CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2032|Reply: 23

Mahkamah Tak Benar Farid Kamil Merayu Sabitan, Denda RM5,500

[Copy link]
Post time 5-1-2022 04:10 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon dan pengarah, Farid Kamil Zahari tidak mendapat kebenaran Mahkamah Rayuan untuk merayu sabitan dan denda berjumlah RM5,500 bagi kesalahan menggunakan kekerasan jenayah dan mengeluarkan perkataan tidak sopan di balai polis, hampir empat tahun lalu.


Permohonan kebenaran merayu di Mahkamah Rayuan di bawah Seksyen 50(2) Akta Mahkamah Kehakiman (CoJA) 1964 diperlukan kerana kedua-dua kes bermula dari Mahkamah Majistret.




Kredit foto: IG Farid




Perkara itu ditentukan selepas panel tiga hakim diketuai Datuk Hanipah Farikullah yang bersidang bersama Datuk Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali sebulat suara menolak permohonan pelakon tersebut hari ini.


Panel berkenaan berpuas hati permohonan Farid Kamil, 40, tiada merit dan menolak persoalan undang-undang-undang yang dikemukakannya.


Oleh kerana pelakon itu gagal merayu, sabitan yang diputuskan Mahkamah Majistret Petaling Jaya bagi kedua-dua kesalahan, kekal.


Pada masa sama, panel tersebut turut menolak permohonan pendakwaan untuk mendapatkan lanjutan masa bagi memfailkan petisyen rayuan berhubung hukuman bagi pertuduhan mengeluarkan perkataan tidak sopan di bawah Seksyen 90 Akta Polis 1967.


Permohonan lanjutan masa itu ditolak atas alasan mahkamah berpuas hati pihak pendakwaan tidak menyertakan alasan yang mencukupi bagi menyokong permohonan itu.


Ini bermakna, Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan silang pendakwa raya terhadap denda RM5,000 yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam atas kesalahan melibatkan kekerasan jenayah.


Pihak pendakwaan tidak berpuas hati dengan keputusan itu dan mahukan hukuman penjara 13 bulan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, dikekalkan.




Kredit foto: IG Diana Danielle




Farid Kamil diwakili peguam Kee Wei Lon dan Low Wei Loke manakala bagi kedua-dua permohonan, pihak pendakwaan diwakili Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Nahra Dollah dan Zaki Asyraf Zubir.


Pada 2 Jun 2020, Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman penjara 13 bulan terhadap Farid Kamil selepas didapati bersalah menggunakan kekerasan jenayah dan mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap seorang anggota polis dengan niat untuk menghalangnya melakukan tugas.


Majistret Nor Ariffin Hisham menjatuhkan hukuman penjara 13 bulan bagi kesalahan menggunakan kekerasan jenayah mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan penjara empat bulan bagi pertuduhan mengeluarkan perkataan tidak sopan mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967.


Mahkamah turut memerintahkan pelakon itu membayar kos pendakwaan sebanyak RM5,000 atau menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar kos berkenaan.


Nor Ariffin bagaimanapun memerintahkan hukuman penjara 13 bulan berjalan serentak tetapi berkuat kuasa selepas hukuman penjara sembilan bulan yang dijatuhkan terhadapnya bagi kesalahan menggunakan dadah jenis ganja THC atau Tetra Hydrocannibol.


Mengikut pertuduhan, pelakon filem J Revolusi itu didakwa menggunakan dadah pada pukul 4.30 petang di Pejabat Narkotik Petaling Jaya pada 11 Januari 2018.


Pada 23 Ogos tahun lalu, Pesuruhjaya Kehakiman Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor menggantikan hukuman penjara 13 bulan dengan denda RM5,000 bagi kesalahan melibatkan kekerasan jenayah.


Hukuman penjara empat bulan kerana mengeluarkan perkataan tidak sopan digantikan dengan denda RM500.


Farid Kamil disabitkan melakukan kedua-dua kesalahan itu terhadap Konstabel Muhammad Nizam Jamaluddin di Kaunter Pertanyaan, Balai Polis Trafik Kota Damansara pada jam 1.20 petang, 11 Januari 2018.




Sumber: Utusan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2022 04:16 PM | Show all posts
dia memang pernah masuk penjara ke? soklan serius nih
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2022 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambar yg 1st tu horror nya.
Kejadian betul ke, lakonan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2022 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Cik_jantung at 16-1-2022 07:39 AM

..........
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2022 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian DD...bertabahla kamu ye sis. Laki kalau dh terjebak ngn substance mmg berpotensi utk agresif..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2022 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Roy martin yg dah kertu bercucu pun boleh terjebak dgn dadah.

Tok jamal mmg 100% bebas ke?



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2022 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Comey nye anak2. Semua ikut dd je byk
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 01:59 AM | Show all posts
shi_jewel replied at 5-1-2022 09:45 PM
Sian DD...bertabahla kamu ye sis. Laki kalau dh terjebak ngn substance mmg berpotensi utk agresif..

Zayn Malik yg smoke weed pun kdg2 ganas, stakat sbut jerit "fcuk" tu biasa je bgi dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2022 01:59 AM | Show all posts
Carcosa replied at 5-1-2022 07:32 PM
Gambar yg 1st tu horror nya.
Kejadian betul ke, lakonan?

Mcm tngh nak suntik vaccine tpi x thu lah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 05:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti berlakon tu..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 06:26 AM From the mobile phone | Show all posts
padan muka ko kan noreen?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 06:27 AM From the mobile phone | Show all posts
over jah gambar tarrik baju tu?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts
gideoncross replied at 6-1-2022 01:59 AM
Zayn Malik yg smoke weed pun kdg2 ganas, stakat sbut jerit "fcuk" tu biasa je bgi dia.

pompuan kan suka badboy
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 12:09 PM | Show all posts
hanak nye yg sinun die takmo ngaku tu helok je belajo jadi doktor.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
mummydarling: hanak nye yg sinun die takmo n ...


Confident jer chuols ...
Xyah masuk campur la
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2022 10:37 AM | Show all posts
RED 666 replied at 6-1-2022 06:57 AM
pompuan kan suka badboy

Btul tu, knonnya bad with other ppl tpi sweet dgn dia pastu bila c llaki dh mngamuk, bru nak ada rsa tkut & mnysal. Sma mcm Gigi Hadid time ni, ktanya dh over Zayn M tpi x thu lah nnti dia nak go back hahahaha.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2022 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
gideoncross replied at 7-1-2022 10:37 AM
Btul tu, knonnya bad with other ppl tpi sweet dgn dia pastu bila c llaki dh mngamuk, bru nak ada r ...

lelaki badboy mmg bila depan pompuan yg diorg suka nmpk mcm pijak semut x mati, kira pompuan2 ni bangga lah dpt jinakkan badboy. bila dah jadi laki diorg siap sedialah byk drama air kata berlaku mcm dlm page fb kisah rumah tangga tu. hari2 jumpa mmg x mampu dah la nak sorok perangai buruk diorg lagi
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2022 12:22 PM | Show all posts
RED 666 replied at 7-1-2022 01:11 PM
lelaki badboy mmg bila depan pompuan yg diorg suka nmpk mcm pijak semut x mati, kira pompuan2 ni b ...

Yikes, aiol msih single lgi, hopefully nnti brtemu dgn llaki yg btul2 baik & ssuai, Amin2 YRA. Tu lah klau ckp psl badboy ni, Zayn Malik yg pling nmpk sbgai contoh kuat, bliau klau mrah, prktaan fuck tu dh jdi kbiasaan & bru2 ni kes bliau pun, fuck2 je manjang & lpas tu dh kna tngkp pun msih lgi ada fans yg nak mmpertahankn dia, aiyok. Aiol rsa Gigi Hadid ni on-off dgn Zayn Malik psl kote dia je kot hahahaha lollll.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2022 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
gideoncross replied at 8-1-2022 12:22 PM
Yikes, aiol msih single lgi, hopefully nnti brtemu dgn llaki yg btul2 baik & ssuai, Amin2 YRA. Tu  ...

kalau kat negara kita pulak si ammar sado dan farid kamil tu la jenis badboy. kalau aedy ashraf pulak penampilan ala2 badboy
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2022 03:15 PM | Show all posts
ada lagi ke yg percaya farid kamil ni punya statement Najib offer dia RM5 juta.   
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.061506 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list