Nama Dr Erin pernah menjadi bahan kecaman dan cemuhan netizen selepas tular kisah pernikahannya dengan Da'i Farhan di Makkah yang didakwa tanpa pengetahuan isteri pertama.
Memetik laporan Lobak Merah, mahligai Dr Erin dan Farhan berakhir pada 20 April 2020. Wanita yang ke-19 berjaya menambat hati Farhan itu sendiri mengumumkan berita berkenaan menerusi Instagramnya memaklumkan mengenai perceraian mereka.
Baru-baru ini, Dr Erin sekali lagi menjadi perhatian netizen yang masih mengikuti perkembangan wanita itu. Tampil tidak bertudung ketika berada di Tawau, Sabah, ramai yang menasihati dan menegur penampilan wanita itu.
Bagaimanapun, Dr Erin membidas komen negatif netizen mengatakan dia hanya sesekali tampil 'free hair' serta tidak meninggalkan solat wajib dan sunat.
"Saya bukannya free hair 24 jam. Selagi saya tak tinggal solat wajib dan sunat, saya tidak akan lari jauh. Selagi saya ada di landasan rukun Islam dan rukun iman, insya-Allah, saya belum lupa diri.
"Masing-masing ada ujian. Alhamdulillah, mereka (yang mengecam) tak kena ujian macam saya. Biar je, dia tengah cari apa yang dia cari. Nanti mungkin dia jadi lebih baik dari yang ada. Kita tak tahu. Doakan dalam diam lebih baik," katanya.
Walaupun sudah memberikan penjelasan, namun warga maya tidak henti-henti terus mempertikaikan tindakan wanita itu memuat naik gambarnya tanpa hijab.
Sekitar Oktober 2021, Dr Erin pernah berkongsi gambarnya dengan seorang lelaki dengan kapsyen 'dah tua-tua baru dapat suami 'function'. - CARI
|