CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 439|Reply: 0

Bangladesh tarik semula kawasan pantai khas untuk wanita

[Copy link]
Post time 1-1-2022 12:45 PM | Show all posts |Read mode

Papan tanda yang menyatakan bahagian pantai yang dikhaskan untuk pengunjung wanita dan kanak-kanak di Cox’s Bazar. - FOTO AFP

Cox's Bazar: Pihak berkuasa di pusat peranginan utama Bangladesh menarik semula pengasingan sebahagian pantai khusus untuk wanita dan kanak-kanak selepas bantahan media sosial mengenai pengasingan jantina.

Semalam, pegawai Cox's Bazar merasmikan bahagian pinggir pantai di pantai laut semula jadi terpanjang di dunia sebagai zon eksklusif untuk wanita dan kanak-kanak.

Namun, beberapa jam kemudian, pentadbiran itu mengeluarkan kenyataan akhbar mengatakan bahawa ia 'menarik balik keputusannya' selepas menerima 'maklum balas negatif'.

Abu Sufian, seorang pegawai kanan di Cox's Bazar, memberitahu AFP bahawa bahagian pantai berkenaan diwujudkan berikutan permintaan daripada wanita konservatif di negara majoriti Islam itu.

"Mereka meminta bahagian pantai khusus untuk diri mereka sendiri, kerana mereka berasa segan dan tidak selamat di tempat yang sesak," katanya.

Awal bulan ini tragedi wanita dirogol beramai-ramai di Cox's Bazar mencetuskan bantahan terhadap keselamatan wanita di bandar itu.

Namun, langkah untuk mengasingkan sebahagian pantai itu menimbulkan kegemparan di media sosial, dengan pengkritik mendakwa ia boleh menjerumuskan ke arah tindakan agama yang lebih keras.

"Ini adalah Talebistan," kata wartawan veteran dan pengulas, Syed Ishtiaque Reza di Facebook, yang merujuk kepada Taliban di Afghanistan.

Seorang pengulas lain membandingkannya dengan 'Mollahtantra', yang diterjemahkan sebagai ideologi keras Islam.

Sebahagian daripada masyarakat Bangladesh kekal sangat konservatif, dan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat kumpulan mengadakan perhimpunan besar-besaran menuntut pengasingan jantina di tempat kerja dan kilang.

Cox's Bazar menjadi tumpuan ketika musim perayaan dan sektor pelancongan berkembang pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Bagi memberi keselamatan kepada jumlah pelancong yang semakin meningkat, pihak berkuasa juga menubuhkan unit polis pelancongan untuk rondaan bandar-bandar di pantai.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.059508 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list