CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1357|Reply: 0

Singa dan penjaga haiwan di Singapura pulih dari Covid-19

[Copy link]
Post time 17-11-2021 07:54 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN



Singapura: Kelima-lima singa dan tiga penjaga zoo Mandai Wildlife Group yang dijangkiti Covid-19 sedang beransur pulih, kata Menteri Kesihatan Ong Ye Kung.

Ong dalam satu catatan Facebook berkata, penjaga zoo di bahagian karnivor Night Safari "sedang beransur pulih dengan hanya gejala ringan", manakala singa di Night Safari dan Taman Haiwan Singapura "sedang beransur pulih dengan baik" di dalam kandang, jauh dari tempat awam.

Katanya, singa-singa Night Safari "cergas dan sedang pulih" serta diet haiwan-haiwan itu ditokok dengan vitamin dan makanan tambahan.

Pada 9 November lalu, Khidmat Haiwan dan Veterinar memaklumkan empat singa Asiatik di Night Safari diuji positif Covid-18 selepas terdedah kepada anggota kakitangan Mandai Widlife Group yang dijangkiti virus berkenaan.

Sehari kemudian seekor singa Afrika di Taman Haiwan Singapura pula diuji positif Covid-19.

Kelima-lima singa menunjukkan gejala ringan termasuk batuk, bersin dan kelesuan.

Mediacorp melaporkan, Mandai Wildlife Group yang menguruskan kedua-dua taman haiwan itu berkata, dua penjaga zoo itu diuji positif di luar waktu bertugas dan yang ketiga tidak menunjukkan sebarang gejala dan diuji positif di tempat kerja selepas ujian dijalankan ke atas anggota pasukan yang mempunyai kontak bersama penjaga-penjaga zoo yang diuji positif sebelum ini.

Penjaga zoo yang ketiga itu berhenti bertugas serta-merta.

Disiarkan pada: November 17, 2021 @ 7:44pm


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.411869 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list