CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: liya71a

Hidupku MilikMu

  [Copy link]
 Author| Post time 4-7-2010 09:39 AM | Show all posts
Aku dan Dia, adakah sama rasa?

'Mengekori you? Kenapa you rasa I mengekori you pulak?' tanya Fareez sambil menghirup air kelapa muda ais yang enak itu.
Sengaja aku mengajak Fareez duduk di bangku yang tersedia di bawah pokok rhu berdekatan kereta kami. Serasa tidak selesa pula kalau bercakap-cakap jika di pantau oleh kakak gerai tadi.
Aku sengaja menyoalnya tanpa berselindung lagi. Sengaja memerangkapnya dengan soalan yang dia mengekori aku. Mungkin aku pun semakin terasa mesra berada di samping Fareez.
'Iya, lah, takkan la secara kebetulan pula, berada di tempat yang sama pada waktu yang sama?' aku menembaknya lagi dengan soalan-soalan berupa perangkap.
'ooo I dah pasang GPS dekat kereta awak, sebab tu la I tau..' Fareez tertawa kecil. Tampannya dia. Dengan t-shirt putih dan jeans biru biasa. Memang iras Fahrin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-7-2010 09:40 AM | Show all posts
tak boleh sambung... kat kampung banyak kerja, nak pergi kutip buah-buahan mak metua... alahai malas nyaa.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2010 02:06 PM | Show all posts
tak boleh sambung... kat kampung banyak kerja, nak pergi kutip buah-buahan mak metua... alahai malas ...
liya71a Post at 4-7-2010 09:40


wah ! bestnya, sekarang di kampung musim buah apa ye
suka-suka......makan buah
hari jumaat hari itu, boss saya belanja makan buah durian, best sangat....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2010 03:10 PM | Show all posts
N333 nya mana mbah......... aku rasa ar ni mesti datuk syukur yang nak pinang intan untuk farezz
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2010 03:46 PM | Show all posts
Cerita bagus...
Jgn kecil hati or marah ni
pendapat saya tidak mempengaruhi sesiapa
klu blh jgn gunakan "aku"
confius aku watak utama selang seli dgn watak
sampingan yg lain.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2010 03:52 PM | Show all posts
liya.....kenapa saya rasa n3 yg terakhir ni mcm sambungan yg belah atas tu. yg tengah tu pulak masa fareez belum pegi kampung intan?ad
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2010 03:55 PM | Show all posts
aha la berbelit2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2010 04:04 PM | Show all posts
A ah dia belum pergi rumah intan yang atas ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-7-2010 04:05 PM | Show all posts
Cerita bagus...
Jgn kecil hati or marah ni
pendapat saya tidak mempengaruhi sesiapa
klu blh jgn ...
qimi08 Post at 4-7-2010 15:46


memang sepatutnya x guna aku, tapi dah terlanjur pulak first posting tu guna aku.. ok noted, peh ni x yah guna aku lagi hehehehe tq..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2010 04:12 PM | Show all posts
memang sepatutnya x guna aku, tapi dah terlanjur pulak first posting tu guna aku.. ok noted, peh ...
liya71a Post at 4-7-2010 16:05

Yelah intan tu x payah guna "aku" sbb liya dah masukkan watak
fareez, sally....dll
Kalau dari mula aku hingga habis mudah kita nak dapat feel...
bila keluar masuk aku ni cam keliru sikit ...
Blh dibaiki lagi liya masih peringkat awal...
teruskan menulis cerita liya menarik ... (ada cerita)
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2010 04:17 PM | Show all posts
tq... sebab sambung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2010 04:42 PM | Show all posts
ok terus gunakan aku untuk intan... liya rasa aku mmg lebih feel... mmm kena perbaiki for next novel kot...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2010 05:23 PM | Show all posts
Kelihatan kanak-kanak kecil bermain layang-layang bersama ibunya, barangkali berusia 8 tahun. Adik kecilnya sedang sibuk menguis-nguis pasir pantai. Terasa bebasnya berada di kawasan pantai.
‘Encik Fareez kata nak tengok layang-layang?’ aku sengaja menyoalnya, memecahkan kesunyian antara kami.
‘Ha ah, ingat kan nak beli satu bawa balik buat kenang-kenangan’ Fareez tersenyum meleret, seolah-olah cuba menggodaku.
‘Mmmm nak tanya sekali lagi, macam mana Encik Fareez boleh tahu saya ada di sini?’ soalku lagi, inginkan kepastian sebenar/
‘ I ikut rasa hati. I rasa tentu petang-petang yang damai begini you akan ke tepi pantai. Jadi selepas solat Asar tadi, I ada ternampak kereta you, jadi I ikut la kemari. Tak salahkan?’
‘Mmm okay’ aku menerima alasannya yang nampak tidak berapa kukuh. Ah.. apa lagi alasannya, dan aku pun tidak mahu tahu lagi. Terlalu banyak perkara yang harus aku fikirkan sekarang.
‘Satu perkara lagi, sementara I ada di KT ni, I nak minta nombor telefon you lah, sebab I nak you temankan pergi Pasar Payang esok pagi. Ada sesuatu yang I perlu carikan’ Fareez tersenyum lagi. Memang senyuman yang sangat memikat hati. Bayangkanlah Fahrin yang tersenyum disitu.
‘Agak-agaknya berapa lah umur Fareez ni.. Entah-entah sebaya dengan Fahrin kot. Nama pun hampir-hampir sama.’ Bisik hatiku.
‘Err,, you nak bagi ke, atau you nak tenung I lama-lama?’ Fareez sekali lagi menyengih.
‘Ohh,. Err..sorry.. Encik Fareez buat miss call kat nombor ni ye, 0123456789’, Tidak lama kemudian kedengaran lagi Ayat-ayat Cinta berkumandang dari dalam beg tanganku.
‘Ooo peminat Ayat-ayat Cinta ya? Best kan novel yang ditulis HES tu?’ tegur Fareez.
‘Ha a. Encik Fareez tau ye? Tak sangka la Encik Fareez pun baca buku HES?’ hatiku melonjak kegembiraan.
‘I memang peminat HES, semua karya dia I dah baca dan simpan, bukan perempuan je minat baca novel tau? Eh, you boleh tak jangan berencik-encik dengan I, sebab kat sini kan di luar pejabat?’
‘Err.. okay Fareez’. Aku tertunduk malu, malu dengan gelagat aku yang tiba-tiba sahaja bagai teruja bilamana mendapat tahu yang Fareez pun mempunyai minat yang sama denganku. Aku menyentuh butang save to contact pada iphone ku.
Langit petang semakin muram. Beberapa anak kecil yang bermain layang-layang sebentar tadi sudah mula beredar. Fareez membeli sebuah layang-layang kartun berbentuk Barbie. Bila di tanya untuk siapa, Fareez menjawab untuk anaknya. Aku sengaja tidak mahu menyoalnya lebih-lebih padahal hatiku membuak-buak ingin tahu tentang anaknya itu. Oh.. baru aku tahu yang Fareez sudah punyai isteri dan anak. Tetapi kenapa perlakuannya terhadap aku seperti masih bujang, seolah-olah cuba memikatku. Pada hal pada hemat aku yang baru mengenalinya seminggu dua, dia agak alim. Mungkin alim-alim kucing. Lelaki, memang tidak cukup dengan satu.
‘Fareez, saya nak pulang dulu, dah nak masuk maghrib dah ni’
‘Ye lah,  malam nanti I call you okay?’ Fareez tersenyum lagi. Hatinya senang, nombor telefon pun sudah diperolehinya, malam nanti ingin diajak Intan keluar mencari kedai makan yang sedap-sedap.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2010 05:26 PM | Show all posts
wah ! bestnya, sekarang di kampung musim buah apa ye
suka-suka......makan buah
hari jumaat har ...
mertua Post at 4-7-2010 14:06

buah duku, durian, rambutan... buah duku tu kena hb panjat naik pokok.
Akak tunggu kat bawah kutip buah jatuh.. sakit pinggang akak.. hurmmmm...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2010 05:32 PM | Show all posts
Terima kasih untuk n3 ni
sambil kutip and makan  buah sempat lagi letak n3 liya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2010 05:51 PM | Show all posts
Silaturahhim Indahnya terasa.
Usai solat Isya’ telefon ku menyanyi-nyanyikan lagu Rossa-Ayat-ayat Cinta. Memang aku sudah dapat mengagak tentu si Fareez yang menefon.
‘Assalamualaikum Intan, boleh I datang ke rumah you sekarang?’ suara Fareez disebelah sana kedengaran berlainan dari suara sebenar. Hatiku berdegup kencang bagaikan ingin membuak-buak rasanya terkeluar dari badan.
‘Waalaikumussalam. Boleh. Apasalahnya. Mama dan Papa ada di rumah. Papa baru balik dari surau tadi.’ Aku cuba mengawal suaraku supaya tidak kedengaran berdebar-debar.
‘Okay, kejap lagi I sampai. Sebenarnya tadi I follow kereta you, jadi I dah tau rumah you kat mana. I tinggal kat hotel Grand Continental ni, betul-betul depan rumah you. Rumah you yang warna biru tu kan? Dekat-dekat dengan MISC dan kilang papan tu?’
‘Betul lah tu..’ Ish.. Fareez ni memang betul-betul serius. Tapi aku, esok lusa mungkin akan dirisik seseorang. Hatiku makin tak keruan.
‘Ok, I sampai sekarang’ tuuutt..... kedengaran telefon diputuskan.
Aku keluar dari bilik dan menuju ke ruang makan. Kelihatan Mama sedang menyediakan nasi serta lauk masak singgang ikan tongkol bersama sambal belacan dan keropok kering. Sayur ulaman di sudut tepi lauk.
‘Ha, Intan, mari tolong mak angkat pinggan ni..’
Aku menurut dari belakang mama lalu mengambil pinggan dan mencedok nasi untuk papa. Aku duduk di sebelah papa, hampir tiada selera untuk makan.
‘Macam mana nak bagitahu yang Fareez nak sampai tak berapa minit lagi ni...’ bisik hati kecilku.
‘Err.. ma, pa, kejap lagi kawan Sue nak datang ke rumah’ baru sahaja habis ayat, loceng rumah berbunyi.
‘Mungkin dia dah sampai’ aku menyambung lagi.
‘Mmmm macam tu, ajak lah dia makan sekali dengan mama dan papa, boleh la kami berkenalan dengan kawan kamu tu’ papa yang baru hendak mencedok kuah ikan singgang terhenti seketika lalu bangkit dan membasuh tangannya.
Aku pun menurutnya, dan bergegas menuju ke pintu depan. Memang ternyata agakanku tepat sekali. Fareez dengan memakai baju melayu biru berkilat bersama songkok berpintal-pintal. Aku menjemput Fareez masuk ke dalam dan mengajaknya makan malam di rumah kami.
Apalagi, bersoal jawab lah dia dengan mama dan papa. Sesi makan bertukar menjadi sesi soal jawab.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2010 05:54 PM | Show all posts
suspen fareez... lulus ke idak ujian pertama ni...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2010 05:56 PM | Show all posts
best2.. thank for new n3.. nti sambung lagi panjang2 ye.. tak sabar da ni... excited..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2010 07:55 PM | Show all posts
Dari seremeh-remeh soalan hingga ke soalan paling penting. Soalan adakah Fareez sudah berpunya. Yang ini lah soalan yang aku tunggu-tunggu akan jawapan dari Fareez. Adakah dia akan mengaku, Jika iya jawapannya, maka apakah kisah sebenar di sebalik jawapan ya tersebut.
‘Fareez, kamu ni masih bujang lagi ka ataupun sudah beristeri?’ terus-terang papa menyoalnya selepas makan malam. Sambil menunggu aku membawa minuman panas serta kek cawan perisa coklat yang sempat ku bakar pagi tadi.
Muka Fareez tetap tenang. Aku sangkakan dia akan rasa serba-salah, tetapi dia tenang sahaja menjawab.
‘Saya sebenarnya sudah beristeri tetapi jodoh tidak panjang. Saya berkahwin ketika belajar dahulu, anak saya sekarang sudah berumur 5 tahun. Di jaga oleh kedua orang tua saya, ketika saya  keluar bekerja. Saya yang membesarkan anak saya sejak bayi.’ Terus-terang juga Fareez menjawab. Dengan nada yang tenang dan penuh gentleman. Aku melihat papa dan mama mengangguk-angguk sambil tersenyum. Ketika mereka sedang bersantai di ruang tamu sambil minum kopi yang aku sediakan.
Sessi pengenalan selesai setelah jarum jam menganjak ke angka sebelas. Tidak aku sangka Fareez pandai mengambil hati kedua mama dan papa ku. Papa seperti biasa, sifatnya memang peramah. Bekas polis lah katakan. Soalan seperti menyoal orang salah pula lagaknya. Aku pula sengaja menyembunyikan diri di dalam bilik, seolah-olah anak dara pingitan yang sedang dirisik orang. Padahal, yang akan datang merisik ku ada lah kawan papa dan mama. Itu pun yang akan datang dalam dua hari lagi. Hari Rabu.
‘Intan, ku kesepian...’ tiba-tiba muncul sms dari Luqman terpapar di skrin iphoneku.
Luqman, bagaikan dapat menghidu tentang hatiku ini. Hubungan Luqman dengan aku, bagai kan adik dan abang. Dia tidak punya keluarga, dia anak yatim piatu sejak kecil. Mungkin sebab itu aku mempercayainya dan rapat dengannya sejak kecil. Hadiah iphone ini pun bukan diberi secara terus padaku, tetapi dihantar oleh courier kepadaku. Pengajian nya dalam bidang kedoktoran mungkin akan mengambil masa lebih panjang dari yang di jangkakan. Dalam email yang dihantar kali terakhir dia ada mengatakan akan pulang dalam setahun lagi, selepas pembentangan tesis yang terakhir. Australia bukan lah dekat. Tambahan pula di kepulauan Tasmania.
Aku segera membalas sms nya. ‘Sudah tidur Luqman, selamat malam...’ sengaja aku tidak memanjangkan bicara. Biasanya aku akan terus online apabila mendapat sms dari Luqman. Tetapi hari ini tidak, aku terasa bahagia bercampur runsing. Bahagia tentang Fareez, runsing bagaimana mahu melayan Luqman dan berterus terang dengannya, runsing dengan apa kah yang akan datang dalam masa dua hari lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2010 08:18 PM | Show all posts
thanx..nasib baik ada citer yg syok camni..
at least kurang skt rasa boring hjg minggu ni..
teruskan post n3..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.068086 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list