View: 1264|Reply: 13
|
Mathni Razak Ditipu Penyewa, Dikejar Oleh Lintah Darat
[Copy link]
|
|
Mathni Razak membuat laporan polis terhadap individu yang melakukan penipuan terhadapnya baru-baru ini.
Mathni ketika dihubungi berkata, penipuan membabitkan bilik yang disewakannya di Kajang itu menyebabkan dia terpaksa menanggung kerugian beberapa ribu ringgit.
 Foto: IG
"Saya dah buat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada Jumaat lalu. Individu itu menipu saya dan isteri, kononnya meminta kami menyediakan ruang dan kelengkapan seperti katil dua tingkat, loker, dapur, WiFi dan sebagainya untuk 10 penyewa.
"Namun, selepas kami keluarkan duit dan siapkan semua kelengkapan, tak ada penyewa pun yang masuk dan dia yang sempat menyewa selama dua bulan di situ juga melarikan diri.
"Lebih parah, dia juga membuat pinjaman daripada 'lintah darat' (ceti haram) dan saya pula yang dihubungi oleh 'lintah darat' itu yang menuntut hutang dibuatnya," katanya kepada Harian Metro.
Menurut Mathni, individu itu juga menyamar sebagai pegawai polis dan kononnya berpindah dari Ipoh, Perak ke IPD Kajang.
"Apabila saya dan isteri ke IPD Kajang, kami bertanya sama ada dia adalah pegawai polis yang bertugas di situ. Namun, tidak wujud.
"Apabila diselidik, dia adalah bekas pengawal keselamatan yang menyamar sebagai pegawai polis," katanya.
Terdahulu, individu itu menghubungi isteri Mathni untuk berbincang mengenai sewa bilik.
" ada awalnya, individu ini menghubungi isteri saya dan memaklumkan bahawa dia ingin menyewa premis kami untuk 10 rakan-rakannya.
"Dia meyakinkan kami bahawa dia adalah pegawai polis dan kami juga tidak mengambil bayaran pendahuluan memandangkan turut meletakkan kepercayaan kepadanya.
"Namun, selepas beberapa bulan, tidak ada penyewa pun yang datang. Malah, dia pun masuk menetap di bilik yang disediakan itu selama dua bulan. Setiap kali meminta bayaran sewa, dia akan beri pelbagai alasan yang tak masuk akal," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Hmm bertabahlah. Lenkali mintak duit dulu baru siapkan semuanya. Haa kan dah rugi |
|
|
|
|
|
|
|
Hanya kerana dia mengaku dia pegawai polis.
Scammer di mana-mana ya. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni siapa?  |
|
|
|
|
|
|
|
Jap, ini ialah siapa?
Retis kah?
Awat nama n muke aku x kenal langsung |
|
|
|
|
|
|
|
bab x amek deposit dulu ak x kisah sgt, sbb ada je kes betul2 terdesak, dh kerja br dpt byr sewa bilik. tp ak x fhm apsal ahlong nk kejar tuan rumah pulak, yg pinjam penyewa. |
|
|
|
|
|
|
|
jgn percaya even dia kata di apeg polis yg btl2 bukan menyamar sekalipun.
bba duit jgn dibuat main.
btw dia ni berlakon cter ape ek pernah nmpk dia blakon tp x sure cte ape.. |
|
|
|
|
|
|
|
ala komen hilang plk..
jgn percaya sapa2 bab duit niiii
btw dia blkaon cter ape ek pernah tgk tp ingat2 lupa |
|
|
|
|
|
|
|
heols sewakan rumah jenis apa yach dpt 10 orang sekali duduk? teres 4 bilik ke |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan gosip antarabangsa tadi |
|
|
|
|
|
|
|
Whoisyuhhhhhhh dam bertabahlah |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik iols tak jadi couple dengan heols time dulu2 sebab iols kurang gemar dgn bulu buluan xD |
|
|
|
|
|
|
|
sambaldurian replied at 18-10-2021 01:19 PM
bab x amek deposit dulu ak x kisah sgt, sbb ada je kes betul2 terdesak, dh kerja br dpt byr sewa bil ...
Along tu sbb dia tau alamat umah ni...jgn main2 dgn along...org yg pinjam dorg x dpt habis owner jadi mangsa sbb alamat..aku ada baca kes yg pembeli umah diganggu along sbb owner lama pinjam duit...dibaginya alamat umah tu...dia gi byk kali kat along tersebut bgtau owner lama dah xde tup2 along lain plak dtg...kesian gila..mamat yg buat onar tu cina...ada terbaca kes gini dulu |
|
|
|
|
|
|
| |
|