Selebriti media sosial, King Coco tampil mempertahankan individu yang digelar doktor cinta berikutan mendapat kecaman selepas memberikan cadangan agar lelaki harus menanggung kos janji temu dengan kekasih.
Menerusi Insta Stories, King Coco menegaskan mereka yang tidak boleh membayar bil ketika berjanji temu tidak layak digelar lelaki.
Kredit foto: IG King Coco
Tambahnya, wanita mungkin akan kelihatan seperti mata duitan pada individu tertentu, namun King Coco mendakwa mereka sebenarnya boleh sahaja membayar bil tersebut.
Kredit foto: IG King Coco
Jelasnya, tindakan tersebut dibuat untuk melihat dan menawarkan tahap kestabilan kewangan seseorang lelaki itu.
Memetik laporan Daily Star, seorang wanita yang menggelarkan dirinya sebagai ‘doktor cinta’ telah dikecam berikutan menyatakan setiap lelaki perlu membayar segala kos ketika keluar makan malam dengan kekasih. Malah, dia percaya bahawa kaum lelaki perlu menanggung segala kos dalam percintaan.
Sumber: Murai |