View: 371|Reply: 1
|
[Sarawak]
[ informasi ] Tak perlu isi ENTERSARAWAK lagi
[Copy link]
|
|
Kemasukan ke Sarawak dari Negeri lain ( Malaysia )
Individu yang lengkap vaksinasi COVID-19 dan ingin memasuki Sarawak:
✓ Tidak perlu membuat permohonan melalui EnterSarawak
✓ Perlu mengisi e-Health Declaration Form (eHDF)
✓ Tidak diwajibkan menjalani saringan COVID-19 sebelum memasuki Sarawak.
✓ Wajib memiliki bukti status ‘Lengkap Vaksinasi’
✓ Wajib memiliki status ‘Risiko Rendah’ atau ‘Kontak Kasual Tidak Bergejala’ sahaja dalam aplikasi MySejahtera
✓ Pemeriksaan MySejahtera akan dibuat sebelum individu dibenarkan menaiki
pesawat/bot penumpang atau di ICQS
Individu yang tiada / tidak lengkap divaksin dan ingin memasuki Sarawak:
✓ Wajib membuat permohonan melalui EnterSarawak
✓ Perlu mengisi borang e-Health Declaration Form (eHDF)
✓ Wajib membuat saringan ujian rt-PCR atau RTK Antigen (swab) dalam tempoh 3 hari sebelum memasuki Sarawak (keputusan ujian self-test kit tidak diterima)
✓ Wajib memiliki status ‘Risiko Rendah’ atau ‘Kontak Kasual Tidak Bergejala’ sahaja dalam aplikasi MySejahtera
✓ Pemeriksaan MySejahtera dan EnterSarawak akan dibuat sebelum individu dibenarkan menaiki pesawat/bot penumpang atau di ICQS
✓ Menjalani kuarantin di rumah/stesen kuarantin selama 10 hari (Tertakluk kepada penilaian risiko oleh Pegawai Kesihatan)
Nota:
Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun perlu membuat saringan COVID-19 sekiranya memasuki Sarawak bersama ibubapa atau penjaga yang tiada/ tidak lengkap vaksinasi.
Kemasukan ke Sarawak dari Luar Negara
Pengembara dari luar negara yang memasuki Sarawak:
✓ Wajib membuat permohonan dalam EnterSarawak
✓ Perlu mengisi e-Health Declaration Form (eHDF)
✓ Membuat saringan ujian rt-PCR dalam tempoh 3 hari sebelum memasuki Malaysia
✓ Hanya pengembara dari luar negara yang memiliki status ‘lengkap vaksinasi’ dibenarkan untuk ‘transit’ ke Sarawak dalam tempoh 24 jam
✓ Tempoh kuarantin adalah 7 hari (dari tarikh kemasukan ke Malaysia) bagi pengembara yang lengkap divaksin.
✓ Tempoh kuarantin adalah 10 hari (dari tarikh kemasukan ke Malaysia) bagi pengembara yang tiada atau tidak lengkap divaksin.
✓ Tempat kuarantin adalah di stesen kuarantin yang ditetapkan
✓ Pengembara dari luar negara wajib melaporkan sejarah perjalanan kepada petugas di lapangan terbang. Kegagalan berbuat demikian boleh diambil tindakan
undang-undang.
Keputusan berkuatkuasa bermula dari 18hb Oktober 2021
*Untuk maklumat lengkap berkenaan dengan proses kemasukan, sila rujuk SOP Kemasukan ke Negeri Sarawak.
Keputusan ini dibuat oleh JPBN Sarawak selaras dengan hasrat Kerajaan Sarawak bagi mempermudahkan urusan kemasukan ke Sarawak. Namun, seperti yang telah dihuraikan oleh JPBNS dalam kenyataan media pada 13 Oktober 2021, tujuan polisi saringan sebelum kemasukan ke Sarawak selama ini adalah untuk mengurangkan risiko penularan dalam pesawat. Pada masa yang sama, kita tidak mahu menambahkan risiko penularan di komuniti kerana ini akan membebankan fasiliti kesihatan Sarawak.
Dengan pemansuhan saringan bagi mereka yang lengkap vaksinasi sebelum kemasukan ke Sarawak, JPBNS berharap semua individu memainkan peranan dalam melindungi diri dan keluarga masing-masing. JPBNS sedia maklum bahawa sebanyak 77.3% daripada kes baru harian yang dilaporkan di Sarawak pada bulan Oktober 2021 merupakan dewasa yang telah lengkap vaksinasi. Seramai 64.5% kes kematian yang dilaporkan dalam bulan Oktober juga telah lengkap vaksinasi. Ini bermakna walaupun vaksinasi adalah efektif dalam mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 serta kematian akibat COVID-19, jangkitan masih boleh berlaku dan risiko kematian tetap ada terutamanya bagi warga emas, mereka yang tidak layak menerima vaksin serta mereka yang mempunyai ko-morbid.
Dengan kelonggaran yang diberikan, risiko penyebaran di komuniti mungkin meningkat. JPBNS amat menggalakkan semua individu menjalani saringan kendiri sebelum memasuki Sarawak, walaupun ianya bukan satu keperluan mandatori bagi mereka yang lengkap vaksinasi. Sekiranya mempunyai sebarang gejala sepanjang tempoh berada di Sarawak, jalanilah saringan sama ada menggunakan self-test kit ataupun membuat saringan di fasiliti kesihatan terdekat.
JPBNS menyeru semua individu di Sarawak agar sentiasa mematuhi SOP, termasuklah memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam, mengamalkan penjarakan fizikal serta mempraktikkan amalan kebersihan diri.
Jadilah warga yang bertanggungjawab demi melindungi ibubapa, adik-beradik, saudara serta rakan-rakan anda di Sarawak.
Stay Vigilant, Stay Safe, Stay Healthy, Save Lives
Jaga Sarawak, Intu Sarawak
SEKRETARIAT
JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI SARAWAK
16 OKTOBER 2021
6.35 PETANG
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|