CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Adilla

DIA (Nyanyian dari Fauziah Latiff)

  [Copy link]
 Author| Post time 8-7-2010 01:37 PM | Show all posts
Post Last Edit by Adilla at 8-7-2010 20:53

BAB 2

Ombak menghempas pantai melekakan aku. Setiap gerakannya pasti mata ini akan mengikutinya. Tidak pernah lalai walau sekali. Aku tenggelam dalam melodi ombak yang mencintai pantai sentiasa. Tetap setia walau pantai sering mengubah rasa.

“Min! Kenapa diam je ni.” Suara garau itu memecahkan melodi ombak yang sedang bernyanyi di telinga ku.

“Ehhh…tak ada apa-apalah bang. Min tengah tengok ombak ni. Bagaimana kuasa Nya mencipta dan tanpa perlu kita sebagai manusia mengerakkannya sentiasa.” Luah ku tentang kejadian Yang Esa.

“Ohhh! Ingatkan Min tengah fikir pakwe lain.” Usiknya selamba.

“Siapalah yang hendakkan Min ni bang. Rupa tiada harta jauh sekali.” Jawab ku sambil melihat seorang kanak-kanak sedang berusaha untuk menaikkan layang-layangnya. Berusahalah wajah anak dan dengan rasa itulah akan menjadikan kau bersemangat untuk terus berjuang dan berjuang.

“Abanglah!” selamba lelaki itu berkata. Dada terasa bagaikan dipalu. Rentaknya sudah berlagu. Apakah benar yang terbit dari bibirnya. Walaupun kadang kala bicaranya seakan menyentuh perasaan tetapi sering aku menidakkan. Bukan kerana tidak suka tetapi aku tidak mahu terlalu megah dengan kesudian jejaka ini menyayangi ku kerana aku takut terleka dan andai jodoh tidak kesampaian aku akan jatuh hancur.

“Abang cakap apa dengan mak masa nak minta bawa Min keluar?” sengaja aku memesongkan perbicaraan agar wajah yang sedikit tidak yakin tidak ketara sangat.

“Abang terus jumpa abah. Waktu abang sampai abah dan mak Min sedang berbual di tangga depan. Nasib baik abah Min sporting kalau tidak mesti abang pulang dengan hampa.” Jawab abang Zamrie tenang.

“Dia orang ada cakap apa-apa tak?” aku mencungkil rahsia takut ada yang tidak kena kerana dari wajah abang Zamrie bagaikan ada yang tersirat.

“Tak adalah. Biasa saja borak dengan abang. Kenapa?” Abang Zamrie memandang ku telus. Aku tidak tahu hendak berkata apa kerana setiap kali pandanga kami bersatu, lidah aku mesti menjadi kelu.

“Tak, saja je Min tanya.” Akhirnya aku pula menjawab. Kami tenggelam dalam kebisuan. Melayan apa yang difikirkan.

“Bang!” ingin ku suarakan rasa hati ini setiap kali kami datang ke sini.

“Ermm…” sekali lagi lelaki ini memandang ku.

“Min nak tanya boleh tak?” aku meminta kebenaran. Sudah menjadi kebiasaan ku jika hendak bertanya mesti aku minta kebenaran dahulu.

“Tanyalah, apa saja Min nak tanya.” Jawab abang Zamrie sambil memandang ku sekilas.

“Kenapa abang suka sangat datang kat pantai Tanjung Bidara ni? Kat kampung kita pun ada pantai juga. Pantai Pengkalan Balak dan Teluk Gong.” Tanya ku penuh perasaan. Lama lelaki itu diam.

“Pantai ni tak sama dengan kat sanalah Min.” jawab abang Zamrie.

“Sama saja lah. Ada pasir, ada ombak.” Tukas ku tidak setuju dengan kata-kata abang Zamrie.

“Bagi abang, pantai ini penuh dengan keindahan dan kenangan. Min ingat tak first time abang bawa Min keluar. Masa tu kita naik motor dan abang tak ada kereta. Anak-anak mak long pun ikut sama. Abang angkut seorang demi seorang. Berapa kali abang buat U turn dari kampung kita hingga ke sini. Dah macam prebet sapu pulak.” Terang abang Zamrie.

“Iyerlah! Min kasihan tengok abang tetapi kalau nak sewa teksi pun kita tak lepas. Bayangkan anak mak long dah lima orang. Campur abang dan Min jadi tujuh kan.” Ketawa lepas ku bila terkenang kenangan itu. Memang kelakar pun ada. Iyalah abang Zamrie dengan gigihnya berulang alik untuk membawa aku dan anak-anak mak long berjalan. Ketika itu mak kepada mak ngah hanya mengeleng kepala melihat perangai abang Zamrie. Tetapi keluarga Mak Long dah berpindah ke Perlis. Mengikuti Pak Long yang berkerja sebagai askar bertukar ke sana. Sejak itu tinggal aku dan abang Zamrie saja yang berkawan.

“Masa tu abang ada keberanian sikit nak ajak Min keluar. Ingat abang nak jadikan Si Pah sebagai mangsa untuk dapat kebenaran bawa Min keluar tetapi tak sangka abang pula yang menjadi mangsa. Dah terbalik.” Pecah ketawa abang Zamrie. Terlalu teratur mengalunkan rasa gembiranya.

“Rindu sangat dengan diorang.Kan bang!” luah ku sambil melihat awan berarak tenang.

“Memanglah. Sebab tu lah abang suka datang sini. Setiap kali kedatangan abang kesini akan abang tambah dengan kenangan demi kenangan. Biar padat segalanya. Biar tiap ceruk di sini penuh dengan kenangan kita. Walau usia dan jasad kita berubah mengikut masa tetapi kenangan itu tetap akan kekal selama-lamanya. Dan abang harap Min tidak lupakan kenangan kita setiap kali kita datang ke sini. Okey!” janji dipinta dan aku hanya mengangguk mengiyakan segalanya.

“Jom kita pergi makan nak.” Ajak abang Zamrie sambil bangun dari kerusi yang disediakan ditepi pantai itu. Suah agak lama kami di sini. Kanak-kanak tadi sudah berjaya menaikkan laying-layangnya dan ketawa gembira mekar dibibirnya.

“Abang nak makan kat mana. Balik rumah sajalah.” Usul ku.

“Kita makan kat Port Dickson. Ada gerai yang sedap makanannya.” Terang abang Zamrie. Langkahnya menghampiri ku yang sedang duduk. Aku hanya mendongak menyambut pandangan darinya.

“Jauhnya! Tak ada tempat yang lagi jauh ke?” sindir ku tidak puas hati. Iyalah buang masa saja nak kesana.

“Ada! Kalau Min setuju abang boleh bawa bila-bila masa.” Usiknya dan terus menatap wajah ku. Bagaikan tidak puas rasa hatinya menyapu segala bentuk-bentuk di wajah ini.

“Kat mana?” tanya ku tidak sabar.

“Kat Siam, boleh terus nikah.” Jawabnya bersama gelak ketawanya. Aku terasa dipermainkan dan tangan ku segera mendarat di lengannya. Menyeringai jejaka itu bila aku menyakitinya.

“Maaf bang!” aku termalu kerana perbuatan itu dalam tidak sedar.

“Takpe, lain kali kalau dah halal abang tak bagi Min cubit abang tetapi abang yang akan cubit Min dengan kasih sayang abang. Sesekali abang keluar dengan Min, abang teringin bawa Min jalan-jalan ke tempat yang jauh sikit dari kampung kita ni. Biar rasa rindu abang terubat sikit. ”ujarnya tenang. Tahap rasa malu bertambah dua ratus peratus dan akibatnya aku hanya tunduk membisu.

“Dah, jom!” ajak abang Zamrie dan kami melangkah ke kereta Honda Accord berwarna silver itu. Kereta kebanggaanya setelah bergelar Chef Manager. Hasil titik peluhnya selama ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2010 01:52 PM | Show all posts
ater...apa lagi memalu Min.......

dulu selalu lalu pangkalan balak, dan suka tengok keadaan laut pagi2...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 02:03 PM | Show all posts
nk lagi.. tak cukup ni..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 02:47 PM | Show all posts
Reply 61# Adilla


Sya...soalan aku....berapa banyak kotak tisu aku perlukan tuk cite ko ni?...adoi..ramainya buat cite sedih....
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 03:14 PM | Show all posts
ater...apa lagi memalu Min.......

dulu selalu lalu pangkalan balak, dan suka tengok keadaan laut  ...
detox Post at 8-7-2010 13:52


malu tapi mau....
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 03:35 PM | Show all posts
nak n3 lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2010 03:48 PM | Show all posts
Reply  Adilla


Sya...soalan aku....berapa banyak kotak tisu aku perlukan tuk cite ko ni?...adoi ...
kaypo Post at 8-7-2010 14:47



    Kay jgn takut sat lg adalah tokei tissue yg muncul.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 04:59 PM | Show all posts
wah.... ada ceta baru....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2010 05:25 PM | Show all posts
haku nak jadi tokei tisu lah...
dah ramai bersedia nak menangis...

Sya, part nangis ni lambat lagi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 05:49 PM | Show all posts
nak n3 lagi.. plzzzz
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 06:30 PM | Show all posts
dilla, apsal dah PORK DICKSON  bukan Port Dickson?  
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 06:41 PM | Show all posts
Reply 71# tudung_bawal

TB...........jari tersilap tekan tu.
dia tertekan huruf kat tgh padhal 't' dkt atas
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 08:14 PM | Show all posts
nk lagink lagink lagink lagink lagink lagink lagi
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 09:28 PM | Show all posts
Reply 55# Adilla

Oh best nyer..
Biler kuar kak?
nanti jgn lupa war2kan yer...
tak sabar nak tau ending dia...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2010 09:33 PM | Show all posts
dilla, apsal dah PORK DICKSON  bukan Port Dickson?
tudung_bawal Post at 8-7-2010 18:30



    alamak! salah tekanlah...tu lah bila tangan berjalan dan bibir berkata-kata. Mata hanya memandang tv untuk melihat perkembangan semasa. Maaf ek kawan2 tp sya dah betulkan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 09:34 PM | Show all posts
akak...
smbg lagi.. tak cukup nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2010 10:55 PM | Show all posts
supper tak ada entry ke
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 11:19 PM | Show all posts
supperdek elek !

esok kot Sya tempek ...kan sya kan
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 07:19 AM | Show all posts
morning sume...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 08:27 AM | Show all posts
morning sume...
pura Post at 9-7-2010 07:19



    morning....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.094322 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list