PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menegaskan tidak bersalah dan telah dianiaya.
Semalam, Mahkamah Rayuan sebulat suara mengekalkan sabitan salah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. selepas menolak rayuan beliau.
Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dan bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara memutuskan demikian selepas mendapati rayuan Ahli Parlimen Pekan itu tidak mempunyai merit.
“Saya dibicara di mahkamah. Saya juga dibicara di mahkamah rakyat. Didapati bersalah dan dihukum penjara 12 tahun sebab hakim kata ia bukan hak saya untuk sedekahkan RM42 juta yang saya tidak pernah sorok, tidak pernah minta dan tidak pernah arahkan untuk dipindah kepada akaun saya.
“Bahawa ini adalah kesalahan bawah AMLA. Malah mahkamah juga telah diberitahu oleh pihak Ambank dan SPRM bahawa saya turut menerima RM642 juta daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi yang saya juga telah sedekahkan sepenuhnya bagi pelbagai aktiviti CSR dan program rakyat.
“Saya tidak didapati bersalah mencuri RM42 juta untuk kegunaan peribadi saya. Sebaliknya maklumat dan bukti bahawa keluarga dan proksi individu-individu tertentu yang merupakan saksi kes SRC yang telah didapati menerima sekurang-kurangnya RM65 juta dan RM85 juta untuk disorok dalam akaun Singapura tidak pula pernah didakwa dan diberikan peluang kepada saya untuk digunakan sebagai bukti baharu bagi pembelaan kes saya,” katanya dalam catatan di Facebook beliau hari ini.
Menurut Najib, sudah tentu, setiap individu termasuk beliau juga akan dibicara di mahkamah akhirat nanti.
Post time 9-12-2021 02:55 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 9-12-2021 02:57 PM
Sekarang bila ko dah takde kuase baru ko tau. Eh shadap la. Cube ko kenang balek perbuatan ko mase jadi numero uno #1 tu dari 2009. Macam2 orang ko penaye kan? Nafsu ko besor.. Maleh la aku nak tag retis kat kampong gosip sebelah tu. Eh, nafsu ko bukan stended minah berkerak. Baik aku tag je Miranda Kerr yang 1MDB bagi intan berlian tu teros tanye yang kongkek dia tu si Jolo ke engko.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 10-12-2021 11:27 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Konspirasi jatuhkan najib
Setan bersorak tengok hasil kerja mereka membuahkan hasil
Tapi jangan lupa doa kami sebagai rakyat malaysia.. kami akan jatuhkan PH pada PRU depan.. biar DAP je yang tinggal sebagai bukti kepqda anak cucu kami kelak betapa bahayanya mereka.. parti serpihan seperyi PAN biar pupus terus hahahhahaha
Post time 10-12-2021 11:31 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Pengikut setan lupa, fitnah2 mereka yang lain semua kelaut
Jangan korang ingat najib disabitkan bersalah untuk kes ini maka fitnahan korang benar laah ye najib bunuh altantuya, najib simen kevin morais, kevin unuh pengasas ambank, najib bunh teoh beng hock, najib sembunyi mh370, najib punca mh17 ditembak jatuh etc