View: 3098|Reply: 1
|
Rekacipta@MKST: Kawasan keselamatan
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by dauswq at 9-8-2010 12:47
Pada siri 47, kita telah menghasilkan garisan elektrik. Dengan mengaplikasikan ciptaan daripada siri 47 ini, kita juga boleh membina kawasan keselamatan terutamanya untuk menghalang serangga, binatang atau penceroboh daripada memasuki kawasan rumah.
Sudah tentunya kita akan berasa lebih selamat dan tidak berasa bimbang dengan kehadiran perkara-perkara yang tidak diingini.
Alatan yang digunakan :
1. Cat aluminium
2. Habuk aluminium/besi/tembaga
3. Bateri 12V
4. Flasher
5. Coil ignition kereta
6. Wayar
Langkah-langkah :
1. Ulang langkah-langkah seperti yang di terangkan pada siri 47 iaitu garisan elektrik.
2. Sambungkan wayar di antara garisan cat dan coil ignition kereta.
Seterusnya wayar disambungkan dari coil ignition kereta ke flasher yang akan berkelip sekiranya berlaku renjatan.
Sambungkan pula wayar pada flasher ke terminal positif (+) bateri.
3. Seterusnya wayar negatif (-) pula disambungkan terus dari bateri ke coil ignition kereta seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah.
4. Apabila garisan cat ini dipijak, sedikit renjatan akan berlaku. Selamat mencuba.
gmbr hiasan*
SUMBER: Utusan Melayu
|
|
|
|
|
|
|
|
sape2 yg tak tahan gigit nyamuk, bolehlah try
dulu ade research guna daun serai tuk menghalang kemasukan nyamuk..
effiesien tak? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|