CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Adilla

DIA (Nyanyian dari Fauziah Latiff)

  [Copy link]
Post time 28-8-2010 04:06 PM | Show all posts
BESTNYA TQ 4 THE N3.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2010 06:43 PM | Show all posts
sambil tunggu berbuka check line kejap...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2010 08:38 AM | Show all posts
ingat ada n3 pagi nie.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2010 08:50 AM | Show all posts
salam pagi semua...
bestnya dah ada n3...
cian yasmin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2010 05:26 PM | Show all posts
BAB 12

Hampir tiga bulan aku disini. Membawa hati yang lara dan mengepung rindu agar tidak tertumpang dan diketahui orang. Kadang kala ada terbabas juga tetapi cepat aku tersedar akan tekad ku yang satu. Untuk memberi kebahagian kepada orang tua ku. Bila malam, kesunyian itu benar-benar ingin menduga hati dan perasaan ini. Sesekali tertanya-tanya juga hati ini perihal orang disana. Apa khabar agaknya abang Zamrie? Bagaimana dengan dirinya bila tidak dapat menghubungi ku. Mesti jejaka itu jadi tidak tentu arah dan tidak duduk diam. Mesti risau tentang diri ini. Bayangkan sejak tiga bulan ini jejaka itu tidak mengetahui dimana dan bagaimana keadaan diri ku. Nombor telefon telah ku tukar. Hanya Kelly, Ah Fai dan keluarga aku saja yang ada tidak orang lain termasuk mak ngah. Takkan abang Zamrie nak bertanya dengan abah dan mak. Lainlah kalau dah tak ada cara lain. Yang pasti jejaka itu hanya tahu aku ada di Penang. Kerana berita aku berkerja di Penang sudah heboh dikampung. Mesti singah sedikit berita ku di telinganya. Maafkan Min bang. Min terpaksa ambil jalan ini agar hati kita tidak terdera. Biarlah abang salahkan Min buat masa ini tetapi jika abang kaji lebih mendalam, abang akan berterima kasih pada Min. Bukan senang aku hendak membuang jejaka itu dari hidup ku.  

“Hai darling!” terkejut aku bila disergah begitu. Mesti tak lain tak bukan mamat yang suka mengusik aku tak kira dimana.

“Apa darling-darling.” Jeling ku geram. Sudah banyak kali aku warning anak orang ni supaya jangan sedap-sedap mulut je nak panggil orang.

“Alah darling, kenapa masam je muka ni. Penat tau baru balik, tengok muka darling macam ini.” Sekali aku menjeling. Bengang betul dengan orang tak tahu bahasa. Pen merah ku capai dan terus menulis tanpa menghiraukan mamat tak tahu bahasa.

“Darling! Kenapa ni? Pandanglah I.” suara tu semakin dekat dan seketika kemudian sekujur tubuh berdiri di sebelah ku.

“You jangan main-main kat sini Erwin. I banyak kerja ni.” Keras aku berkata.

“Darling marah I ke?” wajah anak orang ni betul-betul depan muka ku bila tubuhnya dibongkokkan dan tangannya menongkat dagunya. Matanya sengaja dikelip-kelip.

“You ni, tak faham-fahamkan. Dah berapa kali I cakap jangan panggil I ‘darling-darling’.” Luah ku bersama-sama rasa geram ku.

“Lahh…marah ke? Suka hati I lah nak panggil you darling ke apa ke?” anak orang ni mula menganas suaranya.

“Malaslah nak layan you.” Akhirnya aku mengalah. Dari aku melayan Si Erwin ni lebih baik aku siapkan kerja yang di beri oleh Mr.Fai. Untuk pengetahuan, aku telah diletakkan dibawah si Mr. Fai kekasih Kelly. Erwin ni merupakan rakan sejawat ku. Perangai yang gila-gila sering membuat aku pening kepala. Apatah lagi suka sangat memanggil dengan gelaran darling. Kalau didengar aweknya mungkin tak cukup tanah aku nak lari. Tetapi hingga sekarang Erwin tak pernah menyentuh tentang buah hatinya. Entah ada entah tidak. Satu saje yang membuat aku senang dengan Erwin. Walaupun ada sikit mereng, dia tetap hormat aku sebagai wanita. Tidak sekali gurauannya melampaui batas atau tangannya melebihi dari kata-katanya.

“Janganlah marah darling. Jom temankan I makan. Laparlah.” Pujuk Erwin bila melihat aku sudah mengalah dan tidak mahu melayannya.

“You ni dah gila ke?” akhirnya kata-kata itu keluar juga walau penat ku tahan.

“Darling! Kenapa cakap begitu dengan I. Sakit hati tau.” Suara Erwin menjadi kendur. Merajuk.

“Habis tu you tahukan time ni time apa?” sengaja aku menekan pada ayat tersebut. Tak kan Erwin ni tak tahu masa lunch pukul berapa. Sedangkan dia lagi lama dah berkerja disini.

“Tau, tapi darling I laparlah. Tadi tak sempat nak makan terus je balik sini.” Adu Erwin. Kasihan pula aku melihat mimik mukannya.

“Iyerke, alah ciannya dia.” Pujuk ku sambil tertawa. Aku membuka laci dan mengeluarkan sepaket biskut lemak dan menyerahkan pada Erwin.

“Makan ni dulu, nanti petang I teman you makan.Okey!” senyum ku untuk memujuk dia.

“Janji darling?” sekali Erwin bertanya.

“I boleh janji tapi jangan sebut perkataan itu.” Syarat aku untuk menemani kawan ku ini.

“Okeylah. Janji tau darling.” Pintanya sambil melangkah dengan biskut ditangan.

“Erwin!!!” jerit ku geram dan lelaki itu tertawa sambil mengenyet mata kirinya. Aku hanya mampu mengeleng kepala dan menyambung tugasan yang terbengkalai tadi.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2010 06:32 PM | Show all posts
sweet la erwin ni... mcm best je klo dia ngan min..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2010 07:00 PM | Show all posts
comelnyer erwin ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2010 08:13 PM | Show all posts
sweet la erwin ni... mcm best je klo dia ngan min..
pura Post at 30-8-2010 18:32



    erwin ni memang sweet, insan yang benar wujud. kak sya saje letak karaktornya disini. tadi masa kak sya bt cerita ni dan bagi erwin baca. tergelak besar jadinya. bagaimana perangainya disini begitulah jua dia di tmpt kat sya...klu teringin blh edjust..hehehe...handsome n cool..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2010 10:16 PM | Show all posts
Erwin suka pada Yasmin kot ...
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2010 04:43 PM | Show all posts
erwin ni memang sweet, insan yang benar wujud. kak sya saje letak karaktornya disini. tadi ...
Adilla Post at 30-8-2010 20:13



   tak sangka wujud orang mcm erwin ni... sy suka... klo dia ngn min dlm cte ni pun sy suka bangat.. sian min...

alamak kak syah nk adjust real erwin kat sy ye?? owh.. sy ok je.. hhahahaa
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2010 10:01 PM | Show all posts
wah..hero baru dah muncul nie....hehehe,
sambung lagi yer..................
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 10:32 AM | Show all posts
kak sya nak lagi hehehe.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 03:54 PM | Show all posts
sukanya erwin...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 04:08 PM | Show all posts
harap hati min terubat  dengan kehadiran erwin....
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 10:43 PM | Show all posts
ari nie tak der N3 ker....................
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2010 09:25 AM | Show all posts
kalako YASMIN kena usik ngan ERWIN...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2010 01:24 AM | Show all posts
salam sume..

pura kat sini nak ucapkan selamat hari raya dan memohon maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang bergebang di WR.. tak lupa jugak wish u all selamat bercuti..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 10:11 AM | Show all posts
salam n morning sume..
ronda2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2010 10:34 AM | Show all posts
salam pura..tak cuti ke dik??
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 11:23 AM | Show all posts
salam pura..tak cuti ke dik??
Adilla Post at 15-9-2010 10:34



   salam kak..sy tgh cuti lagi... isnin ni baru mula keje..
akak selamat hari raya.. balik kg ker?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.956975 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list