CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Budaya] Seni Masakan/Resepi

[Copy link]
 Author| Post time 1-6-2022 10:13 AM | Show all posts
Karipap pusing

(doh minyak)
2 cwn tpg gandum
1 sudu tpg jagung/t.beras
3-4 sudu minyak msk yg telah panaskn
Garam secubit
Air sejuk dari peti ais secukup untuk doh .
Di gaul sebati tpg n minyak tadi pastu baru masuk air sejuk sedikit demi sedikit sampai jadi doh yg lembut..bahagi beberapa bahagian dan leperkn..
(tgok dlm gambar)
(Doh marjerin)
1 cwn tpg gandum
1/2 sudu tpg jagung/ t.beras
Marjerin secukupnye untuk bancuhan..

Gaul tpg ngan marjerin sampai jadi doh..
bahgi doh mengikut doh yg pertama tadi..buat bulat²...masukkn dlm doh yg pertama yg dah di leper kn tadi..
tutupkn bulat²kn sedikit...buat sehingga abis...rehatkn doh dlm 15 minit baru di gelekkn ,dah di gelek gulung lgi sekali baru di potong ikut ketebalan yg kite nk...
pastu gelek lagi baru masukkn inti kelim tepi baru goreng...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2022 11:48 AM | Show all posts
#1 Sambal Bilis Belimbing BuluhImej via Facebook


Bagi yang mempunyai stok ikan bilis, ini adalah resepi masakan harian yang wajib anda cuba. Mudah, enak dan semestinya membangkitkan selera. Resepi ini dikongsikan oleh Nanie Rosnani di laman Facebook.
Bahan-bahan:
  • Petai (dihiris) *optional
  • Belimbing buluh (dihiris bulat)
  • Garam dan gula sebagai perasa

Bahan tumbuk kasar atau halus:

  • Segenggam ikan bilis
  • Beberapa tangkai cili merah dan cili padi (jumlah ikut citarasa anda)
  • 4 ulas bawang merah
  • Belacan *optional
Cara-cara:
  • Tumis bahan tumbuk dan masukkan belimbing dan petai.
  • Setelah pecah minyak, perasakan dengan garam dan gula.
  • Sedia untuk dihidang.

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 11:48 AM | Show all posts
#2 Ayam PerattalImej via Facebook

Selalu anda nikmati kari ayam berkuah, apa kata kali ini anda cuba kari ayam versi kering pula? Itulah gambaran untuk hidangan ini – ayam perattal. Resepi ini dikongsikan oleh Sheena Supramaniam di laman Facebook.

Bahan-bahan:
  • 3 bahagian kaki ayam (dipotong kecil)
  • 1 biji tomato (dibelah empat)
  • Sedikit daun kari
  • Daun ketumbar *optional (dihiris)
  • Minyak kelapa atau minyak masak untuk menumis
  • Sedikit air bahan kisar
  • 1 batang kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • ½ sudu besar jintan manis
  • 2 sudu besar serbuk kari ayam/daging
  • 1½ sudu kecil serbuk kunyit
  • 2½ sudu serbuk cili

Bahan kisar:



  • 5 biji bawang kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 ketul halia saiz ibu jari
Cara-cara:
  • Panaskan kuali dan masukkan minyak masak atau minyak kelapa.
  • Masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan jintan manis.
  • Tambahkan daun kari dan bahan kisar.
  • Seterusnya, masukkan sedikit air bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
  • Setelah pecah minyak, masukkan ayam dan serbuk kunyit.
  • Kacau sebati dan masukkan tomato.
  • Masukkan serbuk cili dan serbuk kari.
  • Kacau sebati dan perasakan garam. Pastikan ayam dimasak menggunakan api sederhana.
  • Kacau sekali sekala. Jika terlalu kering, boleh masukkan 20-30 ml air.
  • Masukkan daun ketumbar. Kacau sebati dan biar masak selama 5 minit.
  • Sedia untuk dihidang.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2022 12:17 PM | Show all posts
Edited by Tashu at 1-6-2022 12:18 PM

Bihun Sup Utara (Sup Tulang)

Bahan bahan
1 peket bihun
1 sudu kunyit
Rebus bihun dalam air yang mendidih yang ditambah kunyit..kemudian basuh dan tapis..
Bahan2 Sup Tulang
1kilo tulang dicampur sedikit daging
2 batang serai ketuk
Halia lebih kurang 2 inci diketuk
4 ulas bawang putih ditumbuk
4 ulas bawang merah kecil ditumbuk
1 batang kulit kayu manis
Setengah sudu kecil bunga cengkih ditumbuk kasar
Setengah sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar
3 bunga lawang
4 biji buah pelaga
Sedikit batang daun sup
Air secukupnya

Masukkan semua bahan bahan didalam periuk..
Rebus sehingga empuk kemudian masukkan garam atau perasa jika suka..

***lepas sup dah masak boleh masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng ke dalam sup...kalau taknak buat pon tak apa..

Bahan2 cabai merah
Cili kering yang telah di blend atau ciliboh atau cili yang siap dikisar
Sedikit bawang putih dan bawang merah kecil ditumbuk
Asam keping atau air asam jawa atau cuka
Garam
Gula

Tumis bawang kemudian masukkan cili ..masak sampai pecah minyak..masukkan asam keping atau air asam jawa atau cuka..garam dan gula..boleh juga masukkan sesikit sos cili jika taknak masukkan gula.

Bahan2 sampingan untuk dimakan bersama bihun
Daun bawang
Daun sup
Lobak masin
Bawang goreng


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2022 12:22 PM | Show all posts
pulut panggang @ pulut udang

Untuk inti
1/2 biji kelapa parut
2 biji bawang merah
1/2 st jintan manis
3 sb cili kisar
2 btg serai
4 sb minyak
Letak udang kecil nak udang lebih tambah le.atau udang kering yg telah di rendam dan di tumbuk.
Tumis cili +bawang merah,serai yg telah d kisar+jintan manis .Bila dah berbau masukan udang dan serbuk perasa ikut sedap le ye.kemudian masukkan kelapa.
Kacau biar agak kering .

Untk pulutnya
2 cwn pulut,saya guna cawan yg kita sukat beras tu .Kukus hingga másak kemudian gaul dgn 1/2 caw santan yg dicampur garam.sejuk bolihlah di balut dgn daun pisang dan diletak inti dan bakar

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2022 12:26 PM | Show all posts
KERABU KAKI AYAM

Bahan-bahannya:
12 ketul kaki ayam - dibersihkan dan dipotong dua dan rebus
Buang tulang kaki ayam ni supaya senang nak makan.
1 biji bawang besar - dihiris nipis
11 biji cili api - dihiris bulat nipis, lebihkan cili dan tumbuk
2 biji tomato - dihiris
2 batang serai - dihiris nipis
1 biji limau nipis - diambil jusnya
3 sudu makan sos ikan (nampla)
1 1/2 sudu makan gula
1 pokok daun sup - dihiris halus
1 pokok daun bawang - dihiris halus
Tambah su-un, bunga kantan, garam dan gula sikit.

Cara-caranya:
Masukkan air, kaki ayam dan sedikit garam ke dalam periuk. Rebus hingga kaki ayam empuk.
Sejatkan kaki ayam.
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Gaul rata.
Hidangkan.
Kalau baru-baru kita gaulkan memang sedap sangat di ratah ni, tak sedar habis semangkok kerabu, pertama kali kaknoor buat ni memang sedappp sangat, esuk lusa pasti nak cari kaki ayam lagi dan buat macam ni..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2022 02:08 PM | Show all posts































Menu Sup Gear Box Paling Sedap & Mudah




Terasa nak makan sup? Menu yang dikongsi ni pasti memenuhi citarasa dan selera anda. Mudah dan sedap!


SUP GEAR BOX
BAHAN-BAHAN:

ADVERTISEMENT









  • 2 kg Tulang lembu Gear-Box
  • 5cm halia ] dititik
  • 1 biji bawang besar ] dihiris
  • 3 ulas bawang putih ]ketuk
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 2 sudu makan serbuk ketumbar ]jadikan pes
  • 1 sudu makan serbuk jintan manis ] jadikan pes
  • 1 sudu makan serbuk jintan putih ]jadikan pes
  • 2 biji buah pelaga
  • 1cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1kuntum bunga lawang
  • 5 biji cili padi ] ketuk
  • Sedikit bawang goreng ] hiasan
  • Daun sup secukupnya ] hiasan
  • Air limau nipis secukupnya
  • Air untuk merebus secukupnya
  • Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
IKLAN






  • Di dalam sebuah periuk, rebus tulang sampai empuk. Setelah empuk, angkat tulang dan ketepikan.
  • Masukkan sup bunjut, halia dan bawang besar di dalam rebusan sup. Teruskan mereneh menggunakan api yang kecil. Ketepikan.
  • Ambil kuali dan letakkan dua sudu makan minyak masak dan tumis rempah empat sekawan iaitu buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengih dan bunga lawang secara berasingan. Kemudian masukkan pes rempah serta bawang putih dan halia yang dititik. Setelah naik bau wangi, tuangkan bahan goreng ini ke dalam periuk air rebusan tulang.
  • Kacau dan didihkan. Masukkan semula tulang tadi ke dalam sup. Perisakan garam dan gula.
  • Tuang air limau nipis dan suaikan rasanya.
  • Masukkan beberapa biji cili padi yang diketuk dan suaikan rasa pedasnya. Dalam mangkuk besar, masukkan tulang dan taburkan daun sup serta bawang goreng sebagai hiasan.







Info Chef:  Untuk cepat empuk, rebus menggunakan periuk tekanan.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2022 02:38 PM | Show all posts
Tomyam Pekat Ala Thai

Bahan2:
-Pes tomyam brand maepranom dan tom yum kung
-Cili kisar 3 sudu
-santan/ susu cair
-sos ikan/kicap sotong
-sos tiram
-ayam/udang/sotong
-bawang putih, bawang holland, lengkuas, serai,
-cabai melaka
-limau nipis
-daun ketumbar
-sayur bunga kobis/carrot/cendawan/anak jagung
ara2:
1. Tumis cili kisar sampai pecah minyak. masukkan pes tomyam dlm 4 -5 sudu besar. Masuk sos tiram dalam 1 sudu besar. Masukkan serai. tumis sekejap je.
2. Masukkan ayam/udang/ sotong. gaul sebati.
3. Masukkan air dan santan cair/ susu cair.
4. Masukkan semua lengkuas, bwg putih, cabai melaka, tomato, akar ketumbar,renehkan sekejap.
5. Perasakn dgn kicap sotong sampai cukup rasa.
6. Masukkan sayur sayuran,daun limau purut dan daun ketumbar. Last sekali dah mendidih perahkn air limau nipis sehingga cukup rasa.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-6-2022 02:40 PM | Show all posts
AGAR2 PANDAN SANTAN

(Loyang 8 inci)
12gm agar2 tali
4 cawan air
4-5 helai daun pandan
200ml santan
1 biji telur
125gm gula / 1/2 cawan gula (boleh tambah untuk lebih manis)

1. Kisar 4-5 helai daun pandan bersama 1 cawan air. Kemudian tapis untuk hasilkan air pandan.
2. Kacau sebati 200ml santan dengan 1 biji telur gred A.
3. Panaskan api masukkan 4 cawan air dan 12gm agar2 tali. Biarkan mendidih guna api sederhana.
4. Bila sudah mendidih masukkan 125gm gula, air pandan, santan dan telur serta 1 sudu kecil pewarna hijau kacau sebati supaya tidak bergumpal.
5. Apabila sudah sebati biarkan mendidih 1-2 minit. Jangan kacau ketika ini sebab hendak bagi santan terpisah dengan air.
6. Apabila sudah 1-2 minit, padamkan api dapur. Kacau beberapa saat dan terus masukkan dalam loyang 8 inci.
7. Biarkan set suhu bilik 30-40 minit. Selepas itu baru masukkan dalam peti sejuk selama 2 jam. Selepas itu bolehlah dimakan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2022 03:13 PM | Show all posts
SALAD BUAH BERKRIM

BAHAN-BAHAN
Fruit Cocktail (Jenama apa pun boleh)
Susu Pekat
Cheddar Cheese
Nestle Cream (Mesti ada baru sedap)
Corn Kernel (Bukan Cream Corn tau)
Buah-buahan segar (Terpulang nak letak buah apa, lagi banyak lagi sedap)
Resepi salad buah

CARA-CARA
1. POTONG & KUPAS BUAH
Mula-mula sekali basuh semua buah yang baru dikeluarkan dari peti ais dan potong mengikut saiz kesesuaian mulut korang.
Kalau macam longan tu korang kupas kulit dia dulu dan buang biji kat dalam tu, kang tak pasal-pasal makan tercekik biji pulak.
2. POTONG CHEDDAR CHEESE
Seterusnya potong cheddar cheese secara mendadu.
3. TAPIS FRUIT COCKTAIL & CORN KERNEL
Keluarkan fruit cocktail dan corn kernel dari dalam tin dan buangkan airnya.
4. GAUL KRIM
Sekarang campurkan Nestle Cream, Cheddar Cheese dan susu pekat tu bersama dan gaul.
Kuantiti Nestle Cream tu boleh agak-agak dengan kuantiti buah-buahan korang. Tapi untuk cheddar cheese tu kalau bubuh banyak pun lagi sedap
Bagi yang bertanya, Nestle Cream ni boleh jumpa dekat pasar raya contohnya Aeon Mall atau Giant. Ini gambarnya saya letakkan di bawah supaya senang korang nak cari.
Susu pekat ni pulak boleh letak dalam 2 atau 3 sudu teh je tau, atau mengikut kemanisan mulut korang.
5. MASUKKAN BUAH
Kemudian masukkan semua buah-buahan dan kacau sampai korang puas hati.
6. SEJUKKAN
Bila dah siap gaul, letak dalam bekas yang bersesuaian dan simpan dalam peti ais untuk dimakan sejuk-sejuk.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2022 03:15 PM | Show all posts
Talam tako

Bahagian putih:
50 gm tepung kacang hijau
100 gm gula
4 cwn santan
Secubit soda bikarbonat
Secubit garam
Bahagian hijau:
100 gm tepung kacang hijau
200 gm gula
5 cwn air daun pandan
Secubit soda bikarbonat.

Caranya:
Guna 2 periuk yg berasingan. Masukkan bahagian putih dlm periuk pertama & bahagian hijau dlm periuk kedua. Kacau serentak diatas api sederhana. Kacau hingga adunan masak & kental lebih kurang dlm 10 min. Tuang dlm loyang beselang seli mcm buat kek marble. Biar sejuk baru potong.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2022 03:20 PM | Show all posts
Kuey teow Goreng

Bahan-bahan:
1 paket kuey teow
6 ulas bawang putih (cincang)
1 sudu besar cili boh
Sos tiram
Sos cili
Kicap manis
Udang
Fish cake
2 biji telur
1 mangkuk tauge/kucai
Garam
Minyak

Cara-cara:
1. Rendam kuey teow dengan air panas sebentar untuk keluarkan minyak darinya dan tos air, ceraikan helaian kuey tiaw satu2 supaya tak melekat masa masak nanti.
2. Untuk goreng kuey teow, letakkan minyak secukupnya, tumis bawang putih sehingga wangi.
3. Masukkan cili boh, masak sampai pecah minyak, masukkan sos tiram, sos cili dan kicap manis secukup rasa.
4. Masukkan udang dan fish cake, kacau sekali dan masukkan kuey teow.
5. Pecahkan 2 biji telur gaul sebati, akhir sekali masukkan taugeh dan kucai, tambah garam. Siap!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2022 10:03 AM | Show all posts
Kuih Apam Puri

Bahan Inti
- 3 cawan air
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung kastard
- 2 cawan gula
- 1 sudu kecil pewarna kuning
- blend semua bahan bahan di atas and then masak atas api yang kecik, jangan stop kacau sampai dia pekat likat, ada ketulan sikit sikit takpe. And then tutup api biar sejuk sikit

Bahan Kulit
- 2 cawan tepung gandum
- 1 biji telur
- 1 sudu gula
- 1 sudu kecil garam
- 2 cawan air
- 1 sudu besar yis
- 1 sudu pewarna kuning
- blend semua lepastu masak kulit tu atas NON STICK PAN. Kalau pakai pan biasa kulit lekat jadi tak cantik

Ambik inti letak dalam kulit tadi pastu lipat je

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2022 10:43 AM | Show all posts
ASAM PEDAS PARI
(Asam pedas Johor)

BAHAN-BAHAN:
1 kg Ikan Pari
20 tangkai @cili kering direbus *
5 ulas bawang merah*
1 Biji Bawang Besar*
3 ulas bawang putih*
2 inci kunyit hidup*
2 inci halia*
Sedikit belacan*
1 sudu lada hitam ( ditumbuk)
10 tangkai daun kesum
Bendi ( terpulang nk byk mana)
1 batang bunga kantan ( belah 2 )
1 cawan air asam jawa
Minyak untuk menumis
Air secukuonya

Cara2nya
1. Kisar bahan Yang bertanda *
Panaskan minyak ( minyak kena lebih ye ) dan tumis bahan-bahan yg dikisar sehingga pecah minyak serta naik bau,,biar betul2 pecah minyak ye..
2. Masukkan air asam jawa, daun kesum serta bunga kantan, lepas tu masukkan ikn pari, tambah air secukupnya, asam pedas johor jgn cair ye biar pekat2 sikit, tp jgn pekat sngt, agak2 lah ye...
3. Kemudian tambahkan garam, gula dan
sedikit bahan perasa, kecikkan api, biarkan reneh sehingga ikan pari msk, last masukkan bendi, xpayah Lama sngt nanti bendi lembek. .dh agak2 lembut bendi blh tutup api. ..Dan sedia dihidangkan,,

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2022 10:45 AM | Show all posts
Puding Cincau Blueberry

Bahan2
20g agar-agar tali
5 1/2 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair/susu segar (2 cawan)
2 helai daun pandan..simpulkan
Cincau..potong dadu kecil2
Secubit garam
Blueberry emulco

Cara2 menyediakan:
1) Masak air bersama agar2 hingga larut
2) Masukkan gula..daun pandan..larutkan gula..perlahankan api
3) Ambik agar2 dalam 1 1/2 cawan tuang dalam bekas lain..warnakan blueberry emulco..keraskan dalam peti sejuk
4) Boleh keluar agar2 blueberry tadi..potong dadu kecil2
5) Susun cincau dan agar2 blueberry yg dipotong tadi dalam loyang 8x8..ketepikan
6) Besarkan semula api.. Lebihan agar2 tadi..masak..tuang susu cair..masuk secubit garam..kacau2 bagi sebati
7) Ambil agar2 susu tadi dalam 3 cawan..tuang perlahan2 dalam loyang tadi..biarkan sederhana beku
    Lebihan agar2 dalam periuk warnakan pewarna blueberry emulco..tuang perlahan2 atas agar2 susu..bekukan..sederhana sejuk..simpan dalam peti sejuk
10) Keluarkan puding tadi..terbalikkan puding perlahan2 atas bekas/alas yang rata..boleh potong ikut suka

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2022 10:50 AM | Show all posts
Siakap Kengsom

Bahan-bahan
1 ekor siakap (siang dan cuci bersih )
1 biji bawang besar
10 tangkai cili padi (campur merah dan hijau )
1 ketul kunyit hidup (sebesar ibu jari )
1 ikat daun kesum
2 gelas air (untuk kuah )
Sedikit belacan
(Blend semua bahan di atas )
Nenas 1biji (potong ikut suka)
Buah tomato 2biji belah 4
Kangkung potong

Caranya:
Masuk kan semua bahan blend ke dalam kuali,
Masuk kan air dan sedikit asam jawa masak sampai mendidih,kecil kan api masuk kan ikan masak smpai ikan betul2 masak....masuk kan kangkung,buah tomato dan nenas.last skali masuk kan gula dan garam.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-6-2022 10:56 AM | Show all posts
LAKSAM STYLE NENEK

Tepung laksam
1 bungkus tepung beras (500gm)
(Amba guna cap 3 gajoh je)
1cawan tepung gandum
500ml air panas menggelegak
1300 ml air biasa(klu guna air tapis lg bagus)

Capur sekali air sejuk dan panas dlm satu bekas
Capur semua sekali..kacau sebati dan tapis
Sapu minyok atas loyang atau tutup periuk
Ambe lapik ngan plastik pahtu sapu minyok lg atas dia supaya senang nok gulung
Bila air kukusan gelegok
Masukkan loyang tadi pahtu letok adunan td
Jgn tebal sgt nnt x sedap
Bila gelembung naik masok la tu
Lbh kurang masa kukus dalam 5 minit
Ulangi proses sampai abih

Kuah laksam
1kg ikan selayang
Nok guna kembung atau lolong pun boleh
Rebus dlu kemudian ambik isikan
5 ulas bawang meroh
1 inci halia
Lada hitam
1 keping asam gelugur
1 sudu kecil halba(rahsia penyedap)
Garam
santan secukupnya

Belender bawang dan halia dan lada hitam
Masukkan dalam santan td
Masak atas api sampai gelegak
Sentiasa kacau dan jgn tinggal supaya x pecah minyak
Masukkan isi ikan yg telah di blander td ke dalm santan td...
Sentiasa kacau
Masukkan garam
Kalu suka manis blh masukkan gula tp saya x suka manis
Kacau sampai masak
Bila kuah dah masak masukkan halba td
Masak sekejap lg (jgn lama)
Tutup api..lepas tutup api tu kacau lg supaya  pecah minyak
Kate org ganu bakeei
Betul ke dok tu

Sambal
Lada besar
Cili kering
Belacan
Jus limau nipis
Cuka
Nisan

Gaul sebati pah tu perap dlm 15 hingga setengah jam
Belender kejap2 je

Ulam
Kacang panjang
Kobis
Daun kesum
Timun
Tauge(camboh)
Bunga kantan
Racik halus2 dan gaul sebati
Tu je bahan yg ada..
Tempat ambe ni payoh daun kayu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2022 10:58 AM | Show all posts
Ayam meraung

2 keping Dada ayam
Perap dgn
Sedikit kicap pekat
Sos tiram
Sos ikan
Secukup rasa
Sedikit minyak
Dan sedikit gula

Bakar dlm non stik pan hingga masak siap
Dan potong ikut suka

Sos
*Cili merah besar
*Cili padi hijau
*Bawang putih
*Bawang merah
*Daun ketumbar beserta akar
Semua bahan bertanda * cincang kasar
Gula kabung
Sos ikan
Sedikit beras pulut sangai dan tumbuk halus
Sedikit cili flakes

Gaul semua bahan dan perahkan asam limau

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2022 11:03 AM | Show all posts
Sup petola + telur burung

Resepi
Sup petola + telur burung
30biji telur burung(rebus dulu k)
Sebiji petola yg besar
sedikit halia
lada hitam satu sudu besar (jgn pnh sgt ya)
pati ayam knorr 1ketul
bwg kecik 4 ulas
Bwg putih 2ulas(semua d atas tumbuk ya)
Utk tumis
bwg kecik 2ulas
bwg putih 2ulas(hiris nipis utk tumis)
Sedikit suhun
secubit garam
air sesuka hati ya
Sebiji cili merah
Sedikit daun bwg

Cara²
Tumis bwg yg dihiris xd dgn sedikit ja minyak,
Masukkan air dgn bhn² yg d tumbuk xd..masukkan... syr petola masak dlm
5min...kemudian masukkan suhun dgn telur burung, masukkan pati ayam knorr., dgn secubit garam...masak dlm 5min...Ig.masukkan cili merah dgn daun bwg. ttp api dh siap

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2022 11:07 AM | Show all posts
TAKOYAKI (26 - 30 biji)

Bahan²:-
1 cawan tepung gandum
1 1/2 sdb tepung jagung
2 biji telur
1 3/4 cawan air
1 sdb serbuk stok ayam
1 sdt garam
2 sdb minyak masak
1 sdt baking powder

Cara²:-
1. Campurkan semua bahan² dalam mangkuk yang agak besar
2. Kacau dan sebatikan dengan whisk sampai semua larut
3. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama setengah jam.
4. Sediakan bahan inti pula.

BAHAN INTI :
Sotong/ udang/ crab stick/ sosej
Daun bawang - hiris nipis
Kobis bulat dihiris halus
Carrot diparut halus

CARA MASAK :
1. Panaskan acuan takoyaki dan sapukan minyak masak disetiap lubang.
2. Curahkan adunan dalam lubang dalam 3/4 penuh
3. Letakkan inti sotong/udang/ crab stick/sosej disetiap lubang
4. Taburkan carrot, daun bawang dan kobis.
5. Curahkan lagi adunan sampai agak-agak nak melimpah
6. Pusingkan bebola takoyaki tu sampai dapat bentuk bebola (adunan yang berlebih-lebih tu sumbat-sumbat masuk dalam lubang acuan)
7. Pusing dan pusingkan bebola takoyaki sampai bentuk bulat
8. Renjis²kan dari masa ke masa minyak masak dicelah-celah acuan
9. Teruskan sampai nampak garing
10. Angkat takoyaki ke pinggan hidangan
11. Hiaskan dengan bahan hiasan atas

BAHAN HIASAN ATAS :
Sos Takoyaki (resipi sos di bawah)
Mayonis
Bonito flake - beli kat Aeon bahagian makanan Jepun
Cara hias :
1. Drizzle sos takoyaki
2. Drizzle mayonis
3.Taburkan bonito flakes

RESIPI SOS TAKOYAKI
Bahan²:-
1 cawan sos cili
4 kuntum cendawan shitake kering
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan air
1/2 cawan kicap kipas udang
1/4 cawan air asam jawa
2 hiris halia
1 sdb tepung jagung
1/2 cawan gula

Cara²:-
1. Campur semua bahan dalam periuk
2. Masukkan tepung jagung dan
masak dengan api sederhana sehingga mendidih dan pekat.
3. Sejukkan sos
4. Masukkan ke dalam botol sos untuk mudahkan drizzle

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.069905 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list