View: 2573|Reply: 18
|
Kagum Isteri Kuat Hadapi Ujian, Yusuf Bahrin Doa Zizi Kirana Istiqamah Tutup Aur
[Copy link]
|
|
Minggu lalu isu penyanyi Zizi Kirana didakwa melanggar kontrak dengan sebuah syarikat produksi drama menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen dan penggiat seni.
Kes berkenaan mengundang pelbagai reaksi lebih-lebih lagi apabila perubahan imej Zizi dengan memakai tudung ketika penggambaran drama lakonannya masih berbaki sekitar 30 peratus.
Bagi suami kepada penyanyi kelahiran Sabah ini iaitu pelakon Yusuf Bahrin, dia kagum dengan kecekalan isterinya ketika berdepan ujian dalam melaksanakan perintah Allah untuk menutup aurat.
 Foto: IG
Enggan mencampuri urusan kerja Zizi khususnya membabitkan isu dakwaan melanggar kontrak, Yusuf berkata dia sentiasa menyokong apa jua tindakan isterinya ke arah kebaikan.
"Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah kerana bagi kemanisan dalam rumah tangga kami. Sebagai suami kepada Zizi saya reda dengan ujian yang Allah bagi dekat isteri saya.
"Saya sangat-sangat bersyukur sebab Zizi sangat kuat menghadapi segala ujian Allah ini.
"Saya akan support dia 100 peratus untuk terus istiqamah di jalan Allah. Saya akan sentiasa ada di sisi dia walau apa pun ujian yang dihadapinya," katanya ketika dihubungi mStar.
Pada 28 Oktober lalu mStar menyiarkan kenyataan penerbit dan pengarah drama Jamu Nesan, Datuk Rafiena yang mendakwa Zizi gagal melangsaikan baki penggambaran gara-gara berubah dengan imej bertudung.
Zizi juga menerusi penjelasan kepada mStar mengakui mereka gagal mencapai kata sepakat berhubung tarikh baharu yang dicadangkan pihaknya walaupun produksi bersetuju agar dia tampil bertudung.
Mengulas lanjut tentang situasi yang dihadapi Zizi, Yusuf berkata dia bersyukur kerana isterinya tetap dengan pendirian untuk menjadi seorang muslimah yang baik.
"Saya nampak dia seorang yang tabah dan cekal menghadapi ujian. Sentiasa bersangka baik dan senang menolak perkara-perkara negatif ni ke tepi
"Senyum je dia... MasyaAllah. Saya pun tak sekuat dia dalam menghadapi ujian. Allah tu sebaik-baik perancang dan Maha mengetahui kerana jodohkan saya dengan Zizi yang penyabar dan positif.
"Dia seorang yang tetap pendiriannya tambahan pula apabila berkenaan dengan isu agama," katanya.
Untuk rekod Yusuf dan Zizi sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 19 September lalu. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
jangan lupa byr balik ganti rugi produksi tu. haram nanti. masya allah |
|
|
|
|
|
|
|
kenal pun sbb dia jadi laki zizik. sendu |
|
|
|
|
|
|
|
Ujian hapoonyerrr nyahhh, yang kena ujian tu produksi dan kru2 dapat pelakon haprak macamni si jiji kiran tu apa ujian dia kena lalui? Duit pun dah dapat! Orang lain tu yang kena hadap reshoot balik dan kena bayar sewa semua balik kalau pelakon tak nak datang lokasi pengambaran. ehh choiii! |
|
|
|
|
|
|
|
Sikit lagi jadi penunggang agam le ko jiji |
|
|
|
|
|
|
|
Kepam dah kapel ni sbb terlbih nk jadi religion rider.
Jgn guna agama kepentingan sendiri je.
Tgok jgk hak org lain |
|
|
|
|
|
|
|
Main belasah jer cakap ujian Tuhan, retis retis |
|
|
|
|
|
|
|
Kuat2 jugak..istiqamah2 jugak ...tp kalau ada ter'ambil' yg bkn hak kita wajar dipulangkan blk.jgn belajar & amik hukum sekerat2 yg kita nak jer.nk hidup ke arah Islamik byk benda kita kena amik tahu |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga bahagia selamanya yusuf dan zizi |
|
|
|
|
|
|
|
Awat annoying ngn pasangan ni xtau la Xpose sgt ya berubah jd lebih baik tp lek2 sudah ok |
|
|
|
|
|
|
|
yusuf ni berlakon cerita hantu jadi org zaman dulu best juga |
|
|
|
|
|
|
|
halah halah
baru kawin semua benda la kagum |
|
|
|
|
|
|
|
i rasa entahla maybe mass tu zizi ni masih dlm proses transisi waktu nk buat keputusan utk buat atau x drama tu. masih ada doubts yg berlegar2 dlm jiwa waktu nk buat keputusan tu. mungkin sbb tu terjadinya isu kontrak ni. buat menda yg baik jgn bertangguh2 sbb kita x tahu bila kita nk ditarik nyawa. mungkin bila dah ada kekuatan tu baru la dapat buat keputusan yg solid. harap zizi n pihak produksi boleh la bawa berbincang baik2. dan zizi semoga istiqomah. jagala taufik dan hidayah yg diberikan baik2. it is going to be a long n challenging journey but inshaaAllah semoga lebih dekat dengan Nya. |
|
|
|
|
|
|
|
Uweeekk
Kau dah kenape rahman. Aduhaiii. Yelah baru kawen. Takpe2 kita tengok nnti mcm mane. |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak pernah minat zizi ni
tapi aku ada soft spot sikit kat dia sejak dia bertduung
aku harap dia istiqomah bukan sebab laki dia saja hendaknya
aku harap juga dia gi face to face ngan rafiena bersihkan isu ni dedua pihak and stop bagi statement
bertudung tu tuntutan agama, tapi bayar hutang tu pun tuntutan agama
susah mati kalau ada terambil hak orang ni ya Zizi
pergilah selesaikan apa yang patut |
|
|
|
|
|
|
|
zaman skrg ni ramai sgt yg nak becakap, berpakaian terlebih2 warak ni. tak seiring pulak dgn perbuatan. jahanam agama |
|
|
|
|
|
|
|
YB.. aku suka ko sbb berlakon pun ok.
ZK tu aku mual sbb teringat dia try hard bikin mcm2 utk dikenali..
last2 sbb mengaji sedap baru orang pandang dia...
so tak mustahil spesis chameleon juga mcm Bang Bil..
Apepun, jangan aniaya orang lain or amik hak orang especially bab duit.
Tak tenang hidup nanti lagi2 korang baru bina masjid... |
|
|
|
|
|
|
| |
|