CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 539|Reply: 0

[Tempatan] Laksana zon 30 km/j di ibu kota

[Copy link]
Post time 8-1-2022 08:48 PM | Show all posts |Read mode
Laksana zon 30 km/j di ibu kota


Suasana di sekitar Dataran Merdeka di ibu kota. DBKL dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) akan menetapkan had laju 30 km/j di zon terpilih di ibu negara. - Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) akan bekerjasama bagi pelaksanaan had laju 30 kilometer sejam (km/j) di zon terpilih di ibu negara dan 50 km/j bagi zon lain.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Lembaga Pengarah MIROS, Datuk Suret Singh, melalui Twitternya, hari ini.

"Kami juga berbincang berhubung perkongsian data kamera litar tertutup (CCTV) mengenai kesalahan trafik," katanya.

Semalam, Suret dan Ketua Pengarah MIROS, Datuk Dr Khairil Anwar Abu Kassim, mengadakan kunjungan hormat ke atas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah, di pejabatnya, di sini.

Sebelum ini, media melaporkan, MIROS mencadangkan had laju standard 30 km/j untuk kawasan bandar, desa dan kediaman sebagai sebahagian daripada Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2021-2030.

Khairil Anwar berkata, institusi itu akan membabitkan pihak berkepentingan, termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pihak berkuasa tempatan, polis dan pihak berkuasa lain yang berkaitan.

Katanya, had laju itu akan membolehkan orang ramai menguruskan keselamatan dengan lalu lintas jalan raya, selain mewujudkan kawasan yang selamat, sihat, hijau dan sesuai didiami.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... -30-kmj-di-ibu-kota

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 09:43 AM GMT+8 , Processed in 0.675861 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list