CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 390|Reply: 0

[Sarawak] SK Orang Kaya RM42.7 juta siap 2024

[Copy link]
Post time 17-10-2021 03:42 AM | Show all posts |Read mode
BINTULU: Pembinaan bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Orang Kaya Mohammad baharu yang bernilai RM42.7 juta dijangka siap pada Februari 2023.

Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip berkata, projek di tapak seluas tiga ekar itu bakal memberikan keselesaan di samping menangani masalah kesesakan.

Menurutnya, disebabkan pembangunan yang pesat dan tapak lama tidak sesuai susulan ia terletak di tengah pusat bandar, kesesakan lalu lintas terutama pada waktu puncak sering berlaku.

Oleh itu, beliau yakin bahawa murid-murid dan pihak sekolah dapat meneruskan sesi pembelajaran dan pengajaran dalam suasana yang lebih selesa apabila bangunan sekolah itu siap.

"Pada peringkat ini, bangunan baharu sekolah ini berada pada tahap 30 peratus siap," katanya kepada pihak media semasa meninjau perkembangan pembinaan SK Orang Kaya Mohammad yang baharu semalam.

Difahamkan, projek itu merangkumi bangunan empat tingkat dan blok mengandungi 30 bilik pentadbiran dan akademik, enam bilik darjah untuk PKI, satu blok bangunan dua tingkat untuk kelas pra sekolah, satu blok kantin, padang sukan berbumbung, pondok pengawal, rumah sampah dan sebagainya.

Turut hadir pada tinjauan itu ialah Pengurus besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Datu Muhammad Yakup Kari dan Penolong Pegawai Tadbir Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu, Mohamad Saufi.



credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.087231 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list