CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4990|Reply: 70

[Tempatan] Mistik : Misteri 6 kolam takungan.

[Copy link]
Post time 30-12-2021 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Isu 6 kolam takungan banjir: DBKL perlu disiasat
29 Dec 2021

Kolam takungan banjir di Kuala Lumpur yang diluluskan bagi tujuan pembangunan. - (Sumber: Jabatan Pengairan dan Saliran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
NAZRIN ZULKAFLI

SHAH ALAM - Satu kertas siasatan perlu dibuka terhadap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkaitan isu meluluskan 943 projek yang tidak selaras dan melanggar pelan asal jabatan tersebut.

Setiausaha Agung Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Amira Aisya Abd Aziz berkata, ia termasuk enam kolam takungan banjir yang dijadikan projek pembangunan perumahan dan projek campuran.


Menurut beliau, apabila kolam takungan ditukar fungsi, air tidak dapat ditakungkan sehingga menyebabkan ia melimpah ke kawasan perumahan serta bandar, seterusnya mendatangkan banyak kesan terhadap alam sekitar, antaranya banjir kilat.

“Saya mendengar sidang media Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh. Selepas mendengarnya, memang saya jadi marah. Ini kerana DBKL telah meluluskan 943 projek dari tahun 2015 hingga 2020 yang melanggar dan tidak selaras dengan Pelan DBKL.




Hantaran Amira Aisya menerusi Twitter pada malam Selasa.

“Ini bukan tuduhan semata-mata. Ini merupakan satu laporan daripada Ketua Audit Negara. Maknanya laporan yang betul. Benda-benda ini semua akan menguntungkan siapa, adakah akan menguntungkan rakyat?

“Kolam takungan banjir berfungsi untuk memastikan apabila ada hujan yang sangat lebat, air akan ditakungkan di dalam kolam dan tidak akan melimpah ke kawasan perumahan, pusat bandar.

“Bila kolam takungan air ini tidak ada, sebab itu berlaku banjir di Kuala Lumpur yang teruk seperti baru-baru ini,” katanya dalam satu hantaran video di Twitter beliau pada malam Selasa.

Amira berkata, dalam laporan tersebut juga menyatakan bahawa projek ambil alih itu tidak menghiraukan nasihat jabatan dan agensi bertanggungjawab.

“Buat apa nak ambil nasihat kalau tidak mahu dengar? Banjir yang berlaku baru-baru ini telah mengorbankan hampir 50 nyawa, lebih 70,000 orang hilang tempat tinggal.

“Berbaloikah menyediakan projek-projek ini kepada pemaju-pemaju besar, sampai rakyat sendiri hilang tempat tinggal dan hilang nyawa. Masalah-masalah seperti ini perlu diselesaikan dengan segera,” ujar beliau.


   

Yg ni ke @airfilterkotor

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-12-2021 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Xkanlah benda ni diluluskan.... Mesti silap Jabatan Audit Negara ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
sprm kne siasat kes ni. Sprm pun kene disiasat jugak, semue xleh pcaya skrg ni. Dbkl, jps, menteri2, sprm sendiri ntahla.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2021 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by axl_bach at 30-12-2021 11:36 AM

Kontroversi kebenaran pembangunan di 6 kolam takungan banjir

Sinar Harian
Disember 30, 2021 01:52 MYT

Kontroversi kebenaran pembangunan di 6 kolam takungan banjir


SHAH ALAM: Ketika ramai pihak mencari punca yang berlaku banjir besar di Lembah Klang, timbul lagi satu dakwaan berhubung isu projek pembangunan perumahan dan projek campuran di enam kolam takungan banjir di Kuala Lumpur.
Ia berikutan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 2 yang kembali tular di media sosial mendedahkan kelulusan itu diberikan dari tahun 2015 hingga 2020 walaupun dalam tempoh yang sama ibu negara mengalami banjir kilat sebanyak 48 kali.

Pendedahan tersebut telah mencetuskan kemarahan ramai kerana ia bukan sahaja menjejaskan kapasiti kolam takungan banjir, malah merencatkan keseluruhan sistem operasi tebatan banjir, sekali gus risiko berlakunya bencana banjir lebih kerap di Kuala Lumpur.
Kolam yang terlibat ialah Kolam Batu, Kolam Nanyang, Kolam Delima, Kolam Taman Wahyu, Batu 4 ½ dan Taman Desa.

Justeru, ramai pihak menggesa supaya kertas siasatan dibuka terhadap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana didakwa telah meluluskan 943 projek yang melanggar dan tidak selaras dengan pelan asal jabatan.

Ini termasuk Setiausaha Agung Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Amira Aisya Abd Aziz yang turut mendesak supaya satu siasatan menyeluruh dijalankan.


Menurutnya, apabila kolam takungan ditukar fungsi, air tidak dapat ditakungkan sehingga menyebabkan ia melimpah ke kawasan perumahan serta bandar, seterusnya mendatangkan banyak kesan terhadap alam sekitar, antaranya banjir kilat.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dalam kenyataannya turut memaklumkan, seminggu selepas hujan lebat berpanjangan pada 18 Disember 2021, Kuala Lumpur mengalami banjir teruk melibatkan 12 kawasan.
Beliau berkata, ia menyebabkan lebih 90 lokasi kejadian tanah runtuh dan hakisan tanah.

Tambah Hannah, tukar guna tanah bukan sahaja menjejaskan kapasiti kolam takungan banjir, malah merencatkan keseluruhan sistem operasi banjir Kuala Lumpur.

Sabtu lepas, negara telah dikejutkan dengan kejadian banjir kilat yang luar biasa sehingga menenggelamkan beberapa tempat sekitar Lembah Klang, terutamanya di bahagian Selangor dan Kuala Lumpur.

Tragedi banjir yang tidak diduga itu menyebabkan banyak pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menampung ribuan mangsa di negeri berkenaan.

Akibat daripada tragedi itu juga, puluhan mangsa turut terkorban.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2021 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Kolam Nanyang, Kolam Delima dan Kolam Taman Wahyu dikenali sebagai Kolam Takungan Banjir Sungai Jinjang (KTBSJ) terletak berhampiran Sungai Jinjang meliputi kawasan seluas 38.64 kilometer (KM) persegi dengan kapasiti penyimpanan sehingga 2.5 juta meter padu air.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Choiii... tag nama aku pulak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2021 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Bende boleh bincang.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
"Wa kasi maju ini tempat tak salah maaaa"-Tauke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-12-2021 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 30-12-2021 11:44 AM
Choiii... tag nama aku pulak.

Tred ni dibuka diinspirasikan oleh BroEfil laaa,  hahahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2021 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni berita lama tahun 2018 dulu...

KSN perlu jelaskan isu kolam takungan banjir
Meor Riduwan Meor Ahmad
[email protected]

June 16, 2018 @ 4:31pm

KSN perlu jelaskan isu kolam takungan banjir


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng mempersoalkan penjualan sebahagian tapak kolam tadahan air tebatan banjir milik awam kepada syarikat pemaju swasta untuk projek kondominium mewah.

Lip Eng mendakwa proses penjualan sebahagian tapak Kolam Takungan Banjir Sungai Jinjang Fasa 2, Mukim Batu, di sini, bagi projek pembangunan bercampur dibuat tanpa tender terbuka pada 2015.

Katanya, tanah kerajaan seluas 80 ekar (32.4 hektar) berhampiran Taman Wahyu itu juga dijual oleh Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTGWPKL) di bawah harga pasaran semasa kepada pihak swasta.

Tanah yang dipersoalkan itu adalah rizab kolam takungan banjir Sungai Jinjang yang dijual oleh PTGWPKL kepada sebuah syarikat pada 20 November 2015 dengan harga RM237.14 juta atau RM68 satu kaki persegi.

"Harga pasaran pada ketika itu sekurang-kurang RM250 satu kaki persegi," katanya pada sidang media di tapak projek berkenaan hari ini. Hadir sama Ketua Pusat Perkhidmatan Komuniti Kawasan Kepong (PPKKK), Yee Poh Pin.

Lip Eng berkata, syarikat terbabit bagaimanapun tidak melakukan apa-apa projek sebelum tanah itu dijual kepada sebuah syarikat lain yang kemudian menjalin usaha sama dengan syarikat pembangunan dari China untuk membina kira-kira 14,000 unit kondominium mewah.

"Orang yang kena beri penjelasan terperinci (penjualan tanah) ini adalah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa kerana PTGWPKL adalah di bawah pentadbirannya.

Beliau juga memaklumkan akan ke pejabat PTGWPKL bagi mendapatkan pengesahan sama ada pemaju sudah melangsaikan pembayaran tanah itu.

Mengulas lanjut, Lip Eng berkata, pembangunan projek itu mendapat bantahan penduduk sekitar yang bimbang kesan jangka panjang akibat penambakan kolam takungan banjir.

Katanya, penduduk terbabit turut mengadakan demonstrasi serta menghantar beberapa surat kepada PTGWPKL dan Jabatan Pengairan dan Saliran bagi mendapat pengesahan penjualan tanah itu melalui PPKKK.

"Tapak ini adalah bekas lombong yang dijadikan kolam takungan untuk mengelak banjir di kawasan Kuala Lumpur. Semua air (hujan) dari Kepong, Batu Caves dan Selayang dialirkan ke sini.

"Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sepatutnya mencantikkan kawasan ini sebagai kawasan rekreasi dan bukannya pembangunan bercampur yang akan menambah kepadatan di kawasan ini," katanya.

Menurutnya, pembangunan komersial di kawasan itu juga bakal menambah bilangan kenderaan ke Jalan Sibu dan meningkatkan kesesakan di Taman Wahyu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2021 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Jawapan Pokdan

Shahidan jawab isu kolam takungan banjir
29 Dec 2021

Shahidan Kassim
MOHD AZLIM ZAINURY
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen pembangkang digesa memeriksa fakta sebelum membuat tuduhan berhubung pemberi milikan beberapa bidang tanah di Kuala Lumpur yang didakwa sepatutnya dijadikan kolam takungan banjir.

Gesaan dilontarkan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim bagi menjawab kritikan berkaitan perkara itu.


Menurut beliau, kelulusan bukan dilakukan menteri atau datuk bandar.

“Kebanyakan tanah di Wilayah Persekutuan ini dimiliki oleh JKPTG (Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan), perlu memohon kerajaan Persekutuan jika mahu membina bangunan.

Kalau kita menuduh menteri dan sebagainya (luluskan), saya kata kita semak fakta dulu, katanya selepas menyampaikan bantuan wang ihsan kepada mangsa-mangsa banjir di Kampung Pasir di sini pada Rabu.

Menyentuh gesaan agar siasatan dijalankan dalam isu berkenaan juga, Shahidan meminta pemimpin pembangkang terbabit membuat laporan rasmi.

Tak apa. Mereka nak buat laporan dan juga membuat beberapa tuduhan di luar Parlimen, bererti mereka akan hadapi sendiri (kesannya) sebab mereka buat di luar Parlimen.

Ini pandangan mereka, kalau mereka rasa tidak puas hati boleh buat laporan, katanya.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh ​yang menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan dalam tempoh 24 jam, berhubung enam kolam takungan banjir yang didakwa diluluskan untuk tujuan pembangunan di Kuala Lumpur.

Enam kolam itu didakwa sepatutnya dijadikan kolam takungan banjir yang dimaksudkan itu ialah kolam Batu, kolam Nanyang, kolam Delima, kolam Taman Wahyu, kolam Batu 4 1/2, dan kolam Taman Desa.

Hannah dalam kenyataan pada Khamis dilaporkan berkata, Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 mendedahkan sepanjang tempoh 2015 hingga 2020, Datuk Bandar meluluskan 943 kebenaran perancangan walaupun tidak selaras dengan Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur (PBRKL) 2020.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Beliau kata bukan salah menteri wilayah.

Ok and....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2021 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
KTBSJ ada kapasiti simpanan 2.5 juta meter padu air.

SMART tunnel kapasiti 1.4 juta meter padu (anggaran pengiraan kasar)  dah dah alihkan lebih 5 juta meter padu air dlm banjir baru2 ni

Canal City : aku masih x jumpa kapasiti simpanan,  nk anggar dari 30% max kapasiti Sg Klang pun xleh sbb aku x jumpa berapa isipadu sg Klang.

Mmg xder data pasal Canal City ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 12:23 PM | Show all posts
Sumber

Isu enam kolam takungan banjir yang telah diberi milik kepada syarikat-syarikat pemaju di antara 2015-2020 telah disiasat Ketua Audit Negara. Laporan ini telah diterbit dan boleh dimuat turun di https://www.audit.gov.my/.../LKAN2019-Siri-2-Aktiviti...

Beberapa dapatan penting telah direkod Ketua Audit Negara:

1) Ketua Setiausaha Negara pada 2015 “telah bermesyuarat untuk mempertimbangkan syarikat-syarikat yang berminat memajukan Kolam Takungan Banjir Sg Jinjang (KTBSJ, salah satu dari 6 kolam takungan banjir yang telah diberi milik untuk dibangunkan);

2) Mesyuarat Jawatankuasa Tanah WPKL pada 9 Oktober 2015 telah “bersetuju membatalkan perizaban (KTBSJ)… bagi membolehkan kelulusan pemberimilikan seluas 80 ekar diberikan kepada Syarikat 971210-P untuk pembangunan bercampur”; dan

3) Jabatan Pengairan dan Saliran WPKL (JPSWPKL) pada 6 dan 29 Jan 2021 telah “menyatakan isu-isu berbangkit perizaban Tanah Persekutuan. Turut dinyatakan hasrat JPS agar kolam takungan banjir dapat dirizabkan hanya untuk tujuan kolam takungan banjir DAN TIDAK DIBERI MILIK KEPADA PIHAK KETIGA”.

Soalan:

1) Siapakah Ketua Setiausaha Negara yang dimaksudkan bagi KTBSJ ini? Pada 2015, KSN adalah Tan Sri Ali Hamsa.

2) Siapakah ahli-ahli mesyuarat serta pengerusi mesyuarat JKTWPKL yang dinyatakan dalam laporan Ketua Audit Negara ini, yang telah membolehkan kelulusan pemberimilikan kolam takungan banjir ini?

3) Mengapa pandangan JPSWPKL berhubung cadangan pembesaran kolam takungan banjir pada 8 Ogos 2015 tidak diendahkan?

4) Mengapa hasrat JPS - agensi teknikal yang kompeten dalam hal ini - agar kolam-kolam takungan banjir tidak diberi kepada pihak ketiga tidak dihirau?

Tidak perlu siasatan yang bermula dari zero.

Sesiapa yang ingin menyiasat serta mengambil tindakan ke atas mereka yang telah membolehkan penjualan kolam-kolam takungan banjir ini boleh rujuk Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 2.

Tapi ingat, siasatan Ketua Audit Negara ini hanya menyentuh SATU DARI ENAM kolam takungan banjir yang dinyatakan!

FAHMI FADZIL

Ahli Parlimen Lembah Pantai


Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Meeting banyak-banyak tu kira PTGKL punya tabletop study ke, acaner?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 12:45 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2021 12:48 PM | Show all posts
jadi laaa

lemah..

banjir kat KL aritu disebabkan oleh sungai klang contohnya dekat jalan raja laut melimpah

benda boleh dielak jika canal city siap

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 12:50 PM | Show all posts

Berapa taburan hujan (mm) yang City Canal boleh tambat?

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 01:09 PM | Show all posts
Edited by Abahmung at 30-12-2021 01:28 PM

hannah yeoh dah bising pasal ni semalam


Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
sam1528 replied at 30-12-2021 12:50 PM
Berapa taburan hujan (mm) yang City Canal boleh tambat?

Iols pun menantikan gak info capacity canal city ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.138479 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list