CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 421|Reply: 0

[Tempatan] Seorang balu dan tiga anaknya bersyukur mendapat rumah baharu setelah rumah pusaka yang berusia hampir 50 tahun yang mereka duduki sebelum ini hampir roboh.

[Copy link]
Post time 15-1-2022 05:44 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 14-1-2022 01:46 PM

Syukur dapat rumah baharu

NORISMAH Ismail (dua dari kanan) bersama anak sulungnya, Norfatihah Norazam (dua dari kiri) memegang kunci rumah replika melalui Program Baiti Jannati TNB di Kampung Tersusun Sungai Terap, Batu Gajah, hari ini. - UTUSAN/LIYANA RAMLI


  • Oleh LIYANA RAMLI
  • 14 Januari 2022, 6:33 pm


BATU GAJAH: Seorang balu dan tiga anaknya bersyukur mendapat rumah baharu setelah rumah pusaka yang berusia hampir 50 tahun yang mereka duduki sebelum ini hampir roboh.
Norismah Ismail, 49, yang menerima rumah baharu melalui Program Baiti Jannati (PBJ) Tenaga Nasional Berhad (TNB) gembira kerana dapat kediaman yang selesa.

Katanya, rumah pusaka yang didiaminya sebelum ini hampir roboh dimakan anai-anai. Saya bersyukur kerana dapat rumah ini, apabila siap sahaja rumah ini, kami terus pindah masuk.

“Rumah sebelum ini tidak selamat untuk didiami lagi kerana reput dan hampir roboh dimakan anai-anai,” katanya  kepada pemberita semasa Majlis Penyerahan Majlis Kesyukuran dan Penyerahan Rumah Projek Baiti Jannati TNB Peringkat negeri Perak di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Mohd. Zolkafly Harun. Norismah kematian suami, Norazam Abdul Rahman pada Oktober lalu setelah enam tahun menghidap angin ahmar.

Menurutnya, arwah suaminya tidak sempat menduduki rumah yang baru siap itu. Sebelum meninggal dunia, arwah sangat gembira kerana menerima bantuan rumah baharu.
“Suami pernah bekerja sebagai pengurus sebuah resort di sini tetapi setelah sakit dan terlantar kami hanya berharap kepada bantuan sahaja kerana saya menjaga suami yang sakit,” katanya.

Menurut Norismah, sebelum ini sementara menunggu rumah baharu itu siap, mereka sekeluarga tinggal di rumah belakang yang hanya menunggu masa untuk roboh sahaja kerana sudah reput.

“Arwah suami tetap mahu tinggal di situ kerana keadaannya yang sakit dan sukar untuk dia bergerak, namun hasratnya untuk masuk rumah baru tidak kesampaian kerana meninggal dunia pada Oktober lalu,” katanya.

Sementara itu, anak sulung kepada pasangan itu, Norfatihah Norazam, 19, berkata, arwah bapanya ada memberitahu tidak sabar untuk menghiasi rumah baharu mereka.
“Sebelum meninggal, ayah cakap tak sabar nak tunggu rumah siap dan mahu mencantikkan rumah itu,” katanya.

Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Baharin Din berkata,  program PBJ telah memanfaatkan seramai 117 orang dengan nilai peruntukkan RM5.1 juta di negeri Perak sejak tahun 2008.

Menurutnya, sebanyak RM 1.2 juta telah diperuntukkan bagi membina 20 buah rumah buat golongan asnaf terpilih di negeri ini pada tahun 2021.
“Manakala  di peringkat nasional, sebanyak 717 rumah telah dibaik pulih, dibina baharu atau dibiayai sepenuhnya di seluruh Semenanjung dengan nilai peruntukkan melebihi RM31 juta sejak 2007,” katanya. – UTUSAN ONLINE







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.872807 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list