CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1151|Reply: 0

Lima maut konvoi terlanggar periuk api di utara Nigeria

[Copy link]
Post time 17-2-2022 05:48 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 17-2-2022 09:52 AM

KANO: Lima orang awam terbunuh apabila konvoi kenderaan yang dinaiki mereka melanggar periuk api yang ditanam militan di utara Nigeria berhampiran sempadan dengan Cameroon, kata dua militia antimilitan kelmarin.

Sebuah kenderaan konvoi itu melanggar bahan letupan yang ditanam di jalan raya berhampiran perkampungan Maula ketika dalam perjalanan daripada ibu kota Maiduguri ke Gamboru di Negeri Borno, mencetuskan kebakaran yang membakar dua lagi kenderaan.

Keganasan militan di Nigeria sejak 2009 telah membunuh lebih 40,000 orang serta menyebabkan sekitar dua juta penduduk hilang tempat tinggal.

“Mereka terlanggar bahan letupan yang ditanam pengganas yang telah membunuh lima orang iaitu dua pemandu dan tiga penumpang wanita,” jelas ketua militia Babakura Kolo.

Masih belum diketahui kumpulan jihad yang bertanggungjawab atas serangan memandangkan kedua-dua Negara Islam di WilayahAfrikaBarat(ISWAP) dan Boko Haram beroperasi di kawasan tersebut.

Para militan telah menyerang hendap sekumpulan askar yang bergerak untuk menyelamatkankonvoiitudan merampas sebuah kenderaan tentera, kata seorang lagi ahli militia Umar Ari.

“Tentera telah mematikan tiga alat letupan yang ditemui di lebuh raya selepas letupan tersebut,” kata Ari.

Lebuh raya GamboruMaiduguri merupakan jalan perdagangan utama 140 kilometer di kawasan tersebut, menjadi penghubung penting dengan negara jiran Cameroon.
Lebuh raya tersebut dibuka semula pada Julai 2016 selepas ditutup oleh tentera selama dua tahun berikutan serangan jihadis yang semakin berleluasa.

Trak pengangkut makanan dan kenderaan awam yang melalui jalan tersebut diiringi tentera namun pejuang yang kebuluran seringkali menyerang hendap konvoi daripada tempat persembunyian mereka.

Pada 4 Februari, Gabenor Borno Babagana Umara Zulum mengumumkan bahawa orang awam sudah boleh melintasi lebuh raya tanpa iringan tentera, mendakwa keselamatan semakin kuat sungguhpun serangan militan berterusan.

Kerajaan Borno barubaru ini menubuhkan kem sementara untuk warga Maiduguri yang kehilangan tempat tinggal dan menghantar pulang orang ramai ke kediaman masingmasing meskipun serangan pelampau akan berulang semula. — AFP


utusanborneo.com.my/2022/02/17


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:53 AM GMT+8 , Processed in 0.053405 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list