Majlis Istiadat Perkahwinan Puteri Sultan Brunei, Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah bersama pasangan beliau, Awang Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi yang berlangsung selama 10 hari bermula 16 Januari telah pun berakhir pada 26 Januari.
Selain daripada tumpuan yang diberikan kepada pasangan pengantin diraja, satu lagi pasangan yang turut menarik perhatian adalah adinda kepada Pengiran Anak Puteri Fadzilah, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan Anisha Rosnah Isa Kalebic.
Kelibat Anisha yang sentiasa dapat dilihat di sisi Putera Mateen di dalam foto-foto sekitar Istiadat Perkahwinan Diraja itu menguatkan lagi spekulasi yang bermula sekitar awal tahun 2020 yang mengatakan cucu kepada negarawan Brunei, Pehin Dato Haji Isa itu adalah bakal isteri kepada Putera Mateen.
Foto : Instagram bruneiroyals, majalah remaja
Hasil pandangan mata netizen yang tajam juga berjaya menemukan cincin yang dikatakan pernah dipakai oleh bonda kepada Putera Mateen di jari Anisha.
Tidak banyak maklumat yang dapat dicari berkenaan gadis ini, laman instagram miliknya juga telah hilang, dikatakan akibat diserang 'cewek-cewek gila Indonesia' yang obses dengan Putera Mateen.
Foto : Instagram support.anishaik
|