View: 1465|Reply: 1
|
Kecoh gara-gara patung disangka mayat
[Copy link]
|
|
PATUNG yang disangka mayat. FOTO Cambridgeshire Police
London: Bukan mayat rupanya patung pakaian putera untuk memeriahkan majlis sambutan hari jadi.
Itu penemuan disifatkan buang masa oleh pasukan Polis Cambridgeshire Timur selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam.
Individu yang menghubungi polis menyatakan kebimbangan apabila melihat sepasang kaki berstoking terjuntai pada kerusi hadapan kenderaan lain ketika memandu di M11, petang Sabtu lalu.
Sejurus menerima laporan itu, polis mengesan kenderaan terbabit dan membawanya di Ely, Cambridgeshire, namun pemeriksaan mereka mendapati mayat itu sebenarnya hanya patung yang memakai pakaian putera raja lengkap dengan mahkota.
Jurucakap polis Cambridgeshire mengesahkan ia laporan palsu dan menasihati orang ramai terutama pemandu itu daripada mengulangi perkara sama.
"Nasihat diberikan kepada pemandu itu untuk tidak mengulangi kesilapan sama lagi.
"Namun, jika kamu melihat sesuatu mencurigakan sila hubungi kami dalam talian https://orlo.uk/nqH1k. Sentiasa hubungi 999 semasa kecemasan," katanya menerusi hantaran di Facebook seperti dilaporkan portal Metro.
Perkongsian polis itu menimbulkan reaksi netizen yang menganggap kejadian itu melucukan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
skali pandang mcm manusia betol |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|