CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 458|Reply: 2

[Dunia] 78,000 guru mogok panduan baharu Covid-19

[Copy link]
Post time 15-1-2022 07:22 AM | Show all posts |Read mode

BERPULUH-PULUH ribu guru dan kakitangan sokongan lain mengadakan bantahan di seluruh Perancis. - AFP

78,000 guru mogok panduan baharu Covid-19

PARIS – Sejumlah besar guru di Perancis melancarkan mogok kelmarin dengan kesatuan guru terbesar menyatakan bahawa separuh daripada keseluruhan sekolah rendah di negara berkenaan ditutup.

Berpuluh-puluh ribu guru dan kakitangan sokongan lain membanjiri jalan-jalan raya dengan kementerian dalam negeri memberitahu, hampir 78,000 pendidik mengadakan bantahan di seluruh Perancis termasuk 8,200 penunjuk perasaan di Paris.

Meskipun kementerian pendidikan berkata bahawa hampir 40 peratus guru sekolah rendah mogok, kesatuan sekerja utama, Snuipp meletakkan angka tersebut kepada 75 peratus dengan satu dalam setiap dua sekolah rendah di Perancis ditutup kelmarin.

Mogok dan tunjuk perasaan itu menunjukkan kekecewaan yang semakin meningkat di sekolah-sekolah, kata Snuipp dalam satu kenyataan semasa mengumumkan mogok itu pada Selasa lepas.

Menurutnya, guru-guru tidak dapat mengajar secara wajar, tidak dilindungi secukupnya daripada jangkitan Covid-18 dan kerap mendengar mengenai perubahan langkah-langkah kesihatan baharu menerusi media dan bukannya pekelililing kerajaan.

“Kerajaan mengumumkan pelbagai langkah baharu tetapi tidak memikirkan sama ada ia wajar untuk guru-guru.

“Mereka (kerajaan) meminta yang bukan-bukan daripada guru,” kata ketua sekolah di Paris, Olivier Flipo.

Dengan ramai pelajar jatuh sakit dan kesukaran untuk menggabungkan pembelajaran dari rumah dan pendidikan di bilik darjah, sekolah-sekolah kini menjadi seperti pusat jagaan kanak-kanak, kata Snuipp pula.

Sebilangan ibu bapa turut menyokong mogok tersebut.

“Saya memahami guru-guru dan pendirian mereka. Kelas-kelas terlalu ramai. Guru tidak dibayar secukupnya dan persekitaran kerja mereka bukan yang terbaik,” kata seorang bapa, Akim Aouchiche. – AFP

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... is-lancarkan-mogok/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2022 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
"Menurutnya, guru-guru tidak dapat mengajar secara wajar, tidak dilindungi secukupnya daripada jangkitan Covid-18 dan kerap mendengar mengenai perubahan langkah-langkah kesihatan baharu menerusi media dan bukannya pekelililing kerajaan."

Covid-18 ?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Revolina S. Temat eh Revolusi Perancis tersenyum sinis

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.125104 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list