CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2268|Reply: 2

Jika kucing anda menunjukkan simpton ni, ia mungkin tertekan.

[Copy link]
Post time 30-11-2021 11:39 AM | Show all posts |Read mode
Edited by tari at 30-11-2021 11:40 AM


Gambar hiasan


Kucing akan menjadi tertekan apabila pemiliknya berada di rumah sepanjang masa kerana ia mengganggu rutin kehidupan yang biasanya menyendiri.


Ini terbukti apabila semakin banyak haiwan peliharaan dibawa berjumpa doktor haiwan atas masalah berkaitan tabiat dan psikologi.


Kajian mendapati kebanyakan haiwan peliharaan sebenarnya 'berjuang' untuk berada bersama pemiliknya pada siang hari.


Tempat selamat atau tenang yang sebelum ini menjadi lokasi persembunyian mungkin diubah menjadi pejabat. Jadi, si kucing tidak lagi mempunyai tempat khusus.


Masalah lebih teruk jika kucing menjadi takut atau gelisah apabila berdampingan dengan anak-anak kecil.


Kebiasaannya, kucing akan mempunyai waktu senggang kira-kira tujuh jam di mana ia 'terpisah' daripada kanak-kanak pada siang hari.


"Kucing adalah spesies haiwan yang suka bersendirian.


"Ia biasanya berinteraksi dengan manusia mengikut waktu sendiri dan mahukan kawalan penuh terhadap interaksi tersebut," kata JoAnna Puzzo, pegawai kebajikan haiwan di sebuah pusat penjagaan haiwan.


Kucing peliharaan tetap sayangkan pemiliknya tetapi hanya perlukan ruangnya sendiri.


Berikut tanda-tanda yang perlu diperhatikan untuk mengesan sama ada kucing anda tertekan:

* Bulu menjadi kusam, gugur
* Menghabiskan lebih banyak masa di luar rumah
* Kerap menyembunyikan diri
* Menunjukkan tindak balas seperti terkejut, melompat walaupun terhadap bunyi yang tidak begitu kuat
* Pura-pura tidur untuk elak interaksi dengan anda
* Perubahan pada selera makan; sama ada terlalu sedikit atau terlalu banyak
* 'Over-grooming' iaitu terlebih bergaya atau malas bergaya
*Buang air kecil dan besar bukan di tempat sepatutnya
*Mundar-mandir atau gelisah
*Kurang interaksi dengan manusia

Jika kucing anda menunjukkan simptom-simptom ini, segera bawa ia bertemu doktor haiwan untuk mendapatkan nasihat.


Anda juga boleh cuba beberapa langkah seperti menyediakan satu ruang khas yang sunyi lagi selesa untuk kucing anda bermain.


Cuba sedaya upaya untuk menjaga rutin di rumah seperti biasa dan cuba elakkan membawa rakan atau ahli keluarga dalam jumlah yang ramai ke rumah.



sumber





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2021 12:12 PM | Show all posts
haahahahahhah.....ikut ko lh meowww
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 02:24 PM | Show all posts
time die bising pukul 2-3 pagi nak makan takpe pulak..time dia kena kacau stress kemain... dasar,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.392355 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list