CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1356|Reply: 1

Ibu cipta GWR lari dengan stroller

[Copy link]
Post time 16-11-2021 09:29 AM | Show all posts |Read mode

HEATHER Hann berlari sambil menolak kereta sorong bayi.



London: Status sebagai ibu bukan penghalang buat seorang wanita di United Kingdom (UK) melakar sejarah dalam Guinness World Records (GWR).

Wanita itu mencipta rekod dunia apabila menamatkan larian 10 kilometer (km) bersama bayinya yang duduk di dalam kereta sorong (stroller).

Timesnownews melaporkan, Heather Hann, 36, menamatkan larian dengan catatan masa 50 minit dan empat saat sambil menolak stroller yang membawa bayi lelakinya yang berusia setahun.

Ketika kejadian, Hann menetap di St Albans itu bertanding dalam perlumbaan kategori Herts Fast 10 km di Hemel Hempstead.

"10 km terpantas menolak kereta bayi (perempuan) dengan catatan 40 minit empat saat dicapai oleh Heather Hann (UK), di Hemel Hempstead, UK, pada 18 Julai 2021," tulis Guinness World Records ketika mengesahkan rekod Hann.



Menariknya, ini bukan kali pertama lelaki wanita itu berlari bersama anaknya.

Sebaliknya, Hann mula berlari dengan kereta sorong selepas kelahiran anak pertamanya.

"Saya sangat gembira bahawa rekod dunia saya disahkan oleh GWR.

"Ia satu perasaan yang luar biasa apabila dapat memecahkan rekod dunia bersama anak saya.

"Diharap, ia akan menggalakkan ibu bapa dan penjaga lain yang mempunyai anak kecil untuk turut serta.

"Saya mahu memberi inspirasi kepada orang lain untuk meneruskan minat dan memecahkan rekod dunia saya," kata Hann kepada The Herts Advertiser.

Disiarkan pada: November 16, 2021 @ 7:10



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2021 09:58 AM | Show all posts
mesti anak dia mencarut maki hamun...tp kwn tu buat bolayan jeee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 11:52 AM GMT+8 , Processed in 0.075147 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list