibuk.

Dua tahun sebelum itu aku hanya menjadi penolong Puan Zaimah, hanya dengan kelulusan Diploma Sekretari sahaja aku memohon kerja dan kebetulan pula Puan Zaimah memerlukan penolong. Memang rezeki aku di sini. Dari budak kampong terus menjadi budak cyber. Sudah tujuh tahun aku menjadi pekerja Dato’ Shukor.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2010 12:13 PM | Show all posts
best citer baru, bykkan konflik baru excited nak baca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2010 12:36 PM | Show all posts
kalu free letak n3 bebanyak lagi k...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2010 01:52 PM | Show all posts
masih peringat awal tu cam keliru sikit dgn nama yg hampir sama
Intan Syuhada = Sue / Suraya = Sally
Liya teruskan permulaan yg menarik ni....
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2010 02:15 PM | Show all posts
jgnlah banyak sgt konflik..tak best nanti..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2010 05:10 PM | Show all posts
Bab 4: Sejauh mana gunung didaki, tinggi lagi cita-cita ini.

Usai solat Zohor, aku bingkas bangun dan mengemas-ngemas diri. Aku mencalit bedak nipis, dan lipgloss untuk mengelakkan kekeringan. Tidak lama kemudian, aku terdengar suara lelaki disebelah surau yang Cuma dibahagi dengan partition nipis. Lembut suara tersebut mengalun doa, merintih pada Allah swt. Terkedu aku sebentar.

‘Eh, suara macam biasa dengar je, ni mesti Fareez ni, sebelum ni tak pernah dengar pun staff lelaki berdoa lepas solat’ bisik hatiku.

Aku memulas tombol pintu, dan bergegas ke mejaku, tidak jauh dari surau kecil yang dikhaskan untuk staff. Baru sahaja hendak melangkah, aku tersandung karpet yang terkeluar dari lantai.

‘Aduhhh....!!!!’ bagai nangka busuk, aku tersungkur bersama beg berisi berus serta ubat gigi.

‘Eh eh... kenapa ni?’ tegur Fareez yang sama-sama keluar dari pintu surau lelaki disebelah. Dia menghampiri aku dan cuba memegang tanganku.

‘Tak de apa-apa, En Fareez, saya jatuh sikit je.’ Aku bingkas bangun. Cepat-cepat aku menyapu habuk di tanganku.

‘Betul ke?, kat mana awak simpan minyak angin, nanti saya ambilkan?’ ujar Fareez cuba membantuku.

Aku menggeleng kepala, walaupun perit rasa pergelangan tanganku. Walaupun aku tidaklah segemuk mana, tapi jika tersandung dan terduduk pula di atas tangan, sakitnya hanya Allah yang tahu.

Bergegas aku berjalan menuju ke meja lalu membuka laci ku. Fareez yang sedari tadi mengekor dari belakang, dengan pantas mengambil minyak angin yang ku keluarkan dari laci.

‘Ha.. mari I sapukan untuk you’ pelawanya

‘Err... tak boleh, saya nak sapu sendiri’ aku cuba merampas botol minyak angin tadi dari tangannya. Ishhh macam mana ni...

‘Baiklah, tapi kalau u perlu ke klinik, I boleh hantarkan’ lembut Fareez menghulurkan minyak angin tadi. Ku anggar, Fareez akan main tarik tali dengan ku tadi, tapi ternyata
anggaranku salah. Dia lebih sopan dan menghormatiku.

‘Eh, tadi En Fareez kata akan ikut Sally?’

‘Ha a, tapi Dato’ dah beri arahan pada Sally tadi, mintak dia uruskan client yang dekat Sg. Wang. Ada client tunggu Dato’ tapi dia tak sempat nak entertain. Jom lah kita makan, masa masih panjang lagi, baru jam 1:30 ni’ lembut ajakan Fareez.
Ingin sekali aku menolak pelawaan Fareez, tapi perut aku meronta-ronta seperti manusia yang kebuluran di Afrika pula. Eh tidak pernah aku begini.

‘Ok, boleh juga, tapi yang dekat bawah sahaja, saya nak cepat. Dato’ Shukor dah keluar, saya kena jawab panggilan’

Selesai makan, Fareez ingin membayar, tetapi aku menolak. Maknanya hari ini sudah kali kedua aku makan bersama orang yang baru ku kenali.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 10:29 AM GMT+8 , Processed in 0.296850 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list