CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3157|Reply: 23

[ILMU MUDAH]: TAUN (Cholera) SESUDAH BANJIR

[Copy link]
Post time 21-12-2021 05:38 AM | Show all posts |Read mode
Antara penyakit bawaan air (water-borne) yang ditakuti selepas berlakunya banjir2, ialah Cholera (Taun). Penyakit yang sangat berjangkit ini disebabkan oleh Vibrio cholerae, suatu bakteria yang telah membunuh sejak dari zaman dahulukala lagi.
  
Pada tahun 1820, epidemic Taun telah membunuh 100,000 orang di Jawa. Di India, dari 1817-1860, lebih dari 15,000,000 penduduknya mati kerana wabak ini dan di Russia, lebih dari 2,000,000 maut dalam masa yang sama kerana Cholera. Negara2 maju tidak terkecuali, yang diperlukan hanyalah punca air yang tercemar dan mengandungi V. cholerae ini dari seorang atau suatu punca sahaja [eg, di London, pada tahun 1853-1854, seramai 10,739 mati dari air yang tercemar dan mengandungi bakteria ini dari suatu pam air di tengah kota London]. Seramai 236,000 orang mati di Spain pada tahun 1854-1855 kerananya dan 200,000 pula mati di Tokyo pada tahun 1858-1860. Dalam setiap epidemicnya, beratus ribu mati dan setiap tahun termasuklah dizaman moden ini, seramai 21,000-143,000 penduduk dunia mati kerananya secara purata annually.


Apabila banjir berlaku, air akan tercemar dengan pelbagai kotoran dan najis dan sangat sukar untuk memastikan tangan kita dan orang2 disekeliling kita dari tidak dikotori dengan air yang tercemar. Jika sedikit pun air tadi ada V. cholerae, dan masuk ke dalam badan kita memalui makanan atau air minum maka epidemic nya akan bermula. Ianya sangat mudah berjangkit dan satu episode diarrhoea dari seorang mangsa, boleh melepaskan bermillion bakteria ini kedalam air untuk bercampur dengan body of water yang lebih besar dan tersebar ke tempat lain.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2021 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
wavelength sama, i pun buka thread related after banjir.. good info.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2021 07:58 AM | Show all posts
Edited by seribulan at 21-12-2021 07:14 AM

Selangor ada beberapa kawasan tiada air...cuci loji ayaq...masuk 2 hari...huhu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2021 04:05 AM | Show all posts
seribulan replied at 21-12-2021 07:58 AM
Selangor ada beberapa kawasan tiada air...cuci loji ayaq...masuk 2 hari...huhu...

adeh, ini yg parah ni.
bila bekalan air bersih dan terkawal jadi terputus, maka mangsa banjir akan ambil sahaja air dari mana2 sources yang nampak bersih.
ini boleh membawa kepada tersebarnya water-borne infections tadi, dan cholera adalah satu dari infections yang selalu berlaku dalam keadaan terdesak sebegini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2021 04:06 AM | Show all posts
adila39 replied at 21-12-2021 07:35 AM
wavelength sama, i pun buka thread related after banjir.. good info.

baguslah
kita kan ada tanggungjawab dalam bod perubatan
maka kenalah selalu bukak thread baru juga selain melihat2 spam dan pertanyaan
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2021 04:48 AM | Show all posts
ipes2 replied at 22-12-2021 03:05 AM
adeh, ini yg parah ni.
bila bekalan air bersih dan terkawal jadi terputus, maka mangsa banjir akan ...

Mujo malam tadi banyak tempat dah ada ayo semula...hujan pula turun...huhu...moga elak bencana oleh Nya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2021 04:56 AM | Show all posts
Edited by seribulan at 22-12-2021 03:58 AM


SITUASI SEMASA BENCANA BANJIR DAN JANGKITAN COVID-19 DI PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan sehingga kini, kejadian banjir telah melanda lapan (8) buah negeri di Semenanjung Malaysia iaitu di Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan Melaka.

Berikutan daripada banjir yang melanda, sebanyak 72 fasiliti kesihatan telah terjejas di mana 43 di negeri Pahang, 20 di Selangor, lapan (8) di Kelantan dan satu (1) di Negeri Sembilan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak lapan (8) buah fasiliti kesihatan terputus hubungan namun masih beroperasi dan 21 buah fasiliti kesihatan tidak dapat beroperasi iaitu 20 di Selangor dan satu (1) di Negeri Sembilan.



1.0 PERKHIDMATAN PENJAGAAN PRIMER DI PUSAT PEMINDAHAN

Pasukan perubatan ditempatkan di PPS bagi memantau kesihatan mangsa-mangsa banjir. Sehingga tengah hari tadi, sebanyak 78 mangsa banjir telah diperiksa dan diberi rawatan pesakit luar di PPS. Daripada jumlah tersebut, 13 kes dalam kategori penyakit berjangkit (lima (5) kes acute respiratory infection (ARI), lapan (8) kes skin infection) dan 65 adalah penyakit tak berjangkit. Tiada kes acute gastroenteritis (AGE), tifoid, kolera, hand foot mouth disease (HFMD), leptospirosis, denggi atau penyakit berjangkit lain dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir setakat ini.

2.0 PESAKIT BERISIKO YANG TERJEJAS BANJIR

Terdapat satu (1) kes ibu mengandung (antenatal). Tiada kes posnatal atau pesakit yang menjalani rawatan dialisis dilaporkan dari negeri yang dilanda banjir.

3.0  PERKHIDMATAN KESIHATAN DI PUSAT PEMINDAHAN

3.1 AKTIVITI KESELAMATAN BEKALAN AIR MINUM

Bagi memastikan sumber air adalah selamat untuk digunakan oleh mangsa banjir, sebanyak 70 aktiviti pengambilan sampel air dijalankan dan tiada pelanggaran terhadap parameter pH, klorin dan kekeruhan (NTU).

3.2  AKTIVITI KAWALAN VEKTOR

Aktiviti kawalan vektor yang dijalankan adalah bagi memastikan tiada penyakit bawaan vektor berlaku di PPS. Sebanyak 48 buah PPS telah diperiksa dan tiada tempat pembiakan Aedes dikesan. Sebanyak 427 bekas telah diperiksa dan tiada PPS disembur kabus.

3.3 AKTIVITI KESELAMATAN MAKANAN

Sebanyak 45 buah PPS dilawati dan didapati 34 buah PPS memuaskan dari segi premis penyediaan makanan.

3.4 AKTIVITI PENDIDIKAN KESIHATAN

Jumlah harian aktiviti pendidikan kesihatan di kawasan dilanda banjir yang dijalankan pada hari ini ialah enam (6) ceramah, 631 nasihat individu, 355 tunjuk cara, 21 perbincangan kumpulan, 14 banting, 96 poster, enam (6) banner dan 842 risalah diedarkan di kawasan banjir dan di kawasan dilanda banjir.

4.0 PEMATUHAN SOP PENGURUSAN COVID-19 DI PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA

Pengurusan mangsa banjir adalah mematuhi Garis Panduan Pencegahan dan Pengurusan COVID-19 di Pusat Pemindahan Sementara Mangsa Bencana dan Garis Panduan Pengurusan Bencana Semasa COVID-19.

KKM juga menjangkakan bahawa kemungkinan berlakunya peningkatan kes COVID-19 berikutan SOP yang tidak dapat dilakukan sepenuhnya sewaktu proses menyelamat dilakukan. Walau bagaimanapun, KKM sekali lagi ingin menasihatkan orang ramai supaya:

memaklumkan status risiko COVID-19 kepada agensi tindak balas sekiranya disahkan positif COVID-19 atau dikenal pasti sebagai kontak rapat agar tindakan sewajarnya dapat diambil semasa proses pemindahan dan penyelamatan;

sentiasa patuh kepada SOP dan amalan norma baharu semasa proses pemindahan dan sepanjang tempoh berada di PPS;

sentiasa memakai pelitup muka, amalkan penjarakan fizikal dan maklumkan kepada petugas atau pasukan perubatan di PPS sekiranya mengalami gejala COVID-19; dan

elakkan dari berkumpul beramai-ramai dalam kalangan mangsa banjir dan amalkan mencuci tangan menggunakan hand sanitizer atau sabun terutamanya apabila pergi ke tempat menjadi gunasama seperti tandas.

KKM telah menyediakan pasukan perubatan di PPS terutama di PPS yang besar, membekalkan ubat-ubatan asas, cecair pembasmi kuman dan pelitup muka kepada mangsa-mangsa banjir di PPS. Ujian saringan COVID-19 dilakukan juga ke atas mangsa banjir sebelum memasuki PPS bagi mengesan awal jangkitan COVID-19 serta memastikan tiada penularan berlaku di PPS.

Memandangkan terdapat juga mangsa banjir yang telah mendapatkan perlindungan di masjid-masjid, stesen LRT, pusat membeli belah dan sebagainya, KKM ingin menasihatkan urusetia atau sukarelawan di pusat perlindungan tersebut agar dapat menjalankan ujian kendiri air liur RTK Ag kepada setiap individu yang berlindung dan mengasingkan kes yang dikesan positif COVID-19 secepat mungkin. Seterusnya, sila maklumkan  kepada Pejabat Kesihatan Daerah anda dengan menghubungi talian hotline yang disediakan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline supaya langkah pengesanan kontak rapat dapat dijalankan segera.

Keselamatan setiap individu yang terlibat dalam bencana banjir ini adalah yang paling utama. Justeru, KKM faham sekiranya pematuhan SOP kesihatan awam tidak dapat dipatuhi sepenuhnya sewaktu menyelamatkan nyawa, tetapi KKM berharap agar semua individu yang terlibat sama ada mangsa banjir, anggota sukarelawan atau anggota penyelamat dapat cuba mematuhi SOP sebaik mungkin untuk mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19 di PPS. Sehubungan itu, KKM akan terus memantau jangkitan COVID-19 di PPS dan melakukan penilaian risiko dari semasa ke semasa. Untuk maklumat lanjut mengenai pencegahan dan pengurusan COVID-19 di PPS, anda boleh merujuk Annex 41 di https://covid-19.moh.gov.my/garis-panduan/garis-panduan-kkm atau https://covid-19.moh.gov.my/gari ... VID-19_28112021.pdf .

Akhir kata, KKM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang saling berganding bahu tanpa mengira bangsa dan agama dalam menangani bencana yang melanda negara kini. Semoga Malaysia mampu bangkit dengan lebih teguh selepas cabaran ini.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2021 07:14 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 22-12-2021 06:17 PM

Pada 22 Disember 2021, sebanyak 963 (27.2%) daripada 3,438 mangsa banjir telah diperiksa dan diberi rawatan pesakit luar oleh pasukan perubatan di PPS. Bilangan kes yang dilaporkan adalah seperti dalam Jadual 1:
Penyakit BerjangkitBilangan Kes
Jangkitan Saluran Pernafasan Akut (ARI)203
Penyakit Kulit50
Acute Gastroenteritis (AGE)13
Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD)1
Lain-Lain Penyakit Berjangkit43
Jumlah310
Jadual 1 : Pecahan  kes penyakit berjangkit yang melibatkan mangsa banjir pada 22 Disember 2021

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-12-2021 05:56 AM | Show all posts
seribulan replied at 22-12-2021 07:14 PM
Pada 22 Disember 2021, sebanyak 963 (27.2%) daripada 3,438 mangsa banjir telah diperiksa dan diberi  ...

ini sangat berguna
tips keselamatan sebegini, kita tak akan tahu jika tidak diberi peingatan
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2021 08:15 AM | Show all posts
ipes2 replied at 23-12-2021 04:56 AM
ini sangat berguna
tips keselamatan sebegini, kita tak akan tahu jika tidak diberi peingatan

Setakat ini, tiada kes taun naik kembali...sekejap hari itu je
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2021 07:14 PM | Show all posts
ipes2 replied at 23-12-2021 04:56 AM
ini sangat berguna
tips keselamatan sebegini, kita tak akan tahu jika tidak diberi peingatan

Kes yg dilapor

PERKEMBANGAN SEMASA KANAK-KANAK YANG DITEMUI LEMAH DI TAMAN SRI MUDA, SHAH ALAM
KKM ingin memaklumkan bahawa seorang kanak-kanak berumur 1 tahun 11 bulan telah ditemui lemah di Taman Sri Muda, Shah Alam pada 22 Disember 2021. Kejadian bermula dengan abang (berumur 15 tahun) dan kakak (berumur 8 tahun) kepada kanak-kanak tersebut mengalami gejala muntah-muntah pada 21 Disember 2021 dan telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar.
Pada 22 Disember 2021, kanak-kanak tersebut mulai muntah pada jam 8.30 malam, kemudian kelihatan letih dan kurang aktif. Ayahnya telah menghubungi 999 pada jam 10.00 malam untuk meminta bantuan kecemasan, seterusnya mereka sekeluarga telah dibawa ke klinik medan KKM di Taman Sri Muda pada jam 10.30 malam pada hari yang sama. Kanak-kanak tersebut kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang bagi rawatan susulan, manakala abang dan kakaknya diberi rawatan pesakit luar di klinik medan KKM dan dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga.
Pada mulanya, kanak-kanak tersebut diletakkan di triage merah kerana mengalami dehidrasi 5%. Walau bagaimanapun, memandangkan bacaan utama tahap kesihatan secara keseluruhan adalah memuaskan, beliau kemudiannya telah dipindahkan ke Zon Kuning dan telah diberikan rawatan cecair intravena (IV). Disebabkan kanak-kanak tersebut menunjukkan respons yang positif dan semakin pulih, dia seterusnya diberikan rawatan lanjut sebagai pesakit dalam di wad kanak-kanak Kompleks Ibu dan Bayi (KRIBA) HTAR. Diagnosa definitif adalah Acute Gastroenteritis (AGE) with 5% Dehydration.
Hasil siasatan mendapati, kejadian AGE dalam keluarga ini berpunca daripada bahan mentah makanan yang rosak dan faktor kebersihan yang terjejas akibat banjir. KKM ingin memaklumkan bahawa tiada isu kelewatan respon kesihatan yang berlaku berkaitan isu ini


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2021 06:54 PM | Show all posts
SITUASI SEMASA BENCANA BANJIR
Sehingga jam 3 petang 24 Disember 2021, KKM juga ingin memaklumkan:
Jumlah Pusat Perpindahan Sementara (PPS) yang masih beroperasi – 363 PPS;
Jumlah negeri dilanda banjir – Tujuh (7) (Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, WP Kuala Lumpur, dan Melaka);
Jumlah keseluruhan mangsa terjejas banjir – 53,696 orang;
Kes positif COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir – 405 kes; dan
Kes positif COVID-19 di PPS: Tiada.
Pada 24 Disember 2021, sebanyak 324 kes penyakit berjangkit yang dikesan dalam kalangan mangsa banjir. Bilangan kes yang dilaporkan adalah seperti berikut:
Jangkitan Saluran Pernafasan Akut (ARI) : 148 kes
Penyakit Kulit : 93 kes
Acute Gastroenteritis (AGE) : 75 kes
Konjunktivitis : 8 kes

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 01:13 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2021 06:06 AM | Show all posts

ha sudah mula keluar beberapa stats ye
nanti keluar lagi byk lah mcm2 stats pasal pelbagai penyakit berkaitan post-flooding ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2021 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 31-12-2021 05:06 AM
ha sudah mula keluar beberapa stats ye
nanti keluar lagi byk lah mcm2 stats pasal pelbagai penyaki ...

Kelantan pula banjir start semalam...huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2021 06:42 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 31-12-2021 05:44 PM
ipes2 replied at 31-12-2021 05:06 AM
ha sudah mula keluar beberapa stats ye
nanti keluar lagi byk lah mcm2 stats pasal pelbagai penyaki ...
Info hari ni...
Jadual 2:

Penyakit Berjangkit
Bilangan Kes

Semasa
Semasa
Kumulatif
Jangkitan Saluran Pernafasan Akut (ARI)
3
1,185
Penyakit Kulit
1
523
Jumlah
4
1,708

Jadual 2: Pecahan  kes penyakit berjangkit yang melibatkan mangsa banjir pada 31 Disember 2021

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-1-2022 02:41 AM | Show all posts
seribulan replied at 31-12-2021 07:30 AM
Kelantan pula banjir start semalam...huhu...

ya ada dengar
isshhh malang sungguh
harap semua org bersabar
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2022 06:41 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 2-1-2022 01:41 AM
ya ada dengar
isshhh malang sungguh
harap semua org bersabar

Semalam Johor & Melaka gak banjir selain negeri2 lain tu...huhu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2022 08:15 PM | Show all posts
seribulan replied at 2-1-2022 06:41 AM
Semalam Johor & Melaka gak banjir selain negeri2 lain tu...huhu...

iya?
alahai
banjir merata2
inisemua tentu sebab ice di northen poles yg dah cair tu
tentu ia release billions of tonnes of water
yg lalu meruap naik into the atmosphere dan gets dumped as rains elsewhere
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2022 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 3-1-2022 07:15 PM
iya?
alahai
banjir merata2

Sabah pun...siap ada kes sekeluarga lemas akibat bot terbalik...huhu...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:56 AM GMT+8 , Processed in 0.625465 second(s), 44 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list