CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3913|Reply: 29

[Jenayah] Pakcik Zulkifli gagal rayuan, hukuman gantung kekal.

[Copy link]
Post time 25-10-2021 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Bunuh pengutip besi buruk, Mohamad Zulkifli kekal ke tali gantung
Oleh BERNAMA
A view of the sea
GAMBAR hiasan
Putrajaya: Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman mati ke atas peniaga warung kerana membunuh pengutip besi buruk di Terengganu, enam tahun lalu yang kisahnya tular di media sosial kononnya kejadian bunuh itu berlaku bagi mempertahankan diri.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Vernon Ong Lam Kiat sebulat suara menolak rayuan terakhir Mohamad Zulkifli Ismail, 56, selepas berpuas hati bahawa dapatan hakim Mahkamah Tinggi bergantung kepada keterangan yang relevan dan alasan penghakiman dikemukakan adalah lengkap dan teliti.

"Mahkamah berpendapat hakim Mahkamah Tinggi tidak tersalah arah dari segi undang-undang dan fakta dalam memberikan keputusan.

"Isu yang dibangkitkan oleh perayu (Mohamad Zulkifli) tidak mempunyai merit. Oleh itu, sabitan terhadap perayu adalah selamat dan rayuan perayu ditolak," kata Hakim Ong yang turut bersidang bersama-sama Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Zabariah Mohd Yusof.

Panel tiga hakim membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam Ariff Azami Hussein yang mewakili Mohamad Zulkifli dan Timbalan Pendakwa Raya Nahra Dollah.

Mohamad Zulkifli telah disabitkan dengan pertuduhan dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada Mei tahun lalu kerana membunuh Zulkefle Abdullah, 37, di sebuah rumah di Kampung Labohan pada jam 10.30 pagi, 7 Disember 2015, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mahkamah Tinggi pada 27 Mei 2018 turut menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun ke atas Mohamad Zulkifli kerana menyebabkan kecederaan parah kepada orang kurang upaya (OKU) Faizul Awang, 37, yang kudung kaki kanan pada masa, hari dan tempat sama dan hukuman itu dikekalkan Mahkamah Rayuan pada 10 Disember 2019.

Dalam prosiding hari ini, Ariff Azami memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya telah menarik balik rayuan terhadap sabitan dan hukuman bagi kes mencederakan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan hanya meneruskan rayuan berhubung kes bunuh.

Mengikut fakta kes, ketika kedua-dua mangsa sedang mencari besi buruk dan berhenti di kawasan rumah perayu selepas melihat terdapat besi buruk di kawasan itu, perayu secara tiba-tiba meluru ke arah Zulkefle dan menikam dada kanannya serta menikam Faizul menggunakan parang.

Terdahulu, Ariff Azami berhujah bahawa anak guamnya tidak berniat untuk membunuh mangsa dan hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf kerana gagal mempertimbangkan bahawa tikaman tunggal pada dada kanan mangsa bukan dilakukan dengan sepenuh kekuatan serta senjata tidak ditinggalkan terus pada dada mangsa.

"Jika perayu berniat membunuh lelaki itu, sudah pasti tikaman adalah lebih dalam atau perayu menikam organ penting seperti dada sebelah kiri atau perut," kata peguam itu.

Bagaimanapun, Hakim Abdul Rahman mencelah dan menyatakan pakar patologi Dr Sri Marni Zainal Abidin dalam keterangannya berkata luka sedalam 10 sentimeter memadai untuk menyebabkan kecederaan dan kematian kepada mangsa kerana tikaman itu menyebabkan salur darahnya terputus.

Nahra pula berhujah bahawa perayu mengetahui parang yang digunakannya boleh menyebabkan kematian tanpa perlu mengetahui anatomi badan mangsa.

Kes pembunuhan itu mendapat perhatian ramai sebelum ini ekoran tular di media sosial yang mendakwa Mohamad Zulkifli melakukan perbuatan itu kerana mempertahankan diri daripada kedua-dua mangsa terbabit yang cuba merompak.

Kejadian membawa kepada penubuhan kumpulan 'Selamatkan Zulkifli' di laman sosial Facebook yang mencecah 71,000 pengikut dan turut menyiarkan pelbagai kenyataan negatif mempertikai kuasa polis menangkap Mohamed Zulkifli selepas kejadian dan proses perundangan.

Disiarkan pada: October 25, 2021 @ 7:11pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2021 12:05 AM | Show all posts
hmmm ...
saya percaya dia TIADA NIAT MEMBUNUH ..

sebab besi buruk jer pun
kira sedekah ajer lahhh
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
It is what it is.

Lose lose situation.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 12:35 AM | Show all posts
kes2 sebegini kenapa hukuman gantung sampai mati perlu di'rebiu' semula. once dah laksana hukuman mati, dah tak de 2nd chance lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku dengor geng manetah kata memang takleh benorkan orang klem bunoh penyamun sebab dia tuan rumah sebab nanti orang leh je bunoh orang kat tempat lain tapi bawak balek rumah pehtu kata orang tu penyamun.  Mak panjang aku taip..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 12:51 AM | Show all posts
tak boleh bunuh perompak dalam kawasan rumah ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-10-2021 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 26-10-2021 12:41 AM
Aku dengor geng manetah kata memang takleh benorkan orang klem bunoh penyamun sebab dia tuan rumah s ...

Isunya kat sini dlm Islam keadilan wajib diberikan kpd semua pihak.... Mmg x boleh simply terima alasan bunuh sbb pertahankan diri tanpa dibicarakan terlebih dahulu...

X salah aku dulu pun ada kes Subashini ke apa ntah,  yg dia pakat dgn suami utk perangkap sorg lelaki dtg runah then dorg bunuh... Pastu guna alasan bunuh sbb laki tu menceroboh dan nk rogol dia.... Selepas bicara didalati alasan tu palsu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2021 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagubestbest replied at 26-10-2021 12:51 AM
tak boleh bunuh perompak dalam kawasan rumah ke?

Andai x ada ancaman nyawa x boleh bunuh sewenang2... ..contohnya kita ada lesen senjata api,  then tgh mlm nmpk ada kelibat org terbongkok2 di dlm halaman luar rumah,  kita xleh shoot to kill sbb tiada ancaman nyawa...

Tp kalau ada pergelutan dlm rumah dan kita menyebabkan penceroboh terbunuh maka kita perlu diadili dan dibicara,  kena buktikan yg mmg ada ancaman yg munasabah utk kita pertahankan diri..

Dlm kes Pakcik Zul ni x wujud ancaman tu,  sebaliknya dia seolah2 melepaskan geram
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2021 01:21 AM | Show all posts
axl_bach replied at 26-10-2021 12:54 AM
Andai x ada ancaman nyawa x boleh bunuh sewenang2... ..contohnya kita ada lesen senjata api,  then ...

hmm betul jugak. maybe pakcik tu dah geram sgt selalu kne rompak. time ni dah nampak pencuri mmg kena la.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 02:12 AM | Show all posts
last sekali, pengampunan drpd YDPA kan?

kalau baca kes ni dulu, mcm si mati dan kawannya in the wrong place at the wrong time. dua org tu tgh mencari2 besi buruk sekitar tempat kejadian katanya, dan si tertuduh terus menyerang dia org. takda bukti si mati dan kawannya merompak dan mengancam nyawa si tertuduh. si tertuduh tak guna henpon atau menjerit2 mintak tolong org ramai. jauh jugak tertuduh kejar si mati dgn parang, wpun si mati merayu2 jgn bunuh dia. ada org nampak cemana si mati angkat tangan surrender, tetap jua tertuduh tikam tanpa belas kasihan. tertuduh siap gertak lg si kawan yg cuba nak tolong si mati.
def. a straight up murder.

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 02:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 02:08 PM

..........
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 05:05 AM | Show all posts
Sifat amarah campur parang di tangan, mmg rasa 'berkuasa' la..simpan dendam dah lama kot...campur lagi umpatan jiran2 pasal geng2 pencari besi buruk ni...

Ikutkan kes, zulkifli ni yg kejar mereka sampai 70 meter...xde provokasi..xde pergelutan...dia x boleh buktikan 2 org tu mencuri dan menyerang dia...dan xde break in...iols tetap rasa pembunuhan boleh dielakkan kalau dia fikir rasional..ikut rasa binasa
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 06:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Baran sangat ni pakcik, mana boleh simply bunuh orang walau sebenci mana pun kita kat orang tu
Sedangkan matpit yg terserlah sampah masyarakat dan potential bawa binasa pun still ada rehab untuk depa, takde pun suka suki orang kampung pi tikam
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 26-10-2021 02:12 AM
last sekali, pengampunan drpd YDPA kan?

kalau baca kes ni dulu, mcm si mati dan kawannya in the wr ...

Kalau baca kat artikel atas tu camtu laaa dia bukan pertahankan diri ni kira dia main serang je org tu.
Lainla org tu g serang dia dulu mcm org kena ragut tu pastu ada pergelutan boleh la kata pertahankan diri.


Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 09:00 AM | Show all posts
sangkut jugak kat federal court?

kesian

bukan kes ni ke dia kejar sampai ke luar dr kawasan rumah dia?

'threat' tu dah takde la kan?

ntah laaa labu

semoga dipermudahkan urusan dgn ydpa pulak nanti


Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 26-10-2021 12:54 AM
Andai x ada ancaman nyawa x boleh bunuh sewenang2... ..contohnya kita ada lesen senjata api,  then ...

Beto cam kes nih xde mngancam nyawa, pkcik nih kejar smpai kuar kwsan rumah dia, ade saksi cite y mngsa nih dh merayu suh dlepaskn sbb dia xde senjata tp pkcik nih tikam jgk... Kes nih mmg famous dlu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2021 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 26-10-2021 12:54 AM
Andai x ada ancaman nyawa x boleh bunuh sewenang2... ..contohnya kita ada lesen senjata api,  then ...

Beto cam kes nih xde mngancam nyawa, pkcik nih kejar smpai kuar kwsan rumah dia, ade saksi cite y mngsa nih dh merayu suh dlepaskn sbb dia xde senjata tp pkcik nih tikam jgk... Kes nih mmg famous dlu
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 26-10-2021 12:54 AM
Andai x ada ancaman nyawa x boleh bunuh sewenang2... ..contohnya kita ada lesen senjata api,  then ...

Benar. Kes ni antara yg pertama buat aku buka mata utk praktis media literacy. Byk media yg aku bacamg sokong pakcik ni smpi aku rasa polis dan badan kehakiman zalim gila.

Bila tau fakta kes aku jadi malu sendiri sbb terlalu emosi dalam memahami isu di media.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 03:24 PM | Show all posts
sayawifenikmie replied at 26-10-2021 12:05 AM
hmmm ...
saya percaya dia TIADA NIAT MEMBUNUH ..

kalau tak nak bunuh kenapa tikam? kat dada pulak tu


Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 03:39 PM | Show all posts
dari segi undang2, seseorang manusia tidak ada hak utk membunuh manusia lain...

sebab tu orh jahat berani melakukan jenayah seperti membunuh, rogol, rasuah, etc...undang2 manusia seolah-olah melebihkan penjenayah...

kena kembali kpd undang2 shariah...adil utk semua manusia
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.053216 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list