Pelakon Intan Ladyana mula dikenali ramai melalui drama Puteri yang disiarkan di TV3 suatu ketika dulu.
Membintangi lebih 20 filem dan drama, Intan dilihat bebas dari sebarang kontroversi dan masih kekal relevan dalam dunia hiburan sehingga kini.
Memiliki kecantikan yang tidak pernah pudar. Itu yang dilabel netizen terhadap Intan Ladyana, lapor Kosmo.
Semuanya gara-gara sebuah video TikTok yang memaparkan wajah Intan dalam filem pertamanya, Tipah Tertipu sekitar tahun 2006 dan Town Mall (2020).
“Dari dulu sampai sekarang muda sahaja. Dasar ‘vampire’ (puntianak),” tulis pemilik video TikTok tersebut.
Netizen menyifatkan wajah isteri Harris Alif itu tidak dimamah dek usia dan kecantikannya masih seperti remaja sehingga kini walaupun mencecah usia 39 tahun.
“Makin berusia nampak semakin muda ditambah pula sekarang sedang hamil, lagilah nampak seri,” puji seorang netizen.
Tidak terhenti di situ, ada pula yang menyamakan wajahnya persis ahli kumpulan Blackpink, Rose.
Dalam perkembangan terbaharu, Intan membintangi filem pendek berjudul Taruh yang diinspirasikan oleh siri popular Netflix, Squid Game.
Filem Taruh yang merupakan Squid Game versi Malaysia turut dibintangi YB Maszlee Malik, dan superstar APAC Wrestling seperti Nor Phoenix Diana, Azwan Serigala, Gotham, Double K dan personaliti Cineplus Asia, Aqinna B serta ramai lagi!
Taruh ditayangkan pada jam 8 malam pada 28 Oktober menerusi laman Facebook Cineplus Asia. - CARI
Post time 7-11-2021 01:50 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Celah mananya sama??? Tang rambut tu yer la...
Tapi akak takmau kecam sebab dua2 laki bini herlokkkk..
Pedulikan apa orang kata nek intan, janji Laki muda herlokkk... selamat melambung2 sampai ke bumbung jiran... Moga dapat anak cepat2 sebelum menopos dan harap2 anak pun hensem herlokkk straightt dan kekar agittewww...
ropanya yb dah bagi hint tv pendidikan akan jadi seperti netflix? so kekdahnyer selepas ni yb akan muncul dengan lakonan terbaru dalam rancangan netflix?