CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1125|Reply: 2

Apa Ada Hal, Ayie Elham Nak Jual Makanan Tepi Jalan

[Copy link]
Post time 18-2-2022 12:28 PM | Show all posts |Read mode



Sejak wabak Covid-19 menyerang seluruh dunia, sektor ekonomi terjejas teruk sekali gus menyebabkan hampir setiap individu 'struggle' untuk meneruskan kehidupan.


Industri hiburan turut mengalami nasib sama apabila sepanjang dua tahun anak seni dikekang untuk menjalankan sebarang aktiviti sama ada lakonan mahupun nyanyian.


Banyak projek tergendala menyebabkan penggiat industri seni tempatan kehilangan punca pendapatan malahan ada yang kehabisan wang simpanan demi menampung komitmen mereka.


Bagi vokalis kumpulan Floor 88, dia merancang untuk menjalankan perniagaan nasi lalap di tepi jalan bersama isterinya, Nur Natasha Ahmad Nawawi yang kini sedang hamil empat bulan.




  



Berdasarkan laporan Astro Gempak, jejaka kelahiran Sabah yang memilih lokasi gerai tepi jalan di Maxim Sentul itu menyifatkan cabaran menjalankan perniagaan tepi jalan lebih mudah jika dibandingkan restoran.


"Nasi lalap terkenal di Tawau. Macam ayam penyet tetapi beza pada sambal dan ayam. Saya berasal dari Tawau jadi saya ingin bawa makanan itu ke sini. Buka khemah dan jual nasi lalap tepi jalan dengan orang ramai. Sempoi.


"Berniaga tepi jalan rasa macam lebih senang. Tak payah fikir sewa cuma mohon lesen sahaja selepas itu boleh pacak khemah. Saya rasa ramai orang suka beli tepi jalan sebab saya juga seperti itu," katanya.




  



Tambah Ayie lagi, setiap individu sedang 'struggle'. Tidak kisah sama ada seseorang itu artis atau apa pun pekerjaan yang dilakukan sebelum ini, masing-masing berusaha untuk mencari nafkah buat keluarga.


Turut menjalankan perniagaan restoran, Ayie Elham Cafe yang dibuka pada 2020, penyanyi itu bersyukur kerana operasi bisnes berkenaan perlahan-lahan semakin pulih. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2022 01:39 PM | Show all posts
area rumah aku pun dah banyak pacak khemah. orang berniaga
tapi tak ramai pembeli

haritu ribut habis semua khemah terbang/ patah.
ni diorang pacak balik, siap ada simen batu-bata terus. tak tau la dibenarkan ke tak. nanti majlis perbandaran ambush, mula la viral.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Adrif replied at 18-2-2022 01:39 PM
area rumah aku pun dah banyak pacak khemah. orang berniaga
tapi tak ramai pembeli


Sama la dekat tempat iols, waktu office hour memang sendu, tapi waktu orang balik keje memang berderet la juga pergi beli, yang sendu yang meniaga benda sama contohnya ayam gunting sampai 7 khemah ayam gunting saja...

Yang meniaga benda rare dan pelik macam tomong, nasi kerabu, sushi memang laku keras
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
kukuio98iuybhatt ji
Views : 1718 Replies : 0
bhatt ji ji
kuku7890dbhatt ji ji
Views : 1919 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40435 Replies : 394
Tergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera Nabi Nuh ada di atas gunung Malaysia
YgBenarTergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera N
Views : 20623 Replies : 24
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 19340 Replies : 16
Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – PolisSuspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – Polis
Skyline_84Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah
Views : 13786 Replies : 1
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201771 Replies : 4030
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 44968 Replies : 38
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 20731 Replies : 6
Update : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas Suami Kongsi Perkara Sebenar ...Nurin Alisa  Terjah Majlis Nikah Bekas Suami di Masjid Serah Saman Nafkah Tertunggak Depan Muka
YgBenarUpdate : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas S
Views : 12765 Replies : 219

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 09:45 AM GMT+8 , Processed in 0.048666 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list