CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 444|Reply: 0

Naik gaji walau kena buang kerja

[Copy link]
Post time 5-1-2022 10:39 AM | Show all posts |Read mode
Manama: Mahkamah Jenayah di Bahrain menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun ke atas bekas penjawat awam dan memerintahkannya membayar denda 15,000 dinar (RM207,343).

Ia selepas mahkamah mendapati lelaki itu bersalah atas pertuduhan menyalahgunakan jawatannya.

Lelaki itu didakwa menaikkan gajinya sendiri secara haram sebanyak tiga kali ganda untuk memastikan jumlah pencen yang diterimanya menjadi lebih besar.

Gulf News melaporkan, defendan yang bekerja di sebuah institut latihan dilantik ke jawatan itu pada 2008 dengan gaji bulanan 1,950 dinar (RM26,954), kata Akhbar Al Khaleej.

Bagaimanapun, dia menyalahgunakan kuasanya dengan memalsukan kontrak pendaftaran elektronik.

Pada mulanya, dia menukar gaji bulanannya kepada 2,100 dinar (RM29,028) dan setahun kemudian, menaikkan jumlah itu kepada 2,774 dinar (RM38,344).

Walaupun sudah dibuang kerja, dia masih menyimpan nombor pengenalan diri dan lelaki itu kemudian menggunakan nombor berkenaan untuk menaikkan semula gajinya kepada 3,300 dinar (RM45,610) sebulan.

Tindakan itu dilakukan untuk memastikan dirinya mendapat pencen lebih tinggi daripada jumlah yang sepatutnya.

Siasatan mendedahkan defendan bertanggungjawab memasukkan data kakitangan dalam laman web Pertubuhan Insurans Sosial dan mengemas kini senarai gaji mereka.

Penyelewengannya selama dua tahun itu didedahkan oleh sebuah agensi kerajaan. - Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.239287 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list